Wednesday 30 April 2014

Pelajar SMA Rawang maut selepas bergaduh dengan rakan


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Agama Rawang dipercayai mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan rakannya di gelanggang bola tampar sekolah itu malam tadi.

Pelajar lelaki yang berumur 15 tahun itu dikatakan ditumbuk di muka sebanyak tiga kali sebelum mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri dalam kejadian 11.00 malam itu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah menuduh rakannya itu mencuri alat permainannya sebelum tercetus pergaduhan antara mereka.

"Mangsa dikatakan memukul rakannya dengan tangan sebelum suspek menumbuknya di muka sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, seorang rakan mangsa yang berada di tempat kejadian telah meminta bantuan warden asrama sekolah untuk membawa mangsa ke hospital tetapi mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Selayang.

Abdul Rahim berkata, hasil siasatan mendapati tiada sebarang senjata tajam atau kayu digunakan oleh kedua-dua mereka.

Beliau berkata, rakan pelajar itu telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Namun punca sebenar kematian mangsa masih disiasat," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah menghantar pasukan khas bagi menyiasat kes kematian pelajar berkenaan.

Beliau berkata, kementerian merasa amat dukacita dengan insiden itu dan akan menjalankan siasatan sepenuhnya.

"Pasukan dari KPM telahpun diarahkan...pegawai kita sedang bekerjasama dengan pihak polis.

"Ia sudah menjadi kes polis, jadi biar polis jalankan siasatan, tapi di pihak KPM kita juga akan memastikan siasatan sepenuhnya dijalankan untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis prapelancaran perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2014 di sini hari ini.
- BERNAMA
P/S :Pelajar maut dipukul rakan.!! Pihak sekolah harus peka dalam kes buli. Aku dah pernah usulkan perkara ini dahulu..tukarkan guru yang telah lama berkhidmat, kerana kurang rasa tanggungjawab bila dah terlalu lama.!! dah mati baru nak menyesal.!! Jawablah.!!
AMRAYY


#GST TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT.!! APA ITU CUKAI GST?? GST CUKAI YANG PINTAR.!!

GST
#amrayylensa - RANG Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 April lalu dan akan mula dilaksanakan mulai 1 April 2015.

Tinjauan di laman-laman sosial mendapati ramai rakyat Malaysia tidak memahami kepentingan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan implikasi sebenar pelaksanaannya.

Antara salah faham ialah GST adalah satu cukai baru yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak dan mengakibatkan peningkatan kos sara hidup rakyat.
(KLIK UNTUK IMEJ YANG LEBIH JELAS)
(LIHAT CARTA KIRAAN SEBENAR GST)

Ada juga yang beranggapan GST hanyalah satu instrumen kerajaan untuk memungut cukai baru bagi menggantikan kehilangan pendapatan negara akibat cadangan pengurangan cukai syarikat pada masa akan datang.

Pengenalan GST juga dianggap sebagai satu langkah untuk mengikut trend semasa memandangkan sudah lebih 160 negara mengguna-pakai GST dan ini dilaksanakan tanpa kajian mendalam tentang beban yang ditanggung oleh rakyat.

Tanggapan negatif tentang GST ini timbul kerana kurang pemahaman tentang bidang percukaian, perakaunan sektor awam dan asas ekonomi. Ini diburukkan lagi dengan momokan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat separuh benar kepada masyarakat berkaitan implikasi GST terhadap kos sara hidup.

BENARKAH GST CUKAI BARU?

GST sememangnya adalah cukai yang baru diperkenalkan di Malaysia. Namun begitu pelaksanaannya menyebabkan dua jenis cukai lain dimansuhkan. Pada masa ini, cukai dikenakan kepada barangan dan perkhidmatan melalui dua akta iaitu Cukai Jualan 1972 (Akta 64) dan Cukai Perkhidmatan 1975 (Akta 151), yang mana kedua-duanya dipungut oleh Kastam.

Rata-rata masyarakat tidak membincangkan tentang implikasi apabila kedua-dua cukai jualan dan cukai perkhidmatan ini dimansuhkan, tetapi lebih fokus kepada melihat kesan satu hala GST terhadap kos barangan dan perkhidmatan.

Cukai jualan (10%) umumnya dikenakan ke atas barangan yang dikilangkan di Malaysia atau diimport, dan dibayar oleh pengeluar atau pengimport yang mempunyai hasil tahunan RM100,000 ke atas. Cukai ini diserap ke dalam harga barangan yang dijual kepada pengguna. Manakala cukai perkhidmatan (6%) dikenakan ke atas perkhidmatan khas seperti perkhidmatan hotel (lebih dari 25 bilik), insurans, te­lekomunikasi, khidmat profesional akauntan, peguam, jurutera dan arkitek, outlet makanan dan minuman dan lain-lain lagi.

Cukai perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna jelas dinyatakan di dalam bil atau resit bayaran, berbeza dengan cukai jualan yang tersembunyi dan tidak disedari oleh pengguna.

Secara tepatnya, rakyat Malaysia membayar cukai yang lebih tinggi di dalam sistem se­­dia ada. Pertukaran kepada model GST Malaysia, bukan sahaja perlu untuk mentransfor­masi sistem cukai negara ke arah yang lebih adil, malah ia perlu kerana sistem sedia ada yang bersifat 'single-tier' sangat terdedah kepada risiko pelarian cukai yang merugikan negara.

ADAKAH GST MENYEBABKAN KENAIKAN HARGA?

Penggunaan sistem cukai GST bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan berupaya menangani masalah cukai bertindan yang mana akan mengurangkan beban cukai pengguna. Contoh jelas di­terangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2014 di mana jika pengguna membeli minuman berkarbonat di restoran, mereka akan dikenakan cukai bertindan iaitu, cukai jualan yang diserap ke dalam harga minuman serta cukai perkhidmatan yang tertera di atas resit jualan.

Dengan GST, masalah seperti ini tidak berlaku kerana pengguna akan hanya dikenakan satu jenis cukai sahaja. Harga barangan akan menjadi lebih murah akibat pemansuhan cukai bertindan ini.

Bagi barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sebelum ini, kenaikan harga barangan akan berlaku. Namun begitu, kerajaan mewartakan sejumlah barang dan per­khidmatan yang dikecualikan GST. Ia termasuk makanan barangan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak dan lain-lain lagi.

Justeru, boleh disimpulkan akan ada barangan dan perkhidmatan yang naik, turun dan tidak berubah. Secara amnya, kesan berikut boleh dirumuskan. Oleh itu tidak adil untuk kita merumuskan GST akan ­me­ngakibatkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

ADAKAH GST LANGKAH TERGESA-GESA?

Anggapan bahawa langkah memperkenalkan GST oleh kerajaan adalah tergesa-gesa adalah salah sama sekali.

Menyedari akan kepentingan dan manfaat GST, kerajaan telah mengumumkan cadangannya semasa belanjawan 2005, namun pelaksanaannya telah ditangguhkan. Dalam melaksanakan GST, kerajaan menubuhkan Panel Penilai Cukai (Tax Review Panel) yang dianggotai oleh pakar-pakar percukaian dari sektor awam dan swasta.

Panel ini menjalankan kajian meliputi pelbagai aspek GST dan undang-undang antaranya ialah Goods and Services Tax 1985 (New Zealand), Value Added Tax Act 1994, (United Kingdom), Goods and Services Tax 1991 (Kanada), dan Value Added Tax Act 1992 (Thailand).

Hasil kajian mendapati bahawa GST akan menjana ekonomi negara yang lebih mapan dengan peningkatan nilai eksport sebanyak 0.5% disebabkan harga barangan eksport akan jadi lebih kompetitif dan murah. Kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) dijangka naik sekitar 0.3%.

ADAKAH GST ABAIKAN RAKYAT?

Peningkatan defisit dalam belanjawan negara setiap tahun adalah perkara yang membimbangkan. Sekiranya ia tidak dikawal, ekonomi negara akan merudum dan kehidupan selesa yang dinikmati oleh rakyat pada masa ini akan terjejas. Justeru itu, GST yang bersifat multi-tier dan dengan skop cukai yang luas akan menjadi sumber baru pendapatan negara.

Namun begitu, ini tidak bermakna rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah akan terbeban dengan cukai ini. Bagi menjaga kebajikan rakyat, seiring dengan pengenalan GST, kerajaan memperkenalkan beberapa langkah utama. Antaranya bantuan RM300 akan diberikan secara one-off kepada pene­rima isi rumah BR1M.

Lebih menarik lagi, kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan. Ini menyebabkan pendapatan boleh guna akan meningkat dan dijangka seramai 300,000 orang tidak perlu lagi membayar cukai. Hakikatnya, pendapatan dari GST ini jugalah yang akan dikembalikan kepada rakyat melalui bantuan sosial seperti BR1M. Dengan faedah-faedah yang diperolehi ini, adilkah jika kita simpulkan bahawa GST akan membebankan golongan berpendapatan rendah?

GOLONGAN PERTENGAHAN DAN IKS DIPINGGIRKAN?

Golongan kelas pertengahan yang bijak akan dapat memperolehi manfaat daripada pengenalan GST dengan mengambil inisiatif merancang dan mengawal perbelanjaan. Beban mereka juga akan diringankan dengan pengurangan cukai individu dan penambahan pendapatan boleh guna oleh kerajaan.

Peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) yang memperolehi hasil jualan kurang dari RM500,000 setahun pula dikecualikan daripada mendaftar sebagai syarikat berdaftar GST serta tidak perlu mengutip dan membayar GST. Ini akan memastikan perniagaan mereka berdaya saing dan mampu menarik lebih ramai pelanggan.

SEMUA BARANGAN DAN PERKHIDMATAN KENA GST?

Salah satu salah faham berkaitan GST ialah semua barangan dan perkhidmatan akan dikenakan cukai GST. Hakikatnya terdapat tiga kategori barangan iaitu bekalan dikenakan cukai, bekalan cukai sifar dan bekalan dikecualikan cukai. Bekalan dikenakan cukai ialah barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai, yang mana semua barangan dan perkhidmatan yang dijual dikenakan GST (output tax).

Jumlah output tax ini boleh ditolak dari input tax (GST dari pembelian barangan dan perkhidmatan tersebut). Bekalan cukai sifar pula ialah barangan dan perkhidmatan yang tidak tertakluk output tax, namun peniaga boleh menuntut input tax. Bekalan cukai sifar ini merangkumi barangan asas keperluan isi rumah seperti bahan asas makanan, hasil pertanian, bekalan ternakan.

Dalam masa sama, kerajaan juga mewartakan sejumlah barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan dari GST. Antaranya ialah tanah dan kediaman, pengangkutan awam, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan kewangan, caj tol lebuh raya serta perkhidmatan awam. Ini adalah bagi memastikan bahawa kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia terpelihara dan tidak dibebankan dengan GST.

Di sebalik salah faham tentang implikasi GST, terdapat banyak faedah pelaksanaannya. Ia akan lebih ketara dalam jangka masa panjang. Belajarlah daripada pengalaman negara-negara maju seperti New Zealand yang memperkenalkan model GST sejak 1986 lagi. Walaupun kadar GST mereka ialah 15%, namun kehidupan dan kebajikan rakyat sentiasa terjaga.

Pelaksanaan GST membolehkan lebih banyak pengagihan hasil negara kepada golongan berpendapatan rendah, seterusnya menjadikan jurang ekonomi antara rakyat semakin kecil.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara, Merbok, Kedah

P/S : Artikel ini serba sedikit boleh memperjelaskan kecelaruan masyarakat Malaysia yang masih tidak faham kebaikan GST..
copypaste
AMRAYY

Tuesday 29 April 2014

@azwanbro - Gerakan Referendum Terhadap Kepimpinam Kerajaan Selangor


Rakyat dan pengguna air di negeri Selangor termasuk Lembah Klang diminta supaya membuat satu 'referendum' (suara rakyat) terhadap kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung krisis air yang menimpa mereka.



AMRAYY

Apa Itu Hukum Hudud?? Sudahkah Kita bersedia.??


Layan Bro.!!



Definisi
Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah ; Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:


Zina.
Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi.
Minum Arak.
Mencuri.
Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan ).
Murtad.
Baghy (Bughah – Pemberontakan).

Al-Mawardy pula mendefinisikan Hudud sebagai Sekatan-sekatan atau deraan-deraan yang ditentukan oleh Tuhan sebagai balasan ( hukuman ) kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan pekara-perkara yang diperintah, kerana tabiat semulajadi manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar kelazatan dunia yang cepat. (al-Mawardy, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 221).
Melaksanakan hukum hudud ini adalah wajib dan dikira sebagai hak Allah. Maksud Hak Allah ialah seksaan itu tidak boleh digugurkan ( dimaafkan ) sama ada oleh individu atau masyarakat. ( Abdul Qadir Audah, al-Tasyri c al-Jinaiy al-Islamiy, hlm. 78 ).

Ini adalah antara dalil-dalil yang disebut daripada Al-Quran dan juga hadith:

Pengharaman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk .
( al-Quran, al-Isra : 32 )

Hukuman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan .
( al-Quran, an-Nur : 2 )

Hadis Nabi mengenai zina, mafhumnya :
Ambillah dari aku ! Sesungguhnya Allah memberi jalan kepada mereka ( perempuan yang berzina ), jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat seratus kali sebatan, dan dibuang negeri setahun, dan jika yang telah berkahwin dengan yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus kali sebatan dan direjam dengan batu sampai mati .
( Muslim, Sahih : hlm. 188 )

Zina diharamkan dan hukuman hadnya ialah buang negeri ( taghrib ) dan disebat seratus kali bagi yang belum kahwin, dan disebat seratus kali dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin ( muhsan ), ada yang berpendapat hanya rejam sahaja bagi yang telah berkahwin.

Pengharaman Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat orang saksi dan hukuman Had mengenainya, Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 4 yang bermaksud :
Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan zina, dan mereka tidak membawa empat orang saksi, maka deralah mereka ( yang menuduh itu )lapan puluh sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka adalah orang-orang yang fasiq
Iaitu tuduhan zina ( Qazaf ) tanpa membawa empat orang saksi adalah haram, dan hukuman had ke atas orang yang menuduh itu ialah lapan puluh kali sebatan beserta hukuman tambahan iaitu tidak diterima kesaksian orang itu selama-lamanya.

Pengharaman minum arak, Firman Allah yang bermaksud :
Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya meminum khamar ( arak ), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan ( kejayaan ) .
( al-Quran, al-Maidah : 90 )

Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat ; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul ( sebat )seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan ( Muslim, Sahih : hlm. 214 ) dan Umar menurutnya.

Hukuman Hudud Jenayah Mencuri, Firman Allah yang bermaksud ;
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya ( sebagai ) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah .
( al-Quran, al-Maidah : 38 )

Hukuman hudud bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan dengan cara yang tertentu yang akan dibincangkan kemudian.

Hukuman Perusuh dan Pengacau Keamanan ( hirabah ), Firman Allah yang bermaksud :
Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka akan beroleh seksaan yang besar .
( al-Quran, al-Maidah : 33 )

Pengharaman Murtad, Firman Allah yang bermaksud :
Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan diterima ( agama itu ) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di antara orang-orang yang rugi .
( al-Quran, al-Imran : 35 )
Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di dunia dan akhirat .
( al-Quran, al-Baqarah : 217 )

Hukuman Murtad ialah bunuh, Hadis Nabi yang mafhumnya ;
Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada Tuhan Yang diSembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mengakui Aku ( Muhammad ) sebagai Rasulullah, melainkan terhadap salah satu dari tiga ( orang ) iaitu penzina yang telah berkahwin ( muhsan ), membunuh orang tanpa hak dan orang yang meninggalkan agamanya ( murtad ).
( Muslim, Sahih : hlm. 164 )

Jenayah Baghy, pengharamannya dan hukumannya, Firman Allah yang bermaksud :
Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah .
( al-Quran, al-Hujurat : 9 )

Inilah sumber perundangan yang utama ( dari al-Quran dan al-Sunnah ) mengenai jenayah. Syariat menentukan secara tepat mengenai seksaan atau hukuman bagi tiap-tiap jenayah Hudud, di mana tidak ada hak mana-mana pihak persendirian seperti Qadi atau mangsa atau pihak awam seperti kerajaan atau lain-lain, untuk memilih atau meminda di dalam hukumannya.

Fikir-fikirkan jika hudud dilaksanakan, adakah lagi zina berlaku meleluasa? miinum arak menjadi suatu kebiasaan sehinggakan boleh dimaafka untuk kali pertama?kejadian pecah rumah, rompakan mesti berlaku setiap hari? Inilah sedikit coretan mengenai hukum hudud, mungkin pada keluaran akan datang, kita akan mengulas mengenai syarat sesebuah negara untuk melaksanakan hukum hudud pula.
P/S :Copy untuk bahan rujukan sahaja
AMRAYY

MH370: JURUTERBANG DAKWA TEMUI PESAWAT TERHEMPAS !!!

#Terkini #amrayylensa


SEORANG juruterbang dari New York mendakwa telah menemui serpihan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu di lautan berhampiran pantai Thailand.


Michael Hoebel, 60, mendakwa telah menemui imej serpihan itu selepas membuat pencarian menerusi ribuan imej pelbagai stelit yang terdapat di sekitar laluan pesawat berkenaan.

Juruterbang dari Tonawanda itu berkata, dia terkejut dengan imej yang diperolehi dan percaya pesawat dalam air itu telah terhempas sejak dua bulan lalu di timur laut pantai Malaysia iaitu lokasi ia dikesan melakukan lencongan.


Jelasnya, imej satelit tersebut dirakam pada 10 Mac iaitu dua hari selepas pesawat berkenaan dilaporkan hilang.


Ditanya mengenai kemungkinan imej itu merupakan banyangan seekor ikan yu, Hoebel menyoal," adakah seekor ikan yu sepanjang 21 kaki (6.4 meter) boleh didapati di lautan tersebut".

Lelaki itu juga yakin imej tersebut merupakan pesawat MH370 yang didakwa berakhir di Lautan Hindi baru-baru ini.
AMRAYY

Monday 28 April 2014

Barack Obama Akhiri Lawatan Rasmi ke Malaysia


SUBANG: #amrayylensa - Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berlepas ke Filipina dengan pesawat Air Force One pukul 10.20 pagi tadi.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mewakili negara mengucapkan selamat jalan kepada Obama.

Sepanjang tiga hari berada di Malaysia, Obama mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, diraikan dalam satu jamuan negara, pertemuan dengan pemimpin muda ASEAN dan bertemu pemimpin badan bukan kerajaan.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengakhiri lawatan tiga hari di Malaysia hari ini.

Ia merupakan lawatan bersejarah dalam tempoh hampir 50 tahun selepas lawatan Presiden Lyndon Johnson pada 1966.

Pesawat Air Force One yang membawa Presiden Amerika itu berlepas pada kira-kira 10.20 pagi dari Pangkalan Udara Subang.

Antara pemimpin yang hadir mengucapkan selamat jalan kepada Obama ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman serta Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Selepas ini Obama berlepas ke Filipina, hentian terakhir dalam siri lawatan beliau ke empat negara Asia.

Terdahulu, beliau melawat Jepun dan Korea Selatan.

Imam Rayu Henti Penindasan Masyarakat Islam


KUALA LUMPUR 27 April #amrayylensa - Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad merayu Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama supaya menghentikan penindasan terhadap masyarakat Islam di seluruh dunia.

Beliau mengambil peluang untuk menyuarakan hasratnya kepada Obama semasa mengiringi Presiden AS itu dalam lawatan ke Masjid Negara dan Makam Pahlawan di Jalan Perdana di sini hari ini.
Obama dalam jawapannya kepada permintaan itu berkata "doakan saya," kata Ismail kepada pemberita selepas lawatan Obama ke kedua-dua monumen terkenal itu di sini.

Beliau berkata, Obama juga berkata bahawa setiap hari apabila bangun dari tidur, beliau sentiasa berusaha untuk menghentikan penindasan dan konflik membabitkan masyarakat.

Ismail, 70, juga melahirkan keterujaannya tentang pertemuan bersejarah dengan Obama iaitu yang kedua bagi beliau dengan seorang Presiden Amerika Syarikat yang memegang tampuk kuasa.
Pertemuan pertama ialah dengan Presiden Lyndon B.Johnson pada 1966, kira-kira 48 tahun lalu apabila beliau baru berusia 22 tahun dan menjadi pelajar tahfiz.

"Saya tidak menyangka bahawa saya akan menemui seorang lagi Presiden Amerika Syarikat dalam hidup saya selepas hampir 50 tahun," kata beliau.

Ismail juga kagum dengan kebolehan Obama untuk memahami bahasa Malaysia apabila beliau kadang-kadang bertutur dalam bahasa itu dengan Presiden Amerika Syarikat.
Di sebalik perbendaharaan kata yang terbatas, Obama kerap kali menjawab "Insya-Allah" dan "Terima Kasih," katanya. "Memang baik baginya walaupun beliau tidak boleh banyak bertutur dalam bahasa Malaysia tetapi beliau memahami apa saya memberitahu kepada beliau," kata Ismail sambil tersenyum.
Lawatan Obama ke Masjid Negara merupakan aturcara pertama pada hari kedua lawatannya ke Malaysia dan lawatan ke masjid berkenaan menandakan penerimaan beliau kepada amalan kesederhanaan dalam Islam di negara ini yang majoriti penduduknya yang berjumlah 30 juta beragama Islam.

Obama, yang tiba semalam untuk lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia, diiringi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin selaku Menteri Pengiring dan Duta Khas Amerika Syarikat ke Pertubuhan Kerjasama Islam, Rashad Hussain.

Selepas lawatan Obama, Ismail mengadakan pertemuan singkat dengan Rashad yang menyentuh tentang perbankan Islam, program pembangunan usahawan Muslim dan hab halal.
Ismail berkata, Rashad melahirkan rasa kagum Amerika Syarikat terhadap sistem perbankan Islam yang dilaksanakan di negara ini dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. - BERNAMA.
AMRAYY

Obama Lawat Masjid Negara, Monumen Terkenal Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 April #amrayylensa - Presiden Amerika Syarikat Barack Obama melawat Masjid Negara, sebuah daripada monumen terkenal di Malaysia, melambangkan pendekatan beliau dalam mendekati dunia Islam.
Acara pertama beliau pada Ahad dengan melawat ke masjid itu menandakan penerimaan beliau kepada amalan kesederhanaan dalam Islam di negara ini, dengan majoriti penduduknya yang berjumlah 30 juta beragama Islam.

Presiden Amerika Syarikat ke-44 itu, yang menjawat jawatan pada 2009 dan kemudian dipilih semula bagi penggal kedua pada 2012, disambut Imam Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad dan jawatankuasa masjid sebaik tiba dengan menaiki limousin presiden di hadapan pintu masuk utama masjid di Jalan Perdana, di sini pada 9.40 pagi.

Obama, yang memakai suit gelap, diiringi Syaikh Ismail ke dewan solat dan berhenti seketika di Makam Pahlawan, yang terletak berhampiran Masjid Negara.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin selaku menteri pengiring dan Duta Khas Amerika Syarikat ke Pertubuhan Kerjasama Islam Rashad Hussain.

Lawatan bersejarah tiga hari beliau ke negara Asia Tenggara ini - sebahagian daripada siri jelajah Obama ke empat negara Asia - adalah yang pertama oleh Presiden Amerika dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden Lyndon B.Johnson pada 1966.

Pada Jumaat, akhbar harian berbahasa Inggeris The Star memetik Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Tan Sri Dr Abdullah Md Zin sebagai berkata 'bukan lazim' bagi seorang pemimpin kuasa terbesar untuk memasukkan kunjungan ke masjid dalam aturcara lawatan mereka.

"Tiada cara yang lebih baik bagi Obama untuk memuliakan Islam melainkan dengan melawat Masjid Negara. Agak menarik untuk mengetahui apa yang akan diperkatakannya tentang masjid dan Islam," katanya.

Akhbar itu turut memetik Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut sebagai berkata sungguhpun Obama tidak didesak untuk melawat masjid itu, keputusannya untuk berbuat demikian membawa makna yang sangat besar kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

"Ini menunjukkan presiden adalah sensitif dan beliau mahu lebih dekat dengan dunia Islam," kata Nooh.

Lawatan Obama ke masjid bukanlah perkara baharu memandangkan beliau mengunjungi Blue Mosque yang sangat terkenal itu semasa melawat Turki pada 2009.

Dalam lawatannya ke Indonesia pada 2010, presiden turut melawat Masjid Istiqlal di Jakarta, sebuah daripada masjid terbesar di dunia.

Selepas kunjungannya ke Masjid Negara, Obama berlepas ke pusat pentadbiran persekutuan Malaysia di Putrajaya untuk mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.-- BERNAMA
AMRAYY

Monday 21 April 2014

[VIDEO] #GST Demo 1 Mei: Polis belum terima jawapan penganjur

20 Apr 2014
#amrayylensa - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menyatakan pihaknya masih belum menerima jawapan daripada pihak penganjur berhubung rancangan perhimpunan protes kenaikan harga barang serta cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan berhubung perancangan mereka menghadapi perhimpunan tersebut.

Tambahnya, penganjur merancang untuk berarak dari KLCC ke Dataran Merdeka yang masih dalam kerja pembaikan.


AMRAYY

Wednesday 16 April 2014

DEMO 1 MEI MULA TERSEBAR DI FB DAN BLOG.??


Maklumat tentang demo Mei 1hb sudah mula tersebar di FB dan blog. Perancangan mereka berhubung tempat, waktu, jadual, dan diketuai oleh Mat Sabu.

Kenapa tak pakai BERSIH lagi?

Setakat APril 15hb, hanya seramai lebih kurang 1,000 orang telah memberi pengesahan penyertaan mereka didalam demonstrasi tersebut. Pengesahan ini dilakukan melalui Facebook 1Mei Bantah GST Sampai Tumbang.

Penyertaan NGO melibatkan SAMM, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) GAMIS, DEMA, PMIUM ddan kumpulan Rejimen Anarki dan parti politik PAS, PSM, PKR dan selalunya penakut tapi datang bat syarat adalah cina DAP>

Turut serta adalah kumpulan ad-hoc seperti kumpulan pelajar yang tak pernah kerja dan tak faham apa pasal GST iaitu Gerakan Anak Muda BANTAH GST (BANTAH), Gerakan Bantah GST dan
Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia

Mereka yang terlibat sudah dikenalpasti adalah:
(a) Che Gu Bard
(b) Mohamad Faizal Ab Rahman - Ketua Sekretariat GST SAMM Kebangsaan
(c) Mohamad Bukhari Sofian - Naib Presiden 2 GAMIS / Pengerusi SMM
(d) Safwan Anang
(e) Abd Malik Ab Razak - Presiden GAMIS / Pengerusi BANTAH
(f) Edy SAMM
(g) Muhammad Najib - MPN GAMIS
(h) Arulchelvam - PSM
(i) Rafizi Ramli - Pengarah Strategi PKR
(j) Dr Hatta Ramli
(k) Kamarulzaman Mohamad
(L) Ust Zaharudin Mohamad - Ketua Lajnah Penerangan DPPM / Pengerusi Gerakan Bantah GST
(M) Ahmad Syukri Ab Razab - SUARAM
(N) AZAN SAFAR - Pengerusi TURUN
(O) Abd Muqit
(P) Yazid Kamarul Zaman - Pengerusi KECAM

Taktik mengangkut demonstran menggunakan pengangkutan awam pun diketahui dan mana tempat kumpul 5 tempat biasa. Seperti biasa Unit Amal akan dipergunakan.
Jabatan Amal PAS Malaysia telah bermesyuarat pada 15 Apr di Pejabat Agung Pas Pusat, Jln Raja Laut, KL Mereka dikehendaki sediakan 1,000 orang di 5 lokasi biasa mereka.

Peliknya Unit Amal Kedah di minta hantar 150 anggota tapi anggota aktif hanya 60 orang. Setiap Kawasan kena hantar Pemuda tidak termasuk Unit Amal paling kurang 100 orang. Semua Unit Amal ada peruntukan untuk datang ke KL dan telah diserahkan kepada ketua-ketua kawasan. terpulang kepada kejauhan kawasan tapi dikahabakan sebbanyak RM500 ke RM800 seorang.

Pastikan mereka sebut. Kalau tak sebut atau kurang, sah dah ada yang kebas.
AMRAYY