Friday 15 March 2013

PC PELANCARAN (GEMPAK) GERAKAN MENOLAK PENIPUAN PEMBANGKANG DI PWTC

Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini melancarkan Gerakan Menolak Penipuan Pembangkang (GEMPAK) dalam usaha mengingatkan rakyat terhadap segala pembohongan dan fitnah pembangkang menjelangnya pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pengerusinya Khairy Jamaluddin berkata pihaknya jangkakan bahan kempen pembangkang adalah bahan kempen yang menjurus kepada fitnah, negatif kempen serta kempen yang cuba membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemimpin BN dengan menggunakan cerita dan tuduhan yang tidak berasas, fitnah, pembohongan dan juga dengan menggunakan bukti yang tidak sahih.

Aku malas nak cerita panjang, ko orang layan dulu gambar-gambar yang aku sempat ambil semasa disana.











FOTO BY : AMRAYY

VIDEO : @tunfaisal dalam program PRU13 : HARAPAN MALAYSIA



SORRY LA VIDEO NI LAMBAT 1 HARI SEBAB SOFEWERE VIDEO AKU MENGALAMI MASALAH YANG TAK BOLEH AKU NAK BAIKI LAGI..KO LAYAN LAH DULU APA YANG ADA,SAMPAI ADA ORANG BOLEH TOLONG AKU..!!SABAR JER LAH..!!!

Malam tadi telah berlangsung program wacana anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UIAM dan Ikatan Persahabatan Siswazah Profesional (IPRISMA) yang bertajuk PRU 13: HARAPAN MALAYSIA.Ahli ahli panel terdiri daripada Tun Faisal Exco Pemuda Umno Malaysia,Dr.Mazlee Malik Penganalisis Politik dan Pensyarah Kanan UIAM,Dr.Yusri Mohamad Presiden Islamic & Strategic Studies Institute (ISSI) dan Dr.Zabidi Marzuki Pas di Dewan Beringin Taman Seri Gombak.
Artikel seterusnya klik jer 1 dan klik lagi

ISU PANAS DARI MAHASISWA UIA


























Foto By : Amrayy
Video By : Hang Tuah

Monday 11 March 2013

VIDEO MALAM HIMPUNAN 100 BLOGGERS - TARI-MENARI..LAYANN!!!



Video ni aku rakam pada malam pertama Himpunan 100 Blogger.. Kumpulan "THE CAPTAIN" menjadi pilihan Pak Habib untuk menghiburkan para tetamu.. Pak Habib pun join sekali menari di atas pentas sebab lagunya memang menarik sampai mat dan minah saleh pun boleh layan..
wakakakaka...


Korang layan dulu video ni sebab aku dah penat sangat nak post gambar-gambar sepanjang program ni berlangsung.. Sok gambar-gambar dan aksi-aksi yang lebih menarik akan aku hidangkan kat korang...













Foto By : Amrayy
Video By : Amrayy



Sunday 10 March 2013

ADAKAH PENGAKUAN BAPA SAIFUL MAMPU TARIK UNDI MELAYU?





Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli percaya pengakuan bapa Mohd Saiful Bukhari kelmarin berhubung kes liwat melibatkan Saiful-Anwar Ibrahim akan membantu Pakatan Rakyat khususnya parti itu menarik kembali undi dari kalangan orang Melayu.

Sambil menyifatkan perkembangan itu sebagai sesuatu yang berlaku secara kebetulan, Rafizi mengakui kes itu, yang muncul tiga bulan selepas pilihanraya umum ke-12, ada menghakis arah aliran sokongan pengundi Melayu.

"Saya memang terkejut. Saya yakin ia akan membantu Pakatan dan KEADILAN khususnya dalam menarik pengundi orang Melayu," kata beliau.

Rafizi mengulangi pendirian menyangkal KEADILAN mengatur strategi pendedahan yang dibuat oleh Azlan Mohd Lazim kelmarin iaitu genap lima tahun selepas pilihanraya umum ke-12 pada 2008 lalu.

"Tidak, tidak. Bukan kami merancang. Ia bukan strategi yang dirancang oleh kami, KEADILAN.

"Dari segi tarikh 8 Mac, selepas kes Deepak dan Bala, ia berlaku secara kebetulan. Tarikh 8 Mac juga secara kebetulan... saya lihat ia sesuatu yang berlaku kebetulan.

"Jika pendedahan ini satu strategi kami, sudah pasti saya tahu, saya akan dimaklumkan. Tetapi tidak dibangkitkan dalam perbincangan," kata beliau sambil menambah, "kemungkinan kemunculan bapa Saiful juga sebahagian daripada mereka yang mula melihat potensi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ke-13."

"Sebab itu saya lihat ramai yang mula mendampingi kami, bertemu dengan kami, mengatakan sokongan termasuk bapa Saiful ini," katanya lagi.

Katanya, berbanding isu Sabah, pendedahan bapa Saiful akan memanfaatkan Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum ke-13.

"Isu Sabah, terlalu awal untuk buat kesimpulan," katanya yang membuat perbandingan antara perkembangan insiden pencerobohan ke atas Sabah dan pendedahan bapa Saiful.

Semalam, Anwar yang juga Ketua Pembangkang dan Ketua Umum KEADILAN, mengucapkan terima kasih kepada Azlan atas pendedahan yang dibuatnya semalam bahawa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang mendalangi kes liwat kedua melibatkannya.

Anwar berkata, pendedahan yang dibuat Azlan itu menguatkan lagi bukti konspirasi fitnah jahat yang dilakukan untuk memenjarakannya.

“Walaupun pendedahannya itu tidak memberi apa-apa perubahan, tapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sanggup buat begitu.

“Dari awal lagi saya tidak bersalah dan mahkamah juga telah putuskan… jadi kenyataan ayahnya (Azlan) itu telah membongkar satu lagi sudut yang kita terangkan sebelum ini walaupun ia tidak dibawa ke mahkamah seterusnya iaitu penglibatan pegawai khas perdana menteri,” katanya.

Mengulas perkara sama, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya dakwaan terhadap tuduhan liwat yang dihadapi Anwar akan dapat diselesaikan tidak lama lagi.

“Pendustaan satu masa dulu akan terbongkar, menteri berdusta pun akan terbongkar. Takkan Anwar upah bapa Saiful sedangkan menteri lebih banyak duit dari dia (Anwar).

“Alhamdulillah, semakin hari, nama Anwar semakin bersih sekarang dan insya-ALLAH selepas ini, dia akan bebas dari sebarang tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya,” kata Menteri Besar Kelantan itu.

(ESHAN DARI BLOG JALAN PULANG)


Amrayy


Friday 8 March 2013

PANAS : BAPA SAIFUL BUKHARI BONGKAR ISU ANAKNYA..??BILA TELUR TEMBELANG MULA NAK PECAH..!! KITA TUNGGU DAN LIHAT..!!

Aku nak tanya kat kau Saiful..Mana perginya hati dan perasaan kau sehingga kau sanggup menipu "bapa" kau sendiri tuk kepentingan peribadi kau...Bersusah payah "bapa" kau menemani kau masa kau nak lafazkan sumpah yang kononnya kau diliwat oleh "ANWAR IBRAHIM" sehingga "bapa" kau dihina oleh masyarakat atas perbuatan kau..Sekarang ni "bapa" kau nak bongkarkan apa yang terjadi sebenarnya..Persoalannya,mengapa "bapa" kau sanggup membongkar kes ini??Adakah "bapa" kau baru sedar yg dia diperalatkan oleh anaknya sendiri??
hahahahahahah

TAK KAN SEORANG BAPA NAK CAKAP BOHONG..!!!WAKAKAKAKAK..!!
LU PIKIR LA BRO..!!
1. Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri. Mereka inilah merupakan dalang kepada semua FITNAH LIWAT yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya.
Lagi artikel klik jer..Panasss!!!

Peristiwa ketika Saiful melafazkan sumpah di sebuah masjid di Sentul dan ditemani oleh bapanya..
Kat sini aku bagi beberapa sebab kenapa aku dan rakyat Malaysia dah memang tak percaya dengan ko Saiful..
1.Anwar didapati tidak bersalah dan menang dalam kes ini
2. Bapa lu dah dah memberi penjelasan kepada media, takkan bapa nak cakap bohong Saiful??hahahaha..
 Ketika menghadiri 1 prosiding kes liwatnya di mahkamah,bapanya masih setia menemaninya..

Dah buat "dosa"..kenalah lu minta ampun dan bertaubat..bukan "tau buat" jer..
wakakakakaakaka...


DIBAWAH INI ADALAH KENYATAAN SAIFUL YANG AKU AMBIL DARI "SINAR HARIAN"..LAYAN JER..

Saiful pula dakwa Anwar guna bapanya
NIZAM ZAIN DAN JAMILAH HAMZAH
8 Mac 2013
Saiful Bukhari

KUALA LUMPUR - Saiful Bukhari Azlan pula mendakwa bapanya, yang pagi tadi mendedahkan dia telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk memenjarakan Ketua Pembangkang berhubung kes liwat kali kedua, telah menjadi "mangsa kerakusan politik makhluk bernama (Datuk Seri) Anwar bin Ibrahim."

"Demi ALLAH, agama, bangsa dan negara tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya.

"Saya akan terus istiqamah dan perpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan sehingga akhir hayat," kata beliau pada sidang media di ibu negara kira-kira jam 6 petang tadi.

Azlan mengadakan sidang media di Ampang dekat sini kira-kira 11 pagi tadi

lagi artikel panass..!!
Lagi artikel gila layan  klik jer lagi

Amrayy