Monday 25 February 2013

Panas !! Majlis Penerima BR1M Sumpah Undi Umno Dan BN Tersebar





"SUMPAH, SESUMPAH, SAMPAH, MENYAMPAH KAN TAK JAUH BUNYINYE..!!"

WAKKAKAKAKAK..!!!!

LAYANNN JERR..!!!


Tak kan sampai tahap begini bro..???

Kalau ye pon niat iklas nak bantu rakyat, takan sampai kene sumpah-sumpah macam ni???
Aku takut kalau yang bersumpah tu, kene makan sumpah kat diri sendiri jerr..!!!
hahahhahah...wakakakakak



LU PIKIR LA BROO..!!!

Amrayy





Sunday 24 February 2013

Neelofa Peluk Mesra Seorang Lelaki.... Panass!! Siape ek..???










Aku pun tak kenal siapa lelaki ni, dan apa hubungannya dgn Neelofa..Aku jumpa artikel ni dlm FB..
Aku ingat ni "Adik" dia kot..tak pun "Abg" dia atau mungkin "Abg Saudara" dia kot...


wakkakakaka..!!!

Ada Aku Kesahhhh...!!!!!













"Owh neelofa siapakah pula lelaki ini begitu comel kau memeluknya sungguh aku merasakan tersangatlah jelezzz owhh my god stresss stresss mcm nih nak update blog pun dah x dak mood "




KAT ATAS NI BUKAN AYAT AKU, NI AYAT MAMAT DALAM FB YANG AKU COPY PASTE..


.Wakakakkaka..!!!!


Amrayy





ROGOL: Juara Mentor DIANIAYA Penyanyi Wanita?







PETALING JAYA – Juara Mentor musim keempat iaitu Mohd terpaksa menanggung malu serta hilang segala tawaran pertunjukan pentas selepas mendakwa dianiaya seorang penyanyi wanita atas tuduhan rogol.

Salah seorang ahli keluarga yang enggan disiarkan namanya berkata, Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 25, yang merupakan protege kepada Ziana Zain dalam Mentor 4 itu berkata, kejadian tersebut merupakan satu peristiwa yang cukup buruk dalam diri penyanyi itu.
“Selepas pihak polis selesai menjalankan siasatan, Mohd bukan sahaja terpaksa menanggung malu malah semua aktiviti pertunjukan pentasnya dibatalkan.
“Malah pelantikan dia juga sebagai ikon Kementerian Pengajian Tinggi turut terjejas,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini malam Selasa.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang juara program realiti televisyen telah di reman selama enam hari bermula 5 Februari 2012 mengikut Seksyen 117 Kanun tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.
Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Akhbar turut melaporkan mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini.
Ujar ahli keluarga itu, Mohd benar-benar tidak menyangka penyanyi wanita itu berbuat demikian terhadapnya.
Tambahnya, lebih menyedihkan apabila ada pihak yang memanggil Mohd perogol selepas berita mengenai kejadian itu disiarkan menerusi akhbar serta laman-laman portal Internet.
“Dia amat malu dengan kejadian ini dan saya percaya ada hikmah yang berlaku,” jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan Mohd yang dibebaskan oleh pihak polis beberapa hari selepas siasatan selesai berhasrat untuk mengambil tindakan lanjut bagi membersihkan namanya.
Dia dikatakan akan mengadakan satu sidang media khas bersama peguamnya selepas segala urusan polis dan pihak mahkamah selesai.
“Ini adalah kenyataan saya bagi pihak Mohd yang mahu menjelaskan agar semua pihak yang selama ini memandang serong kepadanya memahami masalah beliau.
“Beliau berjanji, satu sidang media akan dibuat tidak lama lagi selepas segala-galanya selesai,” jelasnya sambil memaklumkan tidak lagi berhasrat memberi mana-mana lagi kenyataan selepas artikel ini disiarkan.
Dalam pertandingan Mentor 4 terbitan TV3 pada tahun 2010, Mohd menerima wang tunai sebanyak RM100,000 selepas menjuarai pertandingan itu.


KES ROGOL: Bukan Saya Menganiaya Penyanyi Mentor Itu, Jelas Keena....





Buku terbaru Pak Habib Syed Hussein Al-Attas kini dipasaran



BARU DALAM PASARAN!



Setelah buku 3 TAN menggegarkan PWTC semasa PAU tahun lalu dengan penahanan Pak Habib (atau Abah panggilan mesra kami semua) selama 6 jam,kini Abah dengan satu kali buku tahap "kontovesi maksima" menjelang PRU13 yang bertajuk "ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI Siapa Mati?

Aku dah habis membaca buku terbaru ini dan ianya bukanlah sekadar "ramalan kosong"Pak Habib tapi satu pandangan bernas berasaskan fakta,penyelidikan,sentimen semasa dan "firasat" beliau sendiri.

Kepada penyokong Anwar Ibrahim yang hendak sangat dia jadi Perdana Menteri"WAJIB" beli buku ini untuk tambah semangat korang semua dan kepada mereka yang tidak mahu Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri pun "WAJIB" beli buku ini untuk mengetahui "senjata" apa yang ada pada Anwar ini sehingga Pak Habib berfirasat begitu.



Aku tak boleh nak cerita disini sebab nanti 'potong stim' korang semua yang nak memiliki buku ini,jadi beli dan miliki sendiri buku ini.

Untuk memesan sila emailkan HPnumber ke alxsunilife@gmail.com klik jer
RM60 senaskah termasuk pos.


STOK TERHAD

LU FIKIRLAH BRO...



Saturday 23 February 2013

BILA TUN FAISAL DAH TAK TAHAN..NAH AMBIK KAU..!!!



INI BUKAN MARAH..NASIHAT..Layannnnnn..!!!!


BN wajar beri penghargaan yang lebih baik kepada blogger dan cybertroopers pro-BN



Pemimpin BN, khususnya UMNO seharusnya memberikan penghargaan yang lebih baik terhadap para blogger dan cybertroopers pro-BN di seluruh negara. Mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, yang memberi maksud memperlekeh dan memperkecilkan apa yang mereka telah lakukan selama ini untuk UMNO dan BN adalah TIDAK WAJAR sama sekali.


Koordinasi penting. Kita sambut baik arahan koordinasi. Malah sejak dulu lagi, bagi sesiapa yang pernah berbincang dengan saya, saya pernah tunjukkan strata komunikasi siber dan cadangan untuk mengkoordinasikannya. Tapi jangan bercakap seolah-olah tidak ada koordinasi sama sekali di kalangan bloggers dan cybertroopers pro-BN. Sejak Pilihan Raya Kecil Manek Urai, koordinasi untuk memenangi perang persepsi telah dilaksanakan di kalangan blogger dan cybertroopers pro-BN, sehinggalah Pilihan Raya Negeri Sarawak dan peristiwa-peristiwa seperti Bersih, 901, Ambang Merdeka, Tweet Merdeka - semuanya memerlukan koordinasi.


Boleh dikatakan koordinasi di kalangan blogger dan cybertroopers dalam komunikasi menyeluruh dan perang siber berlaku lebih awal dari arahan untuk pemimpin UMNO dan BN mengkoordinasikan mereka. Malah tidak salah untuk menyatakan, bloggers dan cybertroopers pro-BN `mengajar' pemimpin dan agensi kaedah untuk mengkoordinasikan gerakan siber, bukan sebaliknya. Saya boleh beri sekurang-kurangnya 10 contoh insiden tentang respon/komunikasi pemimpin, kementerian dan agensi tanpa koordinasi sebelum ini.


Gerakan siber di negeri-negeri pembangkang telah berlaku sebelum arahan koordinasi. Para bloggers dan cybertroopers menggunakan inisatif dan networking sendiri untuk menyerang pentadbiran PR, tanpa ada sebarang arahan koordinasi. Dalam proses ini, bukan sedikit blogger dan cybertroopers pro-BN mengambil risiko yang tidak berani diambil oleh mana-mana pemimpin BN sehingga ada di kalangan mereka disaman dan diugut oleh pihak yang tidak suka dengan pendedahan mereka.


Saya percaya blogger dan cybertroopers pro-BN menghargai koordinasi, tetapi koordinasi yang paling utama adalah di kalangan para pemimpin. Mereka juga menghargai teguran, tetapi janganlah bercakap seolah-olah mereka ini, terlalu bodoh dan naif, seolah-olah mereka tidak faham tentang propaganda dan persepsi.


Sebelum mengeluarkan sebarang perkataan yang bukan-bukan yang tidak bersifat menghargai, mungkin lebih elok pemimpin-pemimpin BN berjumpa dulu dengan bloggers dan cybertroopers pro-BN dan mendengar terlebih dulu tentang gerak kerja mereka. Kita hargai pemimpin BN yang telah bertemu mereka. Bagi yang masih belum, mungkin lebih elok simpan judgement anda terlebih dulu dan segera lapangkan masa anda untuk bertemu mereka.


Eloklah kita buat kerja masing-masing. Jika anda ada perkara yang ingin anda kritik mengenai mereka, jangan sekali-kali lupa - mereka juga ada banyak perkara yang ingin mereka kritik tentang anda.


Itu pandangan saya sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Seperti yang saya sebut, komitmen UMB adalah untuk memberi tumpuan kepada musuh sebenar, iaitu pembangkang. Jangan sampai ada di kalangan bloggers dan cybertroopers pro-BN hilang fokus...



Posted by klik jer 1


Amrayy



Friday 22 February 2013

Panas: 'Dr.Fadzilah Kamsah' Akhirnya Memohon Maaf Kepada Semua Yang Tersinggung Oleh Kenyataannya



PANAS WOOOO...!!! LAYANNNN




Susulan tersebarnya artikel panas dan video kenyataan pakar motivasi terkenal Dato' Dr.Mohd Fadzilah Kamsah (foto) baru-baru ini maka seluruh negara kecoh dibuatnya. Malah, artikel Pahang Daily Online (PDO) berkenaan isu itu telah mendapat rating tertinggi sejak blog ini beroperasi. Lebih 50,000 pelawat telah membaca artikel tersebut. Namun atas dasar kemanusian, kami dengan rendah diri akhirnya mengeluarkan semula artikel itu dari blog ini beberapa hari yang lalu. Bagi kami apa yang sudah lepas itu biarlah ia berlalu dan mana yang baik jadikanlah ikhtibar kepada semua pihak agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terutamanya yang berbaur politik selepas ini. Tindakan kami mengeluarkan artikel tersebut tidak disenangi oleh sesetengah pihak sebenarnya. Namun, bagi kami itulah tanggungjawab blog ini. Malah kami juga akan menarik balik penyiaran video kenyataan beliau mulai esok selepas dia mengaku salah dan telah membuat permohonan maaf atas keterlanjurannya itu. Justeru, di bawah ini kami paparkan kenyataan dariada beliau terhadap kontroversi yang melanda beliau dan keluarganya baru-baru ini.

Kenyataan Maaf Dari Dato' Dr.Mohd Fadzilah Kamsah


"Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorg rakyat biasa & bkn bercakap sbg org politik. Saya langsung tidak bermaksud utk memalukan mana2 pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak. Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah & blogger. Suasana sekitar yg agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya utk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan2 yg di ajukan. Bila dah menjawab terlalu byk soalan, maka soalan drp blogger (penemuramah terakhir) saya jwb dlm kedaan yg tergesa gesa & mungkin tak berfikir dgn mendalam. Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum & membandingkan situasi di Malaysia dan situasi & penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia & tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu. Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa & guru2 saya utk sentiasa berbuat baik kpd org lain, membantu org lain setakat kemampuan & mendoaakan kebaikan org lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana2 di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh org bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi ganbaran yg kurang positif kpd anak2 yg masih belum mampu berfikir dgn rasional spt org dewasa. Saya yakin masih byk cara yg lebih tertib & berhikmah yg boleh di gunakan. Saya lihat diri saya sebagaai guru & pendakwah kerdil (walaupun saya bkn ustaz &jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu & membantu sesiapa saja yg perlukan bantuan nasihat & kaunseling. Inilah jihad kecil yg saya akan lakukan hingga akhir hayat saya".

Mohon Semua Pihak Ampunkan Dosanya Sekeluarga


"Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yg saya kendalikan atau prog motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu kpd pihak2 yg tertentu sahaja. Saya tak takut kpd sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kpd Allah SWT. Di Mekah & Madinah tempohari saya telah berpesan kpd sahabat2 dari Malaysia utk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua org Islam di Malaysia bersatu & kita mati dalam husnul khatimah. Saya amat sedih bila gambar2 anak2 saya yg sudah lebih 9 tahun yg lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya & isterinya juga di sebar seolah2 gambar masa berdating, walhal itu gambar2 selepas mrk berkahwin. Insya Allah anak2 saya telah berubah & saya telah berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, bantu org & jangan menyusahkan org lain. Pesan Nabi SAW: Barangsiapa yg menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya di dunia & di akhirat. Saya seru diri saya & shbt yg di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila nampak org buat silap, nasihatkan dia jika mampu & doakan agar Allah beri mrk hidayat, segera bertaubat & dpt berubah. Bila kita mengutuk org lain, kita seolah olah mengatakan kita ni sempurna & kita lebih baik drp org yg di kutuk itu. Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak org jahat depan kamu, jgn sangka kamu lebih baik drp org itu. Org yg jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, & kita yg kononnya baik ini (pastinya byk dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati. Kita tidak maksum & semua kita buat silap. Org yg bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga shbt yg mulia dpt ampunkan semua dosa kami sekeluarga. Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut & semua sahabat dapat delete gambar-gambar yang boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar dapat menjadi insan yang Allah redha & dapat beri sumbangan kepada rakyat Malaysia".







[Dengan penjelasan beliau ini diharap isu ini dapat dihentikan dan semoga Dato' Dr.Fadzilah Kamsah membuat permohonan maaf dengan hati terbuka tanpa ada keraguan. Ramai yang marah bukan kerana diri beliau tetapi kenyataan panas yang dihemburkan sebenarnya. Maka itu, walau pun bergelar pakar motivasi beliau dan yang lainnya harus sedar rakyat melihat apa yang mereka lakukan. Tidak timbul soal mahu menjatuhkan sesiapa, malahan ramai peminat beliau yang juga merupakan penyokong tegar Pakatan Rakyat. Melihat kepada apa yang berlaku ini, besar kemungkinan besas desus dia akan menjadi calon pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang pasti tidak menjadi kenyataan. Jika tidak, pasti beliau akan mendapat malu apabila menjadi calon kepada mana-mana parti yang telah ditolak oleh rakyat. Adalah lebih baik beliau kembali kepada tugas asalnya sebagai pakar motivasi daripada menimbulkan polimik dan kontroversi akibat berbicara soal politik. Walau pun blogger yang menemubual beliau itu nampak cuba buat provokasi, namun sebagai orang yang berpelajaran dia sepatutnya menolak untuk menjawab soalan seperti itu pada masa-masa yang akan datang. Jika tidak, pasti kontroversi seperti inilah yang akan terjadi nanti].


Sumber Artikel: klik jer..!!

Video yang agak kontroversi boleh tengok kat bawah ni,



amrayy


Thursday 21 February 2013

BR1M: KISAH SEDIH YANG KITA TERLEPAS PANDANG

Aku terpanggil untuk memaparkan kisah ini, yang aku jumpa dalam blog biaqpila.blogspot.com..So layan dulu dan fikir-fikirkan..


Rabu, Februari 20, 2013

BR1M: KISAH SEDIH YANG MENYENTAP

Gambar Hiasan

Admin saya ada cerita sedih sangat pasal pengambilan wang BRIM 2.0 Tu tadi kalau boleh sembunyikan identiti saya...

Tadi saya pergi ambil wang rm 500 tu atas nama bapa saya.... setelah bapa saya dapat mesej daripada ketua cawangan umno kawasan umah saya ni semalam supaya datang didewan serbaguna hari ni pukul 3 petang untuk ambil duit rm 500 tu.. dan hari ini saya pun pergi ke dewan tersebut tepat pukul 3 petang saya sudah sampai ke dewan tu... mewakili bapa saya yang lumpuh dan sakit dirumah...

Apabila sampai saya trus ambil baucer tu dan saya ada tanya kakak kat kaunter diluar dewan tu boleh ke saya ini nak ambil brim tu atas nama bapak saya kakak tu kata boleh tak ada masalah... dan saya pun trus beratur hampir sejam setengah baru tiba giliran saya.. bila sampai ke kaunter didalam dewan untuk menerima wang itu tetiba kakak yang jaga kaunter dipercayai puteri umno kerana mereka pakai tudung warna pink memberitahu saya tidak boleh ambil wang itu dia kena umpunya dri jugak datang baru boleh ambil wang itu.. Saya kata bapa saya lumpuh tak sihat tak boleh datang tadi kakak kat luar dewan kata boleh ambil kalau ada wakil yang merupakan anak2nya... Dia berkeras jugak... lepas tu pegawai bank yang duduk sebelah kkak tu pun menyampuk dan trus tinggi kan suara tak boleh dik dah tu peraturan yang ditetapkan nak buat macam mana.. kalau bapak kamu lumpuh sekali pun tak boleh jugak.. kena datang ke dewan ni tak kira la apa cara sekali pun.. saya kata la umah saya tak ada kereta ada motor je macam mana nak datang dengan keadaan bapa saya begitu.. Pegawai bank tu kata pandai2 kamu la pinjam kereta jiran ke...Dah nak duit orang kena la ikut peraturan yang orang tetapkan...

Saya mengucap panjang apabila kiri kanan orang mula tengok saya dan saya terasa amat malu sangat dengan layanan begitu rupa... Dan saya pun trus keluar dari dewan tu...
Saya anak tunggal Umur 23 tahun ibu dengan ayah saya dah tua tak berapa sihat... Saya bekerja di sebuah pasaraya gaji cukup2 je sebulan.. Sanggup saya ambil cuti tadi samata2 nak ambil brim untuk bapa saya tu... tetapi sedih sangat dengan duit brim semua tak dapat.. kerja pun tak pergi... saya sebenarnya tak berparti pun dua2 page saya ada like pro pr dengan pro bn... saya tak tau la ada orang lain kena macam saya ke tak...

Perasaan malu tadi hanya ALLAH Sahaja yang tau dah la beratur sejam lebih bukan ke duit brim tu duit hasil cukai ke jugak... Inshaallah setelah kejadian tadi saya dah tekad kami satu keluarga tidak akan sesekali undi kerajaan yang melayan rakyat sebegitu rupa... Maaf kalau susunan ayat tak betul saya belajar sampai SPM Je...
kisah ini berlaku di kawasan parlimen batu dewan serba guna taman melewar pukul 3 petang tadi.. maaf saya tak ingat nama kakak dan pegawai bank itu tak sempat pulak nak tengok name tag tadi sebab orang terlalu ramai dan malu teramat sangat.. saya bawa bukan setakat ic fotostet ic ori yang bapa saya pun ada saya bawa sekali.. tetapi tak dapat juga.. dia nak kena umpunya diri sign katanya..saya tak terfikir pun nak ambil gambar atau video saya pergi dengan niat nak ambil duit bukan nak buat provokasi.. saya belajar sampai SPM pun sebab ada kekangan masalah kewangan dan terpaksa jaga ayah dan ibu yang sudah uzur.. bukan saya malas inshaallah kalau ada kesempatan dan peluang saya akan sambung belajar lagi.. tak apa la duit itu mungkin bukan rezeki bapa saya..

Sumber: http://biaqpila.blogspot.com klik je


P/S:Pada pandangan aku tidak sepatutnya perkara seperti ini berlaku, memang ia adalah kes kecil.Mana perginya NGO-NGO yang dok melaung sana, melaung sini..Pergi buat kerja la..Pada aku ini memang Memalukan UMNO dan isu yang sedih..





SAM1M DIBAWAH NAUNGAN DS ROSMAH.MANSOR..???



DS ROSMAH MANSOR
SAM1M buat kali pertamanya meeting di Restoran NZ jalan Ampang. Satu lagi NGO yang akan bergerak selepas PRU13.


Alhamdulilah Syukur 20hb Feb 2013 Mesyuarat Majlis Ahli Dewan Tertinggi Suara Anak Muda 1Malaysia Tentang Gerak Kerja Serta Hala Tuju SAM1M Untuk Terus Kehadapan Terutama Dalam Memperjuangkan kepentingan Dasar-Dasar Bagi Anak Muda berakhir dengan berjaya.


Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh ADT (Ahli Dewan Tertinggi) SAM1M yang menunjukkan komitment yang tinggi terutama yang hadir daripada luar Kuala Lumpur seperti Pahang, Perak, Johor, Melaka, Kelantan, Selangor, Kedah, Trengganu, Wilayah Persekutuan,Perlis dan Pulau Pinang.
Artikel seterusnya klik jer kat sini















































FOTO BY : AMRAYY