Tuesday 25 February 2014

#amrayylensa Lapor Pihak Berkuasa Kandungan Provokasi Dalam Laman Sosial


KUALA LUMPUR, 24 Feb 2014 Orang ramai yang menerima mesej atau mendapati ada kandungan berunsur provokasi dan hasutan dalam laman sosial diminta mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, aduan boleh dibuat kepada polis atau kementeriannya yang kemudian akan meminta pengawal selia iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melakukan siasatan.

"Jika orang ramai berasa tersinggung dengan sesetengah kenyataan (atau kandungan) dalam media sosial, mereka boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa. Jika kandungan itu dalam Facebook, mereka boleh membuat aduan bertulis terus kepada Facebook atau SKMM.

"Kami di kementerian akan memaklumkan kepada pengawal selia kami iaitu SKMM dan SKMM boleh mengambil tindakan berdasarkan aduan dan jika seseorang berpendapat mereka perlukan bantuan SKMM, saya fikir SKMM akan dapat membantu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Latihan Penyiaran Antarabangsa di sini Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laman-laman sosial yang semakin dipenuhi dengan kandungan yang kurang menyenangkan dan berunsur negatif dan provokasi.

Jailani berkata, orang ramai atau pengguna laman sosial perlu sentiasa berhati-hati semasa mengeluarkan sebarang kenyataan dalam laman sosial kerana mereka boleh dikenakan tindakan jika terdapat aduan terhadap mereka.

Mengenai persidangan itu bertema "Definisi Latihan bagi Media Baharu dan Media Sosial", beliau berkata ia diharap dapat mencari resolusi atau pendekatan terbaik dalam menangani isu-isu berbangkit mengenai media baharu atau media sosial.

"Ada ramai pengamal media terlibat dalam persidangan ini termasuk dari luar negara dan mereka mungkin boleh bersama-sama menyumbang pengetahuan dan pengalaman mereka dalam menangani isu-isu media sosial ini," katanya.

Persidangan dua hari itu yang berakhir esok dianjurkan bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak, Asia-Pacific Institute for Broadcasting Development dan Friedrich Ebert Stiftung.
Sumber : BERNAMA

Aku suka lagu ni.!! Layan bro.!!

AMRAYY

Sunday 23 February 2014

#amrayylensa : Dua Anggota Polis Ditahan Berhubung Kehilangan Alat Ganti Kenderaan



GEORGE TOWN, 22 Feb (Bernama) -- Dua anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan alat ganti kenderaan bernilai RM18,000 yang disimpan dalam stor bengkel Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Balik Pulau dekat sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata siasatan sedang dijalankan terhadap dua anggota polis berpangkat rendah berusia antara 30-an dan 40-an itu.

"Kalau didapati ada bukti kukuh, kita akan majukan siasatan pada Ketua Unit Perundangan dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ibu Pejabat Kontijen Pulau Pinang bersama komuniti, di George Town, Sabtu.

Abdul Rahim berkata penyelia bengkel berkenaan hanya menyedari kehilangan lapan jenis komponen alat ganti kenderaan itu ketika masuk ke dalam stor berkenaan pada pukul 8 pagi, Selasa lepas.

Dalam kes lain, Abdul Rahim berkata hasil laporan Jabatan Veterinar telah mengesahkan daging yang dilempar di sebuah masjid di Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam dekat sini adalah daging babi.

Katanya susulan kes itu, polis merekodkan keterangan enam individu terdiri daripada penduduk kampung dan anggota jawatankuasa masjid bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian Ahad lepas, seorang lelaki yang mahu menunaikan solat Subuh di masjid berkenaan menemui seketul daging yang mencurigakan di hadapan pintu masjid.

Mengesyaki ketulan sebesar dua tapak tangan orang dewasa itu daging babi, Saad Arop, 78, yang juga pembantu imam masjid berkenaan membuat laporan polis.

--BERNAMA

Thursday 20 February 2014

#amrayylensa Robert Kuok Kekal Individu Terkaya Di Malaysia


KUALA LUMPUR: Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal lelaki paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM54.48 bilion berbanding RM46.1 bilion tahun lepas, diikuti ahli perniagaan T. Ananda Krishnan dan tokoh perbankan Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow.

Ananda, mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset yang dimilikinya menerusi Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM33.19 bilion, peningkatan sebanyak 0.88 peratus daripada RM32.90 bilion tahun lepas.

Teh, kekal di tempat ketiga sejak tiga tahun lepas, dengan aset bernilai RM18.07 bilion, lapor Malaysian Business, majalah Perniagaan utama dalam terbitan 16 Februari.

Ia melaporkan gabungan kekayaan 40 individu paling kaya itu meningkat kepada RM217.82 bilion pada 18 Januari 2014 atau 11.73 peratus daripada RM194.86 bilion tahun lalu.

Semasa majalah itu mula menyenaraikan kekayaan 40 individu paling Malaysia pada 2002, gabungan jumlah aset mereka sebanyak RM41.7 bilion, dengan Robert Kouk Hock Nien berada di tempat teratas.

Majalah itu berkata tempat keempat dalam senarai itu ialah Tan Sri Quek Leng Chan melalui Hong Leong Group dan Guoco Group, dengan kekayaan bernilai RM14.11 bilion tahun ini.

Tempat ke-5 ialah Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group yang melompat dari kedudukan keenam tahun lepas, mengatasi Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang jatuh ke tempat keenam.

Antara kapal layar yang dimiliki oleh Robert Kuok, berharga $12.5bilion 
(SUMBER: businessinsider)

Kekayaan Lee tahun ini berjumlah RM13.12 bilion, naik daripada RM10.56 bilion tahun lalu.

Syed Mokhtar berada di tempat keenam walaupun kekayaan beliau meningkat sebanyak 4.43 peratus kepada RM11.07 bilion daripada RM10.6 bilion pada tahun lepas.

Ketua Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay dan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua, mengekalkan kedudukan mereka, masing-masing di tempat ketujuh dan kelapan.

Kekayaan Lim meningkat 16.18 peratus kepada RM9.43 bilion manakala Lee meningkat sebanyak 3.2 peratus kepada RM7.47 bilion.

Datuk Mokhzani Mahathir melalui SapuraKenchana Petroleum berada di tempat kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 bilion.

Tokoh perbankan Tan Sri Azman Hashim melalui Arab-Malaysian Corporation menduduki tempat ke-10 dengan aset bernilai RM4.11 bilion tahun ini.

Malaysian Business berkata antara fakta menarik ialah sejak 2002, 81 usahawan menyertai senarai 40 individu terkaya di Malaysia dan 15 berjaya kekal di atas secara berterusan.

Keseluruhannya, peningkatan kukuh kekayaan mereka boleh dikaitkan dengan sumbangan prestasi pasaran dan harga inflasi, dengan kekayaan mereka sebahagian besarnya berasaskan kepada pegangan masing-masing.

Ia juga menggambarkan prestasi syarikat-syarikat mereka dan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang positif dalam tempoh 12 tahun.

Tahun ini terdapat 33 jutawan dalam senarai harta mencecah angka bilion, lebih dua daripada tahun lepas dan 29 daripada 40 dalam senarai merekodkan lebih tinggi daripada tahun lepas.

Daripada jumlah itu, 20 individu mencatatkan pertumbuhan lebih daripada 10 peratus.

Dua individu kembali memasuki senarai tahun ini, Datuk Tony Tiah dari TA Enterprise di tempat ke-38 dengan aset bernilai RM589.14 juta, manakala Tan Sri Rozali Ismail dari Puncak Niaga Holdings memasuki senarai 40 Teratas dengan RM543.74 juta.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kekayaan 40 Teratas dinilai berdasarkan nilai pegangan mereka dalam syarikat tersenarai pada 18 Januari 2014.

Malaysian Business majalah perniagaan utama di negara ini diterbitkan oleh Berita Publishing Sdn Bhd. BERNAMA
AMRAYY

Wednesday 19 February 2014

[VIDEO] #JMM (W.P) SARANKAN UDA DIBUBARKAN JIKA TIDAK BOLEH MEMBANTU BANGSA MELAYU.!!

Video ini adalah peringatan bagi UDA membuat sesuatu sebelum JMM akan melondehkan apa sahaja salah guna kuasa yang berlaku sekian lama di dalam pentadbiran UDA. Bagi aku dah tak ada ke orang yang bijak ikhlas dalam UDA ni? Kalau tak ada bubarkan sahaja atau buang sahaja orang yang telah menjadi pengkhianat bangsa melayu selama ini. Selagi UDA tidak sedar diri, ia akan menerima padahnya dari bangsa melayu yang dah sekian lama menahan kemarahan.
layan dulu video ini sebelum video yang lagi gila akan aku buat.!!

AMRAYY

[VIDEO] #Dagriexpo #Dagri2014 MANTAN MENTERI PERTANIAN DI PROGRAM #TTYB DI PWTC


Aku memang tertarik dengan cara mantan menteri pertanian ini menceritakan pengalaman beliau yang boleh kita jadikan panduan sewaktu beliau memegang jawatan Menteri Pertanian. Korang boleh layan video part 1 ini dulu sebelum video yang lagi mencuit hati akan aku proses.

 Aku juga berpendapat, anggaplah nasihat-nasihat yang beliau berikan kepada kita sebagai panduan untuk kita semua berjuang dalam apa bidang sekalipun.

Bagi aku Tan Seri Sanusi Junid adalah yang terbaik setakat ini dalam memberi panduan kepada golongan pertani untuk terus berusaha.

Layan bro.!


AMRAYY

Saturday 15 February 2014

@NajibRazak #UDA JIKA TIDAK BOLEH MENOLONG PENIAGA MELAYU BUBARKAN SAHAJA [PHOTO]


KENYATAAN MEDIA JMM
JMM (W.P) meminta kerajaan untuk mendesak pihak UDA untuk kembali kelandasan asal penubuhan UDA di bawah Akta Pembangunan Bandar 1971. JMM (W.P) melihat UDA sudah tidak releven dan telah jauh tersasar dari objektif asal penubuhan untuk memastikan equiti pemilikan hartanah bumiputra sebanyak 30% di kawasan bandar tidak akan tercapai sampai bila-bila. Disini JMM (W.P) mendesak UDA mengembalikan hak kepentingan orang melayu dengan memberi peluang perniagaan di kompleks di bawah UDA dan membangunkan tanah UDA di Kuala Lumpur melalui pembinaan bangunan mampu milik yang terancang untuk tempoh jangka panjang.

JMM (W.P) meminta pihak SPRM melakukan siasatan terperinci di lot tanah UDA di #348 jalan Bangsar Utama di mana peniaga melayu yang telah lama meniaga dan bertapak di situ telah diusir dengan alasan untuk memberi laluan pembinaan pembangunan bangunan di tapak tersebut.

JMM (W.P) meminta pihak SPRM untuk melihat kontrak penyewaan atau pajakan yang diberikan kepada peniaga baru berbangsa mamak atau India Muslim dan diberikan kuasa autonomi untuk membuka gerai-gerai jualan (sublet) adalah mengikut aspirasi agenda bumiputra.

JMM (W.P) pihak SPRM untuk memanggil semua ahli lembaga pengarah dan kakitangan UDA yang terlibat memberi kelulusan tersebut untuk membuka kertas siasatan (interrogation) sama  ada wujud atau tidak unsur-unsur rasuah yang boleh disabitkan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.

Sekian.
Fauzan Nohd Nor
Pengarah Jaringan melayu Malaysia (W.P)




























P/S: Sudah-sudahlah menyamun harta orang melayu. Pemimpin-pemimpin terdahulu memberi tanggungjawab ini kepada UDA supaya memegang amanah, bukan menjadi orang yang tidak amanah. Bagi aku sikap pemimpin yang tidak amanah inilah yang membuat bangsa melayu susah dan terhimpit dibelenggu perompak-perompak yang makan duit haram.!! Bagi aku pemimpin-pemimpin yang tidak amanah ini terlalu jijik dan meloyakan untuk didampingi oleh bangsanya sendiri. Jangan mempersendakan bangsa kamu sendiri, makbapak kamu didalam kubur tu sedang tersiksa melihat anaknya yang sedang melakukan penganiayaan terhadap bangsanya sendiri..Lagi satu nanti mati kubur berasap bro.!!

AMRAYY

Friday 14 February 2014

#Dagriexpo #Dagri2014 [PHOTO] PROGRAM SANTAI BERSAMA MANTAN MENTERI PERTANIAN TAN SERI SANUSI JUNID

Acara Teh Tarik Bersama YB .
Tetamu kita hari ini adalah 
Tan Sri Sanusi Junid
 (Mantan Menteri Besar Kedah dan Mantan Menteri Pertanian ) .
  PWTC Hall 3







































AMRAYY