Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Tuesday 24 December 2013

[VIDEO] Jabatan Facebook Negara @Shabery_Cheek difitnah.!!!

Ahmad Shabery cheek
AWAS.!!! 
MAKLUMAT MENGELIRUKAN DARI ANASIR-ANASIR DARI PIHAK TERTENTU SEDANG
 BERLEGAR DI WALL FACEBOOK ANDA.!!!
DAPATKAN MAKLUMAT DARI SUMBER YANG SAHIH SUPAYA ANDA TIDAK MENYESAL DI KEMUDIAN HARI, KERANA MENYEBARKAN FITNAH.!!!

Isu mengenai Jabatan facebook Negara yang sememangnya tidak akan ujud telah digembar-gemburkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab..Aku tak taulahkan siapa pihak yang tidak bertanggungjawab tu.!!! Namun penjelasan dari YB DS Ahmad Shabery Cheek di parlimen sudah cukup memberi jawapan yang selama ini bermain di fikiran rakyat Malaysia.

Kepada semua rakyat Malaysia yang masih tidak dapat maklumat yang tepat boleh rujuk video kenyataan YB DS Ahmad Shabery Cheek di parlimen beberapa hari yang lalu.!!!

Layan bro.!!

AMRAYY

Thursday 7 November 2013

Gugur Perkataan Islam: Percayalah, PAS Akan Lemau Macam Itu Juga


PENULIS tak nampak macam mana PAS akan bertindak ke atas Pengerusi DAP, Karpal Singh berikutan cadangan tua Jelutong itu agar parti politik di negara ini tidak dibenarkan menggunakan nama yang ada kaitan dengan agama dan perkauman.

Termasuklah PAS.

Banyak dah berlaku sebelum ini membabitkan Karpal Singh dan isu-isu sensitif membabitkan PAS, tapi apa haram tindakan pun tidak pernah diambil parti yang kononnya memperjuangkan Islam tersebut.

Kalimah Allah, hudud, negara Islam dan macam-macam perkara lain menyakitkan hati PAS yang disebutkan Karpal, setakat mengundang degang degung macam itu sajalah dari pemimpin mereka, tapi PAS tetap nak jadi anjing suruhan DAP.

Sehinggakan bila PAS jadi parti paling corot dalam Pakatan pembangkang semasa PRU13 yang lepas, pun dia masih menagih kasih sayang DAP, taknak dilepaskan parti yang asalnya berseteru dulu ni.

Macam itulah kasih sayang PAS pada DAP terutama sejak ‘dikahwinkan’ secara paksa oleh Anwar Ibrahim pada April 2008. so takkanlah sebab satu kenyataan Karpal yang menggesa supaya digugurkan perkataan Islam dari PAS, parti itu nak lepaskan DAP, mana boleh.

Nanti Mat Sabu nak makan apa pulak kalau Guan Eng pecat dia dari lembaga pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang? 4 ekor ADUN PAS yang jadi Exco di Selangor nak bermewah-mewah macam mana tanpa jawatan tersebut kalau PAS tidak bersama DAP dalam Pakatan?

Cakap pasal itu (Islam pada nama PAS), Karpal pun tahu PAS tidak akan terjejas kalau perkataan Islam digugurkan. Nama itu (PAS), tidak menggambarkan Islam langsung sebab Parti Islam Semalaysia sepatutnya disebut pendeknya sebagai PIS, bukan PAS.

Apa huruf ’A’ buat dalam parti yang mahu dikenali sebagai Parti Islam Semalaysia?

Penulis pernah tanya pada orang PAS dulu, dia cakap ’A’ tu ganti huruf Aliff (I), tapi undang-undang mana tulis rumi dan jawi sekali? Undang-undang orang bodoh? Jawi, jawi sajalah, rumi, rumi sajalah.

Sebab itu penulis kata, Karpal ni mungkinlah OKU, tua dan bongkak, tapi dia bukan bodoh. Bila dia sebut tu, mestilah dia dah fikir semua perkara, soal sama ada yang dia fikir tu relevan tak relevan, itu cerita lain, tapi satu yang pasti, dia tahu apa yang dia buat.

Penulis tak pasti kemana akhirnya polemik ini, tapi satu yang nyata, PAS akan selamanya jadi parti lemau, lembik, parti pengikut, dipimpin bukan memimpin dan segala macam yang lain.

Mungkinlah PAS ini ada jentera akar umbi paling kuat di kalangan 2 parti pembangkang yang lain, tapi kalau pemimpin di atas lemau macam biskut masuk angin, tak guna juga.


AMRAYY