Wednesday 7 August 2013

Abdullah Badawi: Saya hidap Apnea tidur, Mahathir tahu mengenainya






KUALA LUMPUR: “Saya kerap tertidur kerana menghidapi penyakit Apnea tidur atau Obstructive Sleep Apnea (OSA) dan Tun Dr. Mahathir Mohamad tahu mengenai perkara ini.”

Itu pengakuan mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam buku terbarunya yang bertajuk ‘Awakening, the Abdullah years in Malaysia’.

Abdullah, yang sering dikritik kerana dilihat tertidur di beberapa acara sebelum ini, berkata adalah tidak baik untuk Mahathir mengkritiknya, walaupun mantan perdana menteri itu sendiri mengetahui mengenai penyakit dihidapinya.

Apnea tidur adalah sejenis penyakit masalah gangguan tidur yang disebabkan oleh obstruksi saluran nafas.

“Saya telah memberitahu Mahathir tentang keadaan saya. Maka tidak baik sekiranya beliau berkata saya tertidur kerana saya tidak berminat dengan pekerjaan saya.

“Mahathir tahu mengenai masalah saya tapi beliau masih boleh berkata sedemikian,” kata Abdullah dalam satu petikan daripada buku itu yang disiarkan oleh portal Malaysiakini semalam.

Abdullah berkata beliau hanya sedar bahawa dirinya menghidapi Apnea tidur apabila arwah isterinya Datin Seri Endon Mahmood serta rakan-rakan sekerjanya menegur mengenai perkara itu.

“Arwah isteri saya dan rakan-rakan saya memberitahu saya bahawa saya sering tertidur.

“Selepas itu, saya berjumpa dengan kawan baik saya, Dr Balvinder dari Hospital Putrajaya yang memberi cadangan untuk membuat satu kajian tidur ke atas saya.

“Doktor mengingatkan saya agar mengambil perkara ini dengan serius. Saya kemudian membuat keputusan pergi ke Australia (pada tahun 2007) untuk membuat pembedahan mengeluarkan polip (ketumbuhan) dari dalam hidung saya,” katanya dalam buku tersebut.

Buku 'Awakening, the Abdullah years in Malaysia' dijangka akan berada di pasaran pada hujung bulan ini.

Abdullah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kelima selepas mengambil alih jawatan itu daripada Mahathir pada tahun 2004.

Beliau memegang jawatan itu sehingga tahun 2009.
AMRAYY

Tuesday 6 August 2013

VIDEO PERANGAI MAMAK HARAM JADAH KELAKAR GILA

siot nye mamak.. dah bayar lagi dok membebel..haha.. pelanduk dua serupa pnya penangan


AMRAYY

VEDIO PERGADUHAN PENIAGA DARI SABAH DAN PENIAGA MELAYU DIBULAN RAMADHAN DI MASJID INDIA


Kejadian ini berlaku sekitar jam 2.00am tadi. Dari maklumat yang gua terima, berpunca dari tidak puashati oleh peniaga melayu dan peniaga dari Sabah yang berebut tapak peniagaan bulan ramadahan. Satu pertengkaran dan pergaduhan telah berlaku di depan butik Jackel, menyebabkan seorang budak melayu parah dipukul oleh peniaga dari Sabah. Saspek telah lari meninggalkan mangsa disitu. Sejurus selepas itu mangsa telah menghubungi rakan-rakannya meminta bantuan.

Lebih kurang lima minit sekumpulan 20 orang lelaki melayu telah menyerang peniaga dari Sabah. Yang gua kasihan peniaga yang tak bersalah di pukul dan dan dirosakan peniagaannya. Seorang peniaga juga telah ditarik ke pondok DBKL yang berhampiran disitu, terdapat juga beberapa anggota DBKL, yang tak silap gua 3 paku, cuma membiarkan sahaja perlakuan memukul mangsa yang tidak bersalah disitu..Kejadian ditonton oleh orang ramai yang tak tahu apa pun puncanya, mereka menonton macam tengok wayang.

Gua nak bagi nasihat kat puak-puak melayu yang bertindak macam samsing kat masjid india, sudah-sudahlah menindas sesama sendiri. Ini semua perangai memalukan bangsa dan negara sahaja. Cuba try buat hal dgn bangsa lain, kecut telor semuanya..wakakakkaakka..sudah sudahlah bro.!! bulan ramadhan ni.!!

AMRAYY

KPWKM nafi penahanan enam pelacur kanak-kanak di Melaka





KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menafikan penahanan enam kanak-kanak perempuan di Melaka, yang didakwa menjadi pelacur, seperti laporan sebuah akhbar tempatan pada Ahad.

Menterinya, Datuk Rohani Karim berkata agensi penguatkuasaan Melaka seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Dadah Kebangsaan mengesahkan tiada sebarang kes membabitkan penahanan kanak-kanak perempuan sewaktu operasi antinarkotik.

"Bagaimanapun, pihak PDRM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka mengesahkan satu kes seorang kanak-kanak perempuan yang melarikan diri dari rumah dan disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta aktiviti seksual.

"Kanak-kanak ini telah diselamatkan dan ditempatkan di sebuah institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menjalani program pemulihan," katanya menerusi satu kenyataan malam tadi.

Kementerian itu merujuk laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bertajuk 'RM20- that's the going price for a child prostitute'.
AMRAYY

Monday 5 August 2013

Anwar: Isu video raya bersama anjing tidak perlu dijadikan isu negara




PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpendapat bahawa isu video Aidilfitri pemilik anjing yang disebarkan di laman sosial baru-baru ini harus ditangani dengan nasihat.

Jelas beliau, isu tersebut tidak perlu diperbesarkan sehingga menjadi isu negara kerana ia boleh memberi gambaran yang tidak baik tentang keutamaan negara.

“Isunya bukan anjing-anjing tersebut... tetapi kerana ia dikaitkan dengan Aidilfitri. Jadi panggillah dia dan nasihati dia,” kata Anwar kepada pemberita di luar Ibu Pejabat PKR tengah hari tadi.

Menurutnya, pihak kerajaan telah bertindak keterlaluan terhadap video tersebut apabila menjadikannya sebagai isu negara.

Kata Anwar, banyak lagi isu yang perlu diambil serius seperti pembunuhan di Syria serta bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi yang telah dinafikan menjadi presiden.

Beliau juga mendakwa terdapat pemimpin Islam dari Barisan Nasional (BN) yang memiliki saham dalam syarikat perjudian dan arak namun tiada tindakan yang diambil.

Anwar memberi respon terhadap kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang memutuskan status klip video ’1 Hari Di Hari Raya’ oleh Maznah Mohd Yusof atau Chetz adalah menghina Islam.

Beliau bagaimanapun mengiktiraf peranan Jakim, namun meminta badan itu memberi tumpuan kepada isu-isu yang lebih besar.

Chetz menjadi sasaran kritikan selepas video itu yang memaparkan dirinya bersama tiga ekor anjing tiga tahun lepas telah dimuat naik di YouTube.

Tindakannya itu mendapat kecaman umat Islam kerana video berkenaan menggunakan latar belakang suara takbir serta menjamu anjing-anjing terbabit dengan kuih raya.

Chetz telah direman pada Rabu di Bukit Beruntung, Selangor dan dibawa ke Balai Polis Segamat untuk siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

AMRAYY

Sunday 4 August 2013

CIRI CIRI SEORANG SAHABAT YANG BAIK ADALAH SEPERTI BERIKUT :

CIRI CIRI SEORANG SAHABAT YANG BAIK ADALAH SEPERTI BERIKUT :

❤Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu

❤Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu

❤Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu

❤Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik

❤Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu

❤Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya

❤Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya

❤Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu

❤Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu


❤Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu

❤Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu

❤Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

❤Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat

❤Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.



AMRAYY




6 JENIS PEREMPUAN YANG WAJIB DIJAUHI


LELAKI digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia:

1. Al-Anaanah :
Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tidak cukup, apa yang diberi semua tidak cukup. Diberi rumah tidak cukup, diberi motor tidak cukup, diberi kereta tidak cukup. Tidak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia sahaja, tanpa menghiraukan perasaan suami. Tidak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tidak pernah puas. Ada saja yang tidak cu

2. Al-Manaanah :
Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tidak berkenan, maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tidak mengenang budi, tidak bertanggungjawab, tidak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.

3. Al-Hunaanah :
Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tidak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah :
Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia sahaja.

5. Al-Hulaaqah :
Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.

6. As-Salaaqah :
Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar di matanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet dan macam-macam cara yang lain. Yang jelas isteri itu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.
AMRAYY

Pengawal keselamatan mati ditembak di Kajang




KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan maut selepas ditembak seorang lelaki di Lorong C 3/24 di Cheras Perdana, Kajang di sini, menjadikannya kejadian tembakan kelima yang berlaku minggu ini.

Dalam kejadian pada kira-kira 1.30 petang tadi, Balamurali Balakrishnan, 36, yang berada di ruang tamu rumahnya maut selepas suspek melepaskan empat das tembakan yang mengenai dada mangsa.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata mangsa mati di tempat kejadian manakala ibunya yang berada di bilik tidur rumah itu tidak diapa-apakan.

"Suspek yang datang ke rumah mangsa menggunakan kereta Iswara berwarna hitam dipercayai masuk melalui pintu yang tidak berkunci sebelum melepaskan empat das tembakan yang menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama.

Abdul Rashid berkata mangsa merupakan bekas banduan serta dibebaskan dari penjara pada Jun dan dipercayai bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah stesen LRT dekat sini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa pernah terbabit dengan lima kes dadah dan polis akan menyiasat sama ada kejadian itu berunsurkan dendam atau sebaliknya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Sementara itu, isteri mangsa, S.Punavaneswari, 28, berkata ketika kejadian, beliau tiada di rumah kerana balik ke kampungnya di Seremban bersama anak lelaki mereka.

"Kali terakhir saya bercakap dengan dia ialah semalam, tetapi dia tidak menunjukkan reaksi yang pelik kerana selama ini pun dia memang jarang bercerita mengenai hal peribadinya kepada saya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Kejadian itu merupakan yang kelima minggu ini. Semalam, seorang peniaga emas nyaris maut apabila tembakan orang yang cuba membunuhnya tersasar dan terkena bahu kanan mangsa, yang ketika itu memberhentikan kenderaan di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah di sini.

Pada 29 Julai, Pengasas Arab Malaysia Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, 49, cedera parah apabila ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon di sini.
AMRAYY

Friday 2 August 2013

Hukum orang Islam bela anjing. Apa kata ulama?


Hukum orang Islam bela anjing. Apa kata ulama?
KUALA LUMPUR: Para ulama menerangkan bahawa seseorang Islam itu boleh memelihara anjing dengan bersebab dan haram hukumnya jika dibela sebagai binatang peliharaan.
Beberapa penjelasan oleh beberapa ulama mengenai hukum membela anjing ini ada dimuatnaik di dalam Youtube.
Antaranya adalah Ustaz Azhar Idrus yang
Namun begitu sekiranya seseorang Islam itu membela anjing, dia perlu mengikut cara-cara yang telah ditetapkan oleh Islam.
menyatakan bahawa anjing adalah haiwan yang mempunyai hukum dan tafsirannya di dalam Islam. Ia adalah binatang yang tidak diharamkan untuk dibela dan tidaklah wajib dibela.



Ustaz Rasul Dahri juga videonya menyatakan bahawa membela anjing hukumnya harus jika bertujuan seperti menjaga ternakan dan harta, petunjuk jalan, memburu dan menjaga rumah seperti yang telah dijelaskan dalam hadis sahih.
Ustaz Rasul Dahri turut menjelaskan sebab-sebab mengapa dilarang memelihara anjing sebarangan.


Di bawah beberapa ulasan dari ulama mengenai isu ini.

AMRAYY

Thursday 1 August 2013

Dua lelaki diberkas, sepucuk pistol dan lapan peket dadah dirampas





PETALING JAYA: Belum pun reda isu jenayah senjata api yang berlaku di negara ini, dua lelaki diberkas dan sepucuk pistol yang disembunyikan oleh mereka dalam sebuah beg berjaya dirampas.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1 pagi semalam, polis yang membuat rondaan cegah jenayah di Jalan Sungai Buloh-Subang berhampiran Kota Damansara terserempak dengan dua orang lelaki mencurigakan menaiki sebuah motorsikal.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamad berkata kedua-dua lelaki tersebut kemudian berhenti untuk pemeriksaan namun ketika cuba diperiksa oleh pihak polis, mereka cuba bergelut untuk menghalang dari diperiksa.

“Mujurlah, polis berjaya memberkas mereka dan pemeriksaan selanjutnya dalam beg yang dibawa mendapati terdapat sepucuk pistol 9mm dan tujuh butir peluru di dalamnya,” kata Arjunaidi.

Selain itu, polis turut menemui lapan peket dadah Erimin 5 bersama mereka.

Siasatan mendapati kedua-dua suspek adalah pengedar dadah berumur 28 tahun dan mempunyai enam rekod jenayah lampau melibatkan dadah, samun dan merusuh.

“Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 6 Ogos untuk membantu siasatan dan kita percaya senjata api yang dirampas itu berkemungkinan digunakan dalam kegiatan jenayah di sekitar Petaling Jaya,” katanya lagi.

Kejadian tersebut merupakan satu lagi usaha polis dalam pembanteras jenayah senjata api dimana dalam kejadian berasingan pula di Kepong pada Selasa, seorang bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) maut berbalas tembakan dengan polis.

Kejadian berlaku apabila suspek dengan tiba-tiba melepaskan tiga das tembakan kearah polis yang ingin membuat pemeriksaan terhadapnya dalam sebuah sekatan jalan raya di hadapan Kompleks Desa Kepong.

Akibat dari itu, polis membalas tembakan dan mengenai bahu, perut dan kaki suspek.

AMRAYY