Sunday 29 December 2013

MARI KITA MENGIMBAU SEJARAH.!!


Peminggiran Melayu Singapura oleh PAP


(Gurkha Regiment - pasukan yang mengawal pejabat Perdana Menteri dan Menteri Mentor (Lee Kuan Yew). Pasukan ini juga bertindak sebagai pasukan anti-teroris. Kuan Yew masih tidak mempercayai bangsanya sendiri untuk menjaga keselamatannya).

Peminggiran Melayu di Singapura bermula sebaik sahaja Parti Tindakan Rakyat atau PAP berkuasa di pulau sekangkang kera itu. Kita perlu melihat perjalanan sejarah pulau Singapura untuk melihat bagaimana PAP yang diketuai oleh Lee Kuan Yew meminggirkan Melayu secara fizikal dan secara penghapusan sejarah.

Rekod terawal mengenai kewujudan Singapura terkandung dalam catatan sejarah negara China pada kurun ke-3. Singapura atau Temasik adalah sebahagian daripada jajahan empayar Srivijaya yang bertapak di Sumatera. Temasik merupakan sebuah perkampungan tepi laut yang menjadi tempat persinggahan bahtera-bahtera China dan dari benua kecil India dan Asia Barat.

Nama Singapura diambil dari dua perkataan Melayu yang berasal dari bahasa Sanskrit iaitu singa (simha dlm Sanskrit) dan pura (asal Sanskrit) yang bermaksud kota atau bandar singa. Ia dikaitkan dengan Sang Nila Utama yang menurut hikayat Sejarah Melayu menghadapi ribut besar semasa dalam pelayaran. Keadaan ribut tiba-tiba reda apabila Sang Nila Utama mencampakkan mahkotanya ke dalam laut. Selepas itu, Sang Nila Utama mencari daratan terdekat untuk mendarat dan pulau Temasik adalah tempatnya. Menurut hikayat itu lagi, haiwan pertama yang dilihatnya ialah seekor singa dan dia terus menamakan Temasik sebagai Singapura.

Nukilan sejarah yang terkandung dalam naskhah China dan Sejarah Melayu telah diketepikan oleh Kuan Yew kerana dia mahukan sejarah Singapura dimulakan selepas kehadiran Stamford Raffles. Tindakan Kuan Yew dan PAP ini merupakan permulaan peminggiran Melayu dalam bentuk sejarah di Singapura kerana peranan dan sumbangan kerajaan Melayu sebelum itu, termasuk Johor-Riau, tidak mahu diulangi kerana ia memperlihatkan kebesaran dan pengaruh Melayu.

Pada lewat tahun 1818, Lord Hastings, Gabenor-Jeneral di India yang turut berkuasa ke atas tanah jajahan sebelah timur India, memberi kebenaran kepada Raffles untuk membuka sebuah stesen dagangan di hujung Semenanjung Tanah Melayu dan pulau Singapura menjadi pilihan. Pada 29 Januari 1819 Raffles mendarat di Singapura dan keesokan harinya membuat perjanjian dengan Temenggong, wakil Sultan Johor, untuk membuka pos atau stesen dagangan. Pada 6 Februari 1819, satu perjanjian rasmi dimeterai dengan Sultan Hussein Johor dan Temenggong Abdul Rahman. Melalui perjanjian ini, pihak Inggeris mula bertapak di Singapura dan menjadi raja yang bermaharalela memerintah pulau itu. Kuan Yew memilih detik sejarah ini sebagai pembuka buku sejarah Singapura.

Untuk mencapai niat dan hasratnya, Kuan Yew sanggup melakukan apa saja. Sebagai contoh, Kuan Yew sanggup bekerjasama dengan puak pro-komunis yang meresapi PAP apabila dia bekerjasama dengan pemimpin komunis bernama Lim Chin Siong untuk menumbangkan kerajaan David Marshall, seorang Yahudi yang anti-komunis. David Marshall adalah pengasas parti Labour Front yang ditubuhkan pada bulan Julai 1954 manakala Kuan Yew menubuhkan PAP pada November 1954.

David Marshall membentuk sebuah kerajaan campuran antara Labour Front dengan UMNO dan MCA pada 6 April 1955 selepas menang tipis dalam pilihan raya pertama. Bagaimanapun, dia meletak jawatan pada 6 Jun 1956 setelah rundingan di London untuk membentuk sebuah kerajaan sendiri sepenuhnya dan tidak dibawah seliaan Inggeris menemui jalan buntu. Inilah yang dinanti-nantikan oleh Kuan Yew kerana dia sedar pengganti David Marshall, iaitu Lim Yew Hock adalah seorang pemimpin (MCA) yang lemah.

Mulai 1959, PAP mula berkuasa sepenuhnya di Singapura dan terus memerintah sehingga ia dikeluarkan daripada gugusan Malaysia. Sejak berkuasa, Kuan Yew dan PAP melakukan apa saja yang mungkin untuk menindas dan meminggir orang Melayu. Perkampungan-perkampungan Melayu seperti Pasir Panjang, Telok Blangah, Bukit Timah, Bedok, Kampung Ubi, Kampung Dusun, Seranggoon, Geylang Serai, Kampung Glam, Paya Lebar dan lain-lain, diroboh dan dikosongkan untuk membina rumah pangsa atau binaan-binaan lain dan orang Melayu ditempatkan di rumah-rumah pangsa HDB mengikut arahan pemerintah. Mereka diasing-asingkan supaya tiada satu kawasanpun yang akan mempunyai majoriti penduduk terdiri daripada orang Melayu. Ia bertujuan untuk menjamin sokongan politik berterusan kepada PAP. Episod ini menandakan permulaan peminggiran secara paksa yang dilakukan ke atas orang Melayu.

Walaupun Bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan Singapura sebagai Bahasa Kebangsaan, ia sebenarnya terpinggir kerana bahasa Inggeris dijadikan bahasa pentadbiran, sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil ditutup dan hanya sekolah beraliran Inggeris dibenarkan. Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil dijadikan bahasa pilihan kedua di peringkat sekolah.

Untuk memasuki pasaran pekerjaan, selain bahasa Inggeris, bahasa Mandarin menjadi pra-syarat universal dan dengan sendirinya bahasa Melayu terus terpinggir.

Dalam perkhidmatan negara atau kerahan tenaga, anak Melayu dilarang daripada memasuki tempat-tempat tertentu yang strategik dan canggih. Anak Melayu hanya layak dikerah berkhidmat dalam pasukan pertahanan awam dan pasukan polis dan sedikit sahaja dalam angkatan tentera, itupun dalam kor atau regimen yang dikira selamat untuk mereka masuki.

Sehingga saat ini, tidak seorangpun anak Melayu yang memegang jawatan penting atau tinggi dalam sektor awam (pemerintah) atau badan-badan berkanun.

Orang Melayu yang sanggup bersekongkol dengan PAP dan dipilih sebagai wakil rakyat, itupun dalam kawasan undi berkumpulan, hanya layak dilantik menjadi menteri yang menjaga alam sekitar, peparitan, kumbahan, kebajikan dan masalah berkaitan dadah. Jawatan-jawatan penting dikhaskan kepada bukan Melayu.

Jika pemberhentian pekerja terpaksa dilakukan oleh sektor perkilangan atau industri, pekerja pertama yang mesti diberhentikan hendaklah orang Melayu. Bilangan penganggur di kalangan orang Melayu adalah yang paling tinggi walaupun mereka memiliki kelulusan dan kemahiran tertentu.

Untuk memastikan ratio bukan Melayu dikekalkan pada paras sekarang, kemasukan secara beramai-ramai pendatang dari China, Taiwan, Hong Kong diberi galakan sedangkan penghijrahan orang Melayu dari Malaysia dikawal ketat.

Inilah ketidakadilan dan peminggiran yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew dan PAP ke atas orang Melayu, masyarakat peribumi Singapura.

Apa yang dilakukan oleh pemerintah Singapura dilihat sebagai satu bentuk pemerintahan ala kuku besi atau "authoritarianism" iaitu pengamalan demokrasi bukan liberal dan demokrasi berprosidur dan bukan demokrasi sebenarnya.

Reporters Without Borders meletakkan Singapura di tangga ke-140 daripada senarai 167 buah negara dalam "2005 Worldwide Press Freedom Index". Ia juga menuduh PAP mengamalkan penapisan yang ketat dan keterlaluan, mempengaruhi urusan Jabatan Pilihan Raya dan menjadikan pengambilan tindakan sivil di mahkamah terhadap pengkritik kerajaan sebagai satu senjata untuk melemahkan pembangkang. Kebebasan bersuara dibataskan.

Singapura kini mempunyai penduduk berjumlah 4.35 juta (sehingga Jun 2005) terdiri daripada 76.8 peratus Cina, 13.9 peratus Melayu dan 7.9 pratus India. Malangnya, ia tidak diperlihatkan dalam kabinet Singapura dimana hanya seorang Melayu bertaraf menteri, ia juga tidak kelihatan dalam sektor awam apatah pula dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Demikianlah sedikit sebanyak yang dapat saya perkatakan mengenai peminggiran Melayu di Singapura. Saya dapat berbuat demikian hasil pengalaman hidup semasa menetap dan bertugas di republik itu dalam tahun 1990-an dan dapat merasai apa yang dirasai oleh sebilangan besar orang Melayu Singapura.

AMRAYY

Saturday 28 December 2013

AIR MATA MIKE TYSON.!!!

TERIMA KASIH SINAR HARIAN KERANA ARTIKEL INI.!!

"ANGKAT kotak tu!" jerkah sekumpulan remaja lelaki.

Kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun akur mengikut arahan. Setiap anak tangga dipijak dengan berat hati. Tiba di atas bumbung bangunan kosong itu, baru dia sedar terdapat burung merpati di dalam kotak itu. Timbul rasa kagum terhadap haiwan berbulu putih dan terus menyukainya.

Tapi seorang daripada mereka mengambil merpati itu dan mematahkan lehernya sehingga ia terkulai mati. Bukan itu sahaja, dia juga menerima tumbukan bersama merpati itu pada mukanya.
Bagaikan harimau yang sedang tidur dikejutkan, kanak-kanak itu Mike Tyson atau nama sebenarnya Michael Gerard sudah tidak tahan dibuli anak jiran yang nakal itu, lalu memukul pembulinya berkali-kali. Sejak itu, sikap Tyson yang pendiam dan pemalu, berubah menjadi berani dan liar untuk sesuaikan diri kehidupan sosial di Brooklyn, kawasan yang baru dia sekeluarga berpindah.

Kenakalan Mike Tyson ketika zaman kanak-kanaknya yang juga dipengaruhi faktor keluarga kurang stabil menyebabkan dia keluar masuk penjara juvana. Pelatih tinju terkenal, Cus D'Amato tertarik dengan bakat Mike Tyson untuk dilatih menjadi peninju profesional. Pada 6 Mac 1985, beliau bertanding secara profesional di Albany, New York dan menang pada setiap pusingan pertama bagi 16 perlawanan.

Tanggal 22 November 1986, Tyson berusia 20 tahun meraih gelaran juara kelas berat apabila dapat menjatuhkan pihak lawannya, Trevor Berbick. Ini menjadikan beliau sebagai juara dunia berat termuda di dunia.
Kerjaya Tyson terjejas apabila dibabitkan dengan kes jenayah seksual terhadap peserta Miss Black America 1991, Desiree Washington pada 10 Februari. Beliau dijatuhkan hukuman dipenjarakan selama tiga tahun belajar Islam di penjara

Berita Tyson dimasukkan penjara di Indiana menjadi tumpuan umum. Tatkala itu terdetik di hati sukarelawan, Muhammed Sadiq berkata, 'mungkin ALLAH dah rancang untuk Tyson belajar dengannya tentang Islam'.

Muhammed pernah memberi nasihat yang berbekas di hati Tyson: "Walaupun anda di dalam penjara, tetapi dunia di luar sana adalah penjara yang sebenar. Ia adalah mudah mengamalkan Islam di dalam penjara berbanding di dunia yang penuh dugaan dan godaan, mampu membelenggu kita yakni perlu mencari perlindungan melalui Islam."

Bagi Tyson, masuk penjara tidaklah seburuk disangka. Malah beliau dapat mengenali Islam, belajar al-Quran. berpuasa ketika Ramadan, mempelajari agama itu lebih mendalam serta mengamalkannya di sana.

Selepas keluar penjara pada 1995, Tyson mengumumkan keislamannya yang dipelajari selama di penjara dan nama barunya, Malik Abdul Aziz. Selepas menjadi Muslim, Tayson dilihat lebih lebih tenang, bersederhana dan menghormati.

Pada November 1996, beliau kembali beraksi di gelanggang tetapi dikalahkan Evander Holyfield. Insiden Tyson menggigit telinga Holyfield pada pertarungan Jun 1997 menyebabkan beliau didenda sebanyak RM9.9 juta. Kehidupan Tyson diuji lagi apabila mengalami bankrap dan kariernya semakin malap sehingga memaksanya untuk bersara pada 2005.

Pada 2 Julai 2010, menjadi detik bersejarah buat Tyson apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah yang diatur CDA, dengan ditemani presidennya, Shazad Mohammad. Pada masa sama kehadiran beliau turut menjadi tarikan pengunjung di sana. Beliau berharap peminat membiarkannya bersendirian untuk menjalani ibadah dengan penuh penghayatan.

Doa setiap hari

Bertubuh gagah, berwajah serius dan tangkas di gelanggang, tetapi bila Tyson dengan hanya berpakaian ihram di berada di Taman Raudah, Masjid Nabawi Madinah, hatinya mula meruntun. Selepas 10 tahun memeluk Islam, barulah beliau menjadi tetamu ALLAH.

"Saya tidak dapat menahan air mata apabila mendapat tahu saya berada di dalam satu daripada taman syurga.

"Insya-ALLAH, ALLAH akan merahmati saya untuk berada di jalan yang benar," katanya yang berada di Taman Raudhah beberapa jam untuk bersolat, mengaji al-Quran dan berzikir.

Beliau akui sangat takutkan ALLAH kerana banyak kesalahan dalam hidup dan mengenangkan neraka kerana dosanya. Oleh itu beliau berdoa memohon ampunan ALLAH setiap hari.

Menurut Shahzad, Tyson menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Rasullah SAW untuk mengucapkan salam sambil mengangkat tangan.

Di Tanah Suci, Tyson turut terpesona dengan kawanan merpati dan sempat memberi makan kepada haiwan kesukaannya itu. Ini mengimbas kenangan ketika usianya 10 tahun, sanggup mencuri wang untuk membeli merpati menjadi peliharaannya.

Tyson mempunyai lapan anak melalui tiga perkahwinan. Anak perempuannya, Exodus, 4, meninggal dunia pada 2009. Kini Tyson menjalani kehidupan berkeluarga bersama isterinya, Lakiha Spicer, dan anak-anaknya di Las Vegas.

"Saya kini gembira bersama keluarga. Tidak perlu keluar ke mana-mana lagi. Setiap hari saya menunggu anak pulang dari sekolah," katanya.

AMRAYY

Friday 27 December 2013

[VIDEO] WAYANG TAMIL NAK GULINGKAN KERAJAAN.. JANJI MEMANG MANIS.!!! @KhairyKj @NajibRazak

PENGUMUMAN PENTING :
 Perlu diingatkan sekali lagi , jika sesuatu kejadian yang menyebabkan anda ditahan oleh pihak Polis. Parti Keadilan Rakyat atau Pakatan Rakyat tidak akan bertanggungjawap atau menyediakan peguam - peguam kami bagi membela kamu. Jika kamu ada wang , silakan ambil lawyer masing - masing dan sediakan bayaran sendiri untuk bayaran guaman.
 Sekian Terima Kasih - sumber dari Pak Nuar yg pencacai PR puja-puja.!!
Layan video ni boleh mengurangakan tekanan anda..!
 wakakkaakaa..
layan bro.!!

\
AMRAYY

Thursday 26 December 2013

TERKINI.!!! IKAN TERDAMPAR BUKAN KERANA GEMPA BUMI.!!


Jabatan Meteorologi Malaysia tidak mengesan sebarang pergerakan kerak bumi di sekitar Lahad Datu, yang dikaitkan dengan fenomena ribuan ikan tamban terdampar di pantai Kampung Tambisan Tungku,
pagi semalam.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Sabah Abdul Malek Tussin berkata berdasarkan sistem amaran awal tsunami, keadaan dasar laut di kawasan berkenaan juga seperti biasa.

Bagaimanapun jabatan ini tetap memantau pergerakan kerak bumi terutama di dasar laut di kawasan terbabit, katanya kepada Bernama di Kota Kinabalu hari ini.

Sementara itu Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Datuk Rayner Stuel Galid berkata kejadian tersebut merupakan kali pertama berlaku di Sabah.

"Selalunya ikan tamban ini berada di tengah laut, jarang di tepi pantai," katanya.

Beliau berkata pihaknya telah menghantar pegawai ke kawasan berkenaan bagi melakukan siasatan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Mat Shamsuddin pula berkata pasukan keselamatan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana alam.

Dalam kejadian 8 hingga 9.30 pagi itu, ribuan ikan tamban seolah-olah naik ke darat dan menarik perhatian masyarakat setempat dengan ada antara mereka menganggap fenomena tersebut sebagai petanda bencana alam seperti tsunami.

-Bernama

P/S: NASIHAT AKU LEPAS NI JANGAN CEPAT MENGGELABAH BILA DENGAR BERITA YANG PELIK-PELIK..TUNGGU DAHULU SEBELUM SIASATAN DARI PIHAK YANG BERKENAAN BERI PENGUMUMAN.!!

AMRAYY

TERKINI.!!! 3 PEROGOL BERSIRI DIKEHENDAKI POLIS




Berikut ialah tiga orang perogol yang masih belum dapat dikesan oleh pihak polis sehingga sekarang. Sesiapa yang mengenali atau mempunyai pengetahuan mengenai mereka ini jangan ambil sebarang tindakan konfrontasi atau bertanya. Hubungi Pusat Kawalan Malaysia at 03-22663333 atau balai polis berhampiran.



AMRAYY




Wednesday 25 December 2013

Nikah Mutaah: Penipuan untuk menghalalkan zina.!!!

Syiah, Mutaah dan Penipuan

Soalan yang sering rakyat Malaysia ingin tahu jawapannya.!!!

Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkahwinan mut’ah yang diamalkan oleh penganut Syiah. Dan mengapa Ahli Sunnah Wal Jamaah sangat menentang perkahwinan bentuk ini? Sekian.

Jawapan:

Islam amat menitikberatkan kesucian institusi kekeluargaan melalui konsep perkahwinan yang dapat memelihara kehormatan, hak-hak kaum wanita, nasab keturunan dan membanteras budaya jahiliah seperti pengamalan seks bebas serta pelacuran.

Namun, kehadiran fahaman Syiah yang sering dikaitkan sebagai salah satu aliran mazhab dalam Islam telah menggugat institusi kekeluargaan serta mencemar kehormatan kaum wanita yang dilayan tidak ubah seperti pelacur jalanan dengan menghalalkan nikah mut’ah (kontrak).

Apa itu nikah mut’ah? Ia adalah satu proses di mana seorang lelaki menikahi seorang wanita dengan bayaran tertentu untuk jangka waktu tertentu.

Pernikahan ini berakhir apabila berakhirnya tempoh tersebut tanpa perlu adanya perceraian. Juga tiada kewajipan memberi nafkah dan tempat tinggal kepada isteri serta tiada waris-mewarisi di antara keduanya apabila salah seorang meninggal dunia sebelum berakhirnya tempoh pernikahan.

Pernikahan ini juga tidak mensyaratkan adanya saksi dan tidak disyaratkan mendapatkan keizinan wali. Status wanita yang melakukan nikah mut’ah ini sama dengan wanita sewaan atau hamba abdi.

Menurut ajaran Syiah, nikah mut’ah ini merupakan satu perkara yang boleh menentukan keimanan penganutnya. Menolak konsep nikahmut’ah ini menyebabkan seseorang itu menjadi kafir atau murtad. Lihatlah riwayat palsu yang dinamakan atas Imam Ja’afar al-Sadiq seperti yang termaktub dalam kitab-kitab mereka. Ja’afar al-Sadiq berkata:

Bukan daripada kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj’ah (kebangkitan semula para imam sebelum kiamat untuk menghukum orang yang menentang dan memusuhi Ahlul Bait) dan tidak menganggap halal mut’ah kita. (Rujuk Man Laa Yahdhuruhu al-Faqih, jil. 3, ms. 458)

Daripada Imam Ja’afar al-Sadiq lagi:

Bahwa mut’ah adalah sebahagian daripada agamaku dan agama nenek moyangku. Barang siapa yang mengamalkannya, bererti dia telah mengamalkan agama kami. Dan yang mengingkarinya bererti (dia telah) mengingkari agama kami. Bahkan, dia boleh dianggap beragama dengan selain agama kami. Anak yang dilahirkan menerusi perkahwinan mut’ah ini lebih utama daripada anak yang dilahirkan melalui nikah yang tetap. Dan orang yang mengingkari nikah mut’ah, maka dia kafir dan murtad. (Rujuk Minhajul Qashidin karya Fathullah al-Kasyani, ms. 356)

Bukan sekadar anak yang lahir hasil pernikahan kontrak ini dianggap lebih mulia berbanding anak yang lahir daripada pernikahan tetap, nikah mut’ah ini turut menjanjikan ganjaran pahala yang besar oleh ALLAH.

Abu Abdillah (Ja’afar al-Sadiq) pernah ditanya: “Apakah nikah mut’ah itu memiliki pahala?” Maka, beliau menjawab: “Bila dia mengharapkan wajah ALLAH (ikhlas), maka tidaklah dia membicarakan keutamaan nikah tersebut kecuali ALLAH menulis baginya satu kebaikan. Apabila dia mula mendekatinya, maka ALLAH ampuni dosanya. Apabila dia telah mandi (iaitu mandi wajib setelah berjimak ketika nikah mut’ah), maka ALLAH ampuni dosanya sebanyak air yang mengalir pada rambutnya.” (Rujuk Man Laa Yahdhuruhu al-Faqih, jil. 3, ms. 366)

Pernikahan secara mut’ah ini tidak memerlukan majlis-majlis rasmi sebagaimana majlis perkahwinan yang biasa kita lihat. Memadailah ia dilakukan berduaan tanpa saksi mahupun keizinan wali. Setelah itu, pasangan tersebut dibenarkan untuk melakukan persetubuhan sebagaimana suami isteri yang sah.

Ja’afar al-Sadiq pernah ditanya seseorang: “Apa yang aku katakan kepada dia (wanita yang akan dinikahkan) bila aku telah berduaan dengannya?” Maka, beliau menjawab: “Engkau katakan: ‘Aku bernikah dengan­mu secara mut’ah berdasarkan kitabullah dan sunnah Nabi-NYA, namun engkau tidak mendapat warisan daripadaku dan tidak pula memberikan warisan apapun kepadaku selama sehari atau setahun dengan upah senilai dirham demikian dan demikian.’ Engkau sebutkan jumlah upah yang telah disepakati sama ada sedikit mahupun banyak.” Apabila wanita tersebut mengatakan: “Ya” bererti dia telah redha dan halal bagi lelaki tersebut untuk menggaulinya. (Rujuk al-Kulaini, Al-Furu’ Minal Kafi, jil. 5, ms. 455)

Ja’afar al-Sadiq berkata:

Tidak mengapa bernikah dengan seorang wanita yang masih perawan bilamana dia redha walaupun tanpa izin kedua orang tuanya. (Rujuk at-Thusi di dalam Tahdzibul Ahkam, jil. 7, ms. 254)

Nilai mahar atau mas kahwin yang perlu dibayar adalah berdasarkan persetujuan pasangan tersebut. Bahkan menurut ajaran Syiah, ia boleh dibayar dengan hanya segenggam makanan seperti gandum atau buah kurma.

Hal ini telah diriwayatkan daripada Abu Ja’afar dan anaknya Ja’afar iaitu (nilai upah nikah mut’ah adalah) sebanyak satu dirham atau lebih, (ataupun) gandum, makanan ruji, tepung gandum atau kurma sebanyak satu tapak tangan. (Rujuk Al-Furu’ Minal Kafi, jil. 5, ms. 457)

Nikah mut’ah ini bukan sekadar memberi keringanan kepada pengamalnya dengan nilai mas kahwin yang begitu murah, malah tempoh perkahwinan tersebut juga bergantung pada apa yang telah dipersetujui oleh pasangan tersebut seperti setahun, sebulan atau sehari. Bahkan, ia boleh berada dalam tempoh amat singkat iaitu sekadar sekali persetubuhan.

Diriwayatkan daripada Abu Hassan Ali bin Muhammad al-Jawad bahawa beliau pernah ditanya tentang tempoh minimum jangka waktu mut’ah. Apakah diperbolehkan mut’ah dengan kesepakatan jangka waktu sekali persetubuhan? Beliau menjawab: “Ya, tidak mengapa tetapi setelah selesai hendaklah memalingkan muka dan tidak memandang lagi (kepada wanita itu).” (Rujuk Al-Furu’ Minal Kafi, jil. 5, ms. 460)

Islam membataskan seorang lelaki hanya boleh memiliki empat isteri dalam satu-satu masa, namun nikah mut’ah Syiah ini membenarkan penganutnya bernikah dengan ramai wanita tanpa batasan. Diriwayatkan daripada Ja’afar al-Sadiq bahawa dia berkata:

Berkahwinlah dengan mereka secara mut’ah walaupun sehingga 1000 orang kerana mereka itu termasuk di antara wanita yang disewakan. (Rujuk Tahdzibul Ahkam, jil. 7, ms. 259)

Konsep nikah mut’ah ini turut membenarkan seseorang itu untuk bernikah dengan wanita yang sama beberapa kali. Diriwayatkan daripada Imam Ja’afar al-Sadiq yang berkata:

Tidak mengapa. Seseorang boleh melakukan mut’ah dengan seseorang wanita seberapa banyak yang di­kehendakinya. (Rujuk Al-Furu’ Minal Kafi, jil. 5, ms. 460)

Untuk lebih memudahkan lagi proses nikah mut’ah, lelaki Syiah tidak perlu menyelidiki status wanita yang ingin dinikahi itu, sama ada sudah bersuami atau masih perawan. Daripada Aban bin Taghlab yang berkata:

“Aku bertanya pada Abu Abdullah bahawa aku sedang berada di sebatang jalan lalu aku ternampak seorang wanita cantik dan aku takut sekiranya dia telah bersuami atau barangkali dia adalah seorang pelacur.” Beliau menjawab: “Ini bukan urusanmu, percayalah kepada pengakuannya.” (Rujuk Al-Furu’ Minal Kafi, jil. 5, ms. 462)

Bahkan, kemudahan untuk melakukan nikah mut’ah ini tidak terhenti setakat itu. Di dalam kitab-kitab Syiah yang lain, penganutnya dibenarkan untuk bernikah secara mut’ah dengan wanita beragama Kristian, Yahudi, Majusi dan penganut agama lain. Bukan sekadar itu, penganut Syiah juga membenarkan perbuatan meminjamkan kemaluan seperti menyerahkan isteri atau ibunya kepada lelaki lain.

Sayid Hussain al-Musawi seorang tokoh ulama Syiah yang telah bertaubat dan kembali kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah menceritakan tentang amalan meminjamkan kemaluan di sisi penganut Syiah. Menurut beliau:

Jika seseorang lelaki hendak bermusafir, dia meninggalkan isterinya kepada jirannya, kawannya atau kepada sesiapa sahaja yang dipilihnya. Dia membenarkan orang tersebut untuk membuat apa sahaja yang dia suka (kepada isterinya itu) selama dia berada dalam musafir. Alasannya sangat jelas iaitu agar si suami berasa tenang hingga isterinya tidak melakukan zina selama dia ditinggalkan. Jika salah seorang datang sebagai tetamu dan sebagai usaha untuk memuliakan tetamu, maka tuan rumah akan meminjamkan isterinya kepada tetamu tersebut selama dia tinggal di rumahnya. (Rujuk Lillahi Tsumma Li at-Tarikh dalamedisi terjemahanMengapa Saya Keluar Dari Syi’ah, Pustaka al-Kautsar, ms. 61-62)

Di dalam buku yang sama, Sayid Hussain al-Musawi turut memaparkan fatwa pelik yang dikeluarkan oleh pengarang kitab al-Muraja’at (edisi terjemahan dengan tajuk Dialog Sunnah - Syi’ah), Sayid Abdul Husain Syarafuddin al-Musawi.

Seorang pemuda yang sedang belajar jurusan perubatan di London telah mengadu masalah untuk mencari pasangan hidup di sana kerana dia tidak boleh bernikah dengan penganut Kristian mahupun Yahudi.

Malah, dia juga gagal mencari pasangan Muslimah untuk bernikah walaupun secara mut’ah. Hanya perbuatan zina sahaja yang dilihat akan dapat mengeluarkan pemuda tersebut daripada masalah yang dihadapinya. Maka, Sayid Abdul Husain Syarafuddin al-Musawi pun berkata:

Sesungguhnya keadaanmu betul-betul darurat. Namun aku ingat, aku pernah membaca satu riwayat daripada Ja’afar al-Sadiq jika datang seorang lelaki yang sering bermusafir, sementara dia tidak dapat ditemani oleh isterinya serta tidak boleh melakukan nikah mut’ah di sebuah negara yang dikunjunginya, sehingga dia merasakan penderitaan sebagaimana yang kamu rasakan, maka Abu Abdillah (Ja’afar al-Sadiq) berkata kepadanya: “Maka kahwinilah lelaki.” Inilah jawapan atas pertanyaanmu. (Rujuk Lillahi Tsumma Li at-Tarikh, ms. 69-70)

Beginilah caranya Syiah menghalalkan perbuatan homoseksual yang keji. Sungguh memalukan fatwa daripada pengarang al-Muraja’at yang masyhur ini. Seterusnya penganut Syiah turut dibenarkan untuk bernikah mut’ah dengan kanak-kanak perempuan dalam lingkungan umur 10 tahun.

Abu Ja’afar telah ditanya tentang umur minimum wanita yang boleh dilakukan mut’ah. Beliau menjawab: “Iaitu kanak-kanak yang tidak tertipu.” Berkata perawi, aku pun bertanya: “Semoga ALLAH mendamaikan engkau. Berapakah umur minimum wanita yang tidak tertipu?” Beliau menjawab: “10 tahun.” (Rujuk Al-Furu’ Minal Kafi, jil. 5, ms. 463)

Pemimpin revolusi Iran iaitu Imam Khomeini berpendapat dibenarkan untuk melakukan nikah mut’ah sekalipun dengan anak kecil yang masih menyusu. Dia berkata:

Tidak mengapa melakukan mut’ah dengan anak yang masih menyusu melalui pelukan, himpitan paha (meletakkan zakar di antara dua pahanya) dan ciuman. (Rujuk Tahrir al-Wasilah, jil. 2, ms. 241)

Beginilah martabat seorang wanita di sisi ajaran Syiah yang tidak ubah seperti pelacur jalanan yang dijadikan objek pemuas hawa nafsu kaum lelaki. Apa yang lebih memburukkan lagi keadaan, wanita yang dinikahi secara mut’ah ini tidak berhak mewarisi apa jua harta daripada pasangan lelakinya. Menurut Ayatullah Ali al-Sistani:

Nikah mut’ah tidak mengakibatkan hubungan warisan di antara suami dan isteri. Dan jika mereka berdua sepakat, berlakunya kesepakatan itu masih dipermasalahkan. Tetapi, jangan sampai mengabaikan asas berhati-hati dalam hal ini. (Rujuk Minhajus Salihin, jil. 3, ms. 80)

Pihak lelaki juga tidak diwajibkan untuk memberi sebarang bentuk nafkah kepada pasangannya mahupun zuriat yang dilahirkan hasil daripada pernikahan mut’ah tersebut. Ayatullah Ali al-Sistani berkata:

Lelaki yang bernikah secara mut’ah dengan seorang wanita tidak wajib untuk memberi nafkah kepada isteri mut’ahnya walaupun dia sedang hamil hasil perbuatannya. Suami tidak wajib menginap di tempat isterinya kecuali telah disepakati pada akad mut’ah atau akad lain yang mengikat. (Rujuk Minhajus Salihin, jil. 3, ms. 80)

Adakah layak dikatakan konsep nikah mut’ah sebegini rupa dianggap sebagai satu ajaran yang menepati al-Quran dan sunnah Rasulullah? Sungguh mengaibkan untuk meletakkan sistem perkahwinan sejelik ini sebagai sesuatu yang bersumber daripada wahyu.

Pada zaman awal kedatangan Islam, nikah mut’ah sememangnya dibenarkan:

Daripada Jabir bin ‘Abdullah dan Salamah bin al-Akwa’, keduanya berkata: “Kami berada dalam suatu pasukan (tentara dalam peperangan), lalu utusan Rasulullah datang kepada kami dan mengatakan: ‘“Sesungguhnya telah diizinkan bagi kamu untuk bernikah mut’ah, maka bernikahlah secara mut’ah.” - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya.

Menurut Imam Al-Muzani yang berkata:

Telah sah bahawa nikah mut’ah pernah dibenarkan pada awal-awal Islam. Kemudian datang hadis-hadis yang sahih bahawa nikah tersebut tidak diperbolehkan lagi. Kesepakatan ulama telah menyatakan keharaman nikah tersebut. (Rujuk Imam al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim)

Ini sebagaimana sabda baginda:

Wahai manusia! Sesungguhnya aku duhulu pernah mengizin­kan kamu untuk melakukan nikah mut’ah. Namun sekarang ALLAH telah mengharamkan nikah tersebut sampai hari kiamat. - Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya.

Namun begitu, konsep nikah mut’ah pada zaman tersebut sama sekali tidak menyerupai amalan golongan Syiah kini. Nikah mut’ah pada masa itu hanya dibenarkan bagi mereka yang berada dalam keadaan musafir yang lama kerana peperangan.

Dalam situasi tersebut, mereka terpaksa hidup membujang atau tidak dapat melakukan hubungan kelamin dalam jangka waktu yang agak lama. Ini kerana isteri tidak turut serta bersama mereka.

Situasi sebegini amat menyeksakan bagi sesetengah umat Islam pada masa tersebut kerana mereka masih berada dalam tempoh peralihan dari zaman jahiliah kepada Islam.

Perzinaan pada masa jahiliah merupakan satu perkara biasa yang diamalkan secara meluas. Tahap keimanan di kalangan para sahabat pada masa itu berbeza kekuatannya.

Ada yang kuat dan ada juga yang agak lemah. Dikhuatiri bagi yang lemah imannya akan terjerumus semula dalam perbuatan zina sebagaimana ketika zaman jahiliah. Maka, sebagai alternatif, Rasulullah membenarkan nikah mut’ah pada masa itu.

Dapatlah kita fahami bahawa dihalalkan nikah mut’ah pada zaman awal kedatangan Islam adalah ketika keadaan darurat atau terpaksa, bukannya dalam situasi senang-lenang untuk memuaskan nafsu sebagaimana amalan golongan Syiah. Hal ini dapat kita perhatikan dalam sebuah riwayat daripada Abu Jamrah yang berkata:

Aku mendengar Ibnu Abbas ditanya tentang bernikah dengan perempuan secara mut’ah lalu beliau membolehkannya. Maka, maula (hamba) beliau berkata kepadanya: “Sesungguhnya yang demikian itu hanya dalam keadaan yang terpaksa dan saat jumlah wanita sedikit atau sepertinya.” Maka, Ibnu Abbas menjawab: “Benar.” - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya.

Tambahan pula, nikah mut’ah pada zaman itu perlu memenuhi syarat sah akad nikah seperti memerlukan keizinan wali, perlunya dua orang saksi dan adanya mas kahwin. Setelah selesai tempohnya, wanita tersebut perlu memastikan bahawa dia tidak hamil sebelum melakukan nikah mut’ah yang lain.

Sekiranya hamil, maka anak itu akan dinasabkan kepada bapanya iaitu pasangan wanita dalam nikah mut’ah tersebut. Berkata Imam Ibu Athiyah:

Nikah mut’ah yang pernah dibenarkan adalah apabila seorang lelaki bernikah dengan wanita berserta dua orang saksi dan izin wali sampai batas waktu tertentu, hanya sahaja ia tanpa hak saling mewarisi antara keduanya, namun tetap harus dengan mahar atas kesepakatan keduanya. Dan apabila telah selesai tempoh masanya, maka dia tidak lagi mempunyai hak atas isterinya dan harusistibra rahimnya (mengosongkan rahim daripada janin dan boleh diketahui dengan datangnya haid atau setelah melahirkan anaknya), kerana anak yang lahir akan dinasabkan kepada pasangan lelakinya. Tetapi apabila tidak hamil, maka dia boleh bernikah dengan yang lainnya.

Pengharaman nikah mut’ah ini disepakati oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana hukumnya telah dimansuhkan oleh Rasulullah sendiri menerusi beberapa hadis baginda. Al-Khathabi berkata:

Pengharaman mut’ah juga bersandarkan ijmak, kecuali sebahagian pengikut Syiah. Tetapi, ia tidak sesuai dengan dasar mereka yang mengembalikan perkara yang diperselisihkan kepada ‘Ali dan ahli baitnya. Sebagaimana yang telah dinukilkan daripada Ali melalui jalur yang sahih bahawa hukum nikah mut’ah telah mansukh (dihapuskan). (Rujuk Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari)

Hadis yang dimaksudkan Imam al-Khathabi adalah daripada ‘Ali bin Abi Talib yang berkata kepada Ibnu Abbas:

Sesungguhnya Rasulullah melarang nikah mut’ah dan memakan daging khimar jinak pada waktu perang Khaibar. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya.

Realitinya, nikah mut’ah ini hanya merendahkan martabat wanita dan menjadikan mereka seperti objek permainan seks kaum lelaki untuk kepuasan hawa nafsu mereka. Ia juga mencemar institusi kekeluargaan kerana semakin ramai anak yang tidak berbapa secara sah akan dilahirkan.

Bahkan, kemungkinan juga kerana terlalu kerap mengamalkan nikah mut’ah, para wanita tersebut tidak dapat mengenal pasti siapakah bapa sebenar kepada bayi mereka. Golongan wanita juga akan dibebankan dengan tanggungjawab yang lebih kerana mereka tidak akan menerima apa jua bentuk nafkah material daripada pasanganmut’ahnya. Senario ini diibaratkan seperti habis madu sepah dibuang.

Ketahuilah bahawa di antara kelompok Syiah yang menghalalkan nikah mut’ah ini adalah Syiah Imamiyah atau Ja’fariyah sebagaimana yang sedang giat disebarkan di beberapa buah negeri.

Tindakan tegas oleh pihak berkuasa amat dialu-alukan demi membendung tersebarnya kesesatan ajaran Syiah di negara ini yang telah menetapkan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai aliran rasmi.

Pihak berkuasa juga perlu memperhebat usaha untuk menyebarkan bahan-bahan dakwah serta menganjurkan majlis-majlis penerangan tentang hakikat sebenar ajaran Syiah kepada semua umat Islam. Wallahu a‘lam.
sumber: sinar
AMRAYY

Tuesday 24 December 2013

[VIDEO] Jabatan Facebook Negara @Shabery_Cheek difitnah.!!!

Ahmad Shabery cheek
AWAS.!!! 
MAKLUMAT MENGELIRUKAN DARI ANASIR-ANASIR DARI PIHAK TERTENTU SEDANG
 BERLEGAR DI WALL FACEBOOK ANDA.!!!
DAPATKAN MAKLUMAT DARI SUMBER YANG SAHIH SUPAYA ANDA TIDAK MENYESAL DI KEMUDIAN HARI, KERANA MENYEBARKAN FITNAH.!!!

Isu mengenai Jabatan facebook Negara yang sememangnya tidak akan ujud telah digembar-gemburkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab..Aku tak taulahkan siapa pihak yang tidak bertanggungjawab tu.!!! Namun penjelasan dari YB DS Ahmad Shabery Cheek di parlimen sudah cukup memberi jawapan yang selama ini bermain di fikiran rakyat Malaysia.

Kepada semua rakyat Malaysia yang masih tidak dapat maklumat yang tepat boleh rujuk video kenyataan YB DS Ahmad Shabery Cheek di parlimen beberapa hari yang lalu.!!!

Layan bro.!!

AMRAYY

Monday 23 December 2013

KEPULANGAN WIRA CILIK NEGARA DISAMBUT KELUARGA DI KLIA @NajibRazak @Khairykj @Shabery_Cheek

SEA2013
WIRA BARU NEGARA
Kepulangan Muhammad Nazreen dinanti oleh keluarga di KLIA dengan penuh perasaan gembira dan terharu. Aku bergerak dari K.Lumpur ke KLIA lebih kurang jam 5.00 petang. Melalui maklumat Facebook, Nazreen dijangka sampai lebih kurang jam 7.00mlm waktu Malaysia..

Aku sampai di KLIA Jam 6.45ptg bersama keluarga Muhammad Nazreen dan adik bradik aku yang lain (pakcik dan makcik M. Nazreen) .Sehingga jam 9.00mlm kelibat Muhammad Nazreen tidak nampak .. Penantian yang begitu lama menyebabkan separuh dari keluarga aku balik kerana, esok ada yang bekerja pagi dan ada juga yang mahu pulang ke Negeri Sembilan..

Kerap juga aku naik ke tingkat 5 untuk mendapatkan kepastian ketibaan atlit negara  di kaunter pertanyaan MAS, namun hampa. Oleh kerana tidak pasti ketibaan Atlit negara yang menyertai sukan SEA 2013 di Myanmar, aku dengan  ibubapa Nazreen setia menanti sehingga jam 11malam. Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab perlu menghubungi ibubapa atlit dan memberikan penerangan tentang jadual ketibaan atlit supaya kesulitan yang sebegini tidak akan berlaku..

Hasil dari pertanyan aku kepada Nazreen, jadual perjalanan beliau adalah seperti berikut:

-Berangkat dari Myanmar ke Bangkok Thailand jam 2.30pm (waktu Myanmar)
-Tiba di Bangkok jam 4.30pm (waktu Thailand)
-Berangkat dari Thailand ke KLIA Malaysia jam 7.40pm (waktu Bangkok)
-Tiba di KLIA lebih kurang jam 10.30pm (waktu Malaysia)

Walaubagaimanapun kami tetap berasa sangat gembira diatas kepulangan Muhammad Nazreen dengan selamat, walaupun terpancar keresahan di muka ibubapa Nazreen yang menanti sehingga 6 jam disana..

Muhammad Nazreen telah memenangi dua acara kejohanan sukan SEA 2013 dengan meraih 2 pingat emas negara. Beliau merangkul pingat emas yang pertama dalam acara 10m Platform Individu Lelaki dan mengalahkan rakan sepasukannya Ooi Tze Liang.. Manakala pingat emas kedua yang dimenangi oleh Muhammad Nazreen adalah ketika beliau menjuarai dalam acara Platform Seirama Lelaki bergandingan dengan rakan sepasukannya iaitu Ooi Tze Liang yang juga pemenang pingat perak dalam acara 10m Platform Individu Lelaki..Ooi Tze Liang berasal dari Pulau Pinang.

Kisah atlit muda ini akan aku sambung lagi di posting yang akan datang... Layan dulu photo-photo saat menanti ketibaan wira baru negara ini bersama ahli keluarga yang setia menanti kepulangannya..!!!!



Ibubapa Nazreen






Bersama adik sepupunya Putra Ahmad Daniel
Bersama kakak sepupunya Adlin Sofiya
Bersama makciknya ..
Bersama adik sepupunya Puteri Ayu Masliny








 Nazreen bersama adik lelakinya





 Pak Cik dan Mak Cik Nazreen turut menyambut kepulangan Nazreen


 Sebahagian keluarga Nazreen

 Sepupu Nazreen yang mencuba sweaternya.
 Photo sewaktu Nazreen bersama keluarga di rumah.



Secara keseluruhan jumlah pingat yang dimenangi oleh negara kita di acara Sukan SEA 2013 adalah 43 emas, 38 perak dan 77 gangsa.

Rakyat Malaysia turut berasa bangga ke atas kejayaan para atlet yang telah mengharumkan nama negara ini dan mengambil kesempatan berkongsi kegembiraan mengenainya di media sosial.
 AMRAYY