Showing posts with label jenanyah senjata api polis. Show all posts
Showing posts with label jenanyah senjata api polis. Show all posts

Thursday 1 August 2013

Dua lelaki diberkas, sepucuk pistol dan lapan peket dadah dirampas





PETALING JAYA: Belum pun reda isu jenayah senjata api yang berlaku di negara ini, dua lelaki diberkas dan sepucuk pistol yang disembunyikan oleh mereka dalam sebuah beg berjaya dirampas.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1 pagi semalam, polis yang membuat rondaan cegah jenayah di Jalan Sungai Buloh-Subang berhampiran Kota Damansara terserempak dengan dua orang lelaki mencurigakan menaiki sebuah motorsikal.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamad berkata kedua-dua lelaki tersebut kemudian berhenti untuk pemeriksaan namun ketika cuba diperiksa oleh pihak polis, mereka cuba bergelut untuk menghalang dari diperiksa.

“Mujurlah, polis berjaya memberkas mereka dan pemeriksaan selanjutnya dalam beg yang dibawa mendapati terdapat sepucuk pistol 9mm dan tujuh butir peluru di dalamnya,” kata Arjunaidi.

Selain itu, polis turut menemui lapan peket dadah Erimin 5 bersama mereka.

Siasatan mendapati kedua-dua suspek adalah pengedar dadah berumur 28 tahun dan mempunyai enam rekod jenayah lampau melibatkan dadah, samun dan merusuh.

“Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 6 Ogos untuk membantu siasatan dan kita percaya senjata api yang dirampas itu berkemungkinan digunakan dalam kegiatan jenayah di sekitar Petaling Jaya,” katanya lagi.

Kejadian tersebut merupakan satu lagi usaha polis dalam pembanteras jenayah senjata api dimana dalam kejadian berasingan pula di Kepong pada Selasa, seorang bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) maut berbalas tembakan dengan polis.

Kejadian berlaku apabila suspek dengan tiba-tiba melepaskan tiga das tembakan kearah polis yang ingin membuat pemeriksaan terhadapnya dalam sebuah sekatan jalan raya di hadapan Kompleks Desa Kepong.

Akibat dari itu, polis membalas tembakan dan mengenai bahu, perut dan kaki suspek.

AMRAYY

Wednesday 31 July 2013

ANGKARA PEMBUNUH UPAHAN SEORANG LAGI DI TEMBAK DI PERAK




PARIT BUNTAR : Seorang penduduk Taman Semarak Parit Buntar berketurunan India telah mati ditembak sekitar jam 10.30 pagi tadi berdekatan dengan simpang tiga tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar.
Menurut saksi sebanyak 3 das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan 2 darinya kena pada mangsa . Satu dibahagian hati dan satu dibahagian perut.

Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian.

Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh 2 orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal.

Sehingga kini motif tembakan masih tidak dapat disahkan.

AMRAYY