Showing posts with label mati ditembak penjenanyah jenazah hussain najadi selamat dikebumikan. Show all posts
Showing posts with label mati ditembak penjenanyah jenazah hussain najadi selamat dikebumikan. Show all posts

Wednesday 31 July 2013

Jenazah Hussain Najadi selamat dikebumi





KUALA LUMPUR: Jenazah pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi yang ditembak mati di Lorong Ceylon di sini pada Isnin, selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara semalam.

Jenazah Hussain disemadi pada 10 malam setelah disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta selepas solat Isyak.

Balu Allahyarham, Chong Mei Kuen serta kira-kira 30 anggota keluarga dan rakan beliau hadir memberi penghormatan terakhir.

Turut hadir bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin.

Dalam kejadian semalam, Hussain, 75, ditembak mati manakala Chong, 49, cedera ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon.

Hussain terkena dua das tembakan di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan.

Sementara itu, bekas isteri pertama Allahyarham, Heidi Najadi, 72, yang menetap di Malaysia sejak tiga tahun lepas, meminta polis menyiasat insiden berkenaan dengan terperinci.

"Beliau tidak mempunyai musuh... beliau seorang insan yang baik," katanya kepada pemberita selepas pengebumian itu.

Anak lelaki Hussain, Pascal Najadi, 46, pula berkata bapanya adalah seorang yang berhati mulia.

"Beliau adalah kawan karib saya dan seorang sahabat yang baik dengan semua orang yang bernasib baik mengenalinya," katanya.

AMRAYY