Showing posts with label jenanyah. Show all posts
Showing posts with label jenanyah. Show all posts

Monday 30 September 2013

JANGAN SEBAR GAMBAR SUSPEK BAWAH UMUR -Amaran Polis.!!





KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan agar tidak terus menyebarkan gambar dan maklumat sulit mengenai lapan suspek juvana yang disiasat atas tuduhan merogol seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Bukit Aman, ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata tindakan menyebarkan foto suspek juvana dan maklumat sulit adalah salah disisi undang-undang.
Jelasnya, perbuatan itu bukan saja tidak bertanggungjawab, malah boleh menjejaskan siasatan polis.

"Perbuatan menyebarkan gambar kanak kanak adalah tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 yang mana tidak boleh disiarkan apa-apa sahaja gambar (suspek juvana) sama ada semasa pembicaraan atau dalam peringkat menjadi suspek dalam sesuatu kesalahan ataupun menjadi mangsa dalam satu-satu kesalahan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Kelapan-lapan suspek juvana itu dikatakan merogol pelajar terbabit di Kuala Kubu Baru, Selangor pada 23 September lalu.
Laporan sebuah akhbar mengenai kes itu disebarkan di laman media sosial bersama foto yang memaparkan beerapa suspek bawah umur.

Penyebaran foto terbabit yang menggunakan susunatur akhbar terbabit dipercayai didalangi oleh individu tidak bertanggungjawab.
Dalam kejadian itu, seorang pelajar berusia 12 tahun dikatakan telah ponteng dari sekolah pada 19 September. Dia kemudiannya tidak pulang ke rumah sebaliknya tidur di surau sebuah taman perumahan di bandar itu.

Pada keesokan harinya, beberapa rakan lelaki pelajar itu dikatakan telah membawa mangsa ke sebuah rumah kosong sebelum dipercayai dirogol.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin berkata susulan laporan keluarga mangsa, polis telah menahan kelapan-lapan suspek untuk direman bagi siasatan lanjut.

"Enam suspek berusia 14 tahun manakala dua lagi berusia 12 tahun. Pelajar perempuan terbabit telah dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut. Kes kini disiasat di bawah kesalahan merogol berikutan mangsa masih di bawah umur."


Sumber: astroawani
                             AMRAYY

Thursday 1 August 2013

Dua lelaki diberkas, sepucuk pistol dan lapan peket dadah dirampas





PETALING JAYA: Belum pun reda isu jenayah senjata api yang berlaku di negara ini, dua lelaki diberkas dan sepucuk pistol yang disembunyikan oleh mereka dalam sebuah beg berjaya dirampas.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1 pagi semalam, polis yang membuat rondaan cegah jenayah di Jalan Sungai Buloh-Subang berhampiran Kota Damansara terserempak dengan dua orang lelaki mencurigakan menaiki sebuah motorsikal.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamad berkata kedua-dua lelaki tersebut kemudian berhenti untuk pemeriksaan namun ketika cuba diperiksa oleh pihak polis, mereka cuba bergelut untuk menghalang dari diperiksa.

“Mujurlah, polis berjaya memberkas mereka dan pemeriksaan selanjutnya dalam beg yang dibawa mendapati terdapat sepucuk pistol 9mm dan tujuh butir peluru di dalamnya,” kata Arjunaidi.

Selain itu, polis turut menemui lapan peket dadah Erimin 5 bersama mereka.

Siasatan mendapati kedua-dua suspek adalah pengedar dadah berumur 28 tahun dan mempunyai enam rekod jenayah lampau melibatkan dadah, samun dan merusuh.

“Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 6 Ogos untuk membantu siasatan dan kita percaya senjata api yang dirampas itu berkemungkinan digunakan dalam kegiatan jenayah di sekitar Petaling Jaya,” katanya lagi.

Kejadian tersebut merupakan satu lagi usaha polis dalam pembanteras jenayah senjata api dimana dalam kejadian berasingan pula di Kepong pada Selasa, seorang bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) maut berbalas tembakan dengan polis.

Kejadian berlaku apabila suspek dengan tiba-tiba melepaskan tiga das tembakan kearah polis yang ingin membuat pemeriksaan terhadapnya dalam sebuah sekatan jalan raya di hadapan Kompleks Desa Kepong.

Akibat dari itu, polis membalas tembakan dan mengenai bahu, perut dan kaki suspek.

AMRAYY

Wednesday 31 July 2013

ANGKARA PEMBUNUH UPAHAN SEORANG LAGI DI TEMBAK DI PERAK




PARIT BUNTAR : Seorang penduduk Taman Semarak Parit Buntar berketurunan India telah mati ditembak sekitar jam 10.30 pagi tadi berdekatan dengan simpang tiga tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar.
Menurut saksi sebanyak 3 das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan 2 darinya kena pada mangsa . Satu dibahagian hati dan satu dibahagian perut.

Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian.

Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh 2 orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal.

Sehingga kini motif tembakan masih tidak dapat disahkan.

AMRAYY

Wednesday 17 July 2013

PEMUDA CINA DICULIK DAN DIPUKUL KERANA SALAH FAHAM HINA ISLAM

GUA NAK NASIHATKAN KAT PUAK-PUAK MELAYU ISLAM, SEBELUM BERTINDAK SIASAT DULU.!!
LU PIKIR LAH BRO.!!

Pemuda yang diculik sekumpulan lelaki di Shah Alam kemudiannya diserang dan ditulis perkataan `saya hina Islam' di badannya, berkata kesnya itu tidak ada kena mengena dengan isu semasa membabitkan kontroversi gambar blogger seks menghina Ramadan.

Ng Mun Tatt, 21, berkata beliau diculik kerana wang dan perkataan `Saya hina Islam' itu adalah helah penyerangnya supaya beliau akan dipukul oleh orang awam jika cuba melarikan diri daripada mereka.

Ng berkata, beliau terkejut bagaimana gambarnya yang dirakamkan di balai polis boleh lepas ke tangan orang lain dan disiarkan di laman sosial Facebook, sebelum keterangannya diambil oleh polis.


"Saya lebih terkejut apabila polis memberitahu saya bahawa kes yang berlaku kepada saya ini tercetus daripada kes blogger seks itu," katanya di sidang akhbar di Klang, hari ini.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai mereka, atau menyinggung sesiapa baru-baru ini," katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, semalam, memberitahu pemberita di Bukit Aman bahawa kes Ng mungkin tercetus akibat kontroversi pasangan lucah itu.

Bercakap di sidang akhbar itu, Ng berkata, pengalaman pahitnya bermula apabila beliau sedang minum bersama teman wanitanya, Rachel Leong, 16, dan seorang lagi rakan di Seksyen 25, Shah Alam, kira-kira jam 4.30 petang pada Isnin.

"Dua lelaki menghampiri saya. Seorang berbisik di telinga saya bertanya adakah saya `Ah Kiong', sementara seorang lagi memberitahu rakan dan teman wanita saya supaya senyap di kerusi masing-masing.

"Tanpa menunggu jawapan saya, lelaki itu menarik kemeja T saya dan mengheret saya ke sebuah kereta yang sedang menunggu," katanya.

Katanya, ada empat lelaki dalam kereta Proton Saga berwarna kelabu itu. Ng mendakwa dia dipukul, ditutup mata dan dibawa ke sebuah pangsapuri.

"Saya tidak tahu saya dibawa ke mana. Mereka mengambil kad ATM saya dan meminta number PIN," katanya dan menambah bahawa mereka terus memukulnya hingga tidak dapat mengingati number PIN itu.

"Mereka juga menghubungi abang ipar saya meminta RM5,000 untuk pembebasan saya," katanya.

Ng berkata, beliau kemudian dibawa ke sebuah estet sebelum dibogelkan dan mereka menulis perkataan di tubuhnya serta memaksanya menghidu gam.

"Lelaki itu beritahu saya mereka tulis perkataan itu di badan saya saya supaya orang awam akan pukul saya jika cuba hendak melarikan diri," katanya.

"Saya khayal disebabkan hidu gam, tetapi tidak beberapa lama kemudian saya tersedar apabila mendengar bunyi bising. Saya menanggalkan kain penutup mata dan nampak tujuh lelaki yang sedang khayal. Hari juga sudah terang jadi saya melarikan diri.

"Saya mendapati saya berada di lebuh raya DUKE dan ada penunggang motosikal membantu saya menghubungi polis.

"Saya hanya mahu menjelaskan keadaan bahawa kes saya tidak ada kena mengena dengan blogger seks itu seperti yang dilaporkan media hari ini," katanya.

Katanya, beliau tidak pernah mendengar nama pasangan itu sehingga semalam dan menambah dalam tempoh dua bulan terakhir ini, beliau bekerja di kedai telefon bimbit di Johor sebelum kembali ke Shah Alam untuk menetap bersama kakaknya.

Ng, yang kini tidak bekerja kelihatan masih berada dalam keadaan terkejut dan lemah ketika bercakap dengan pemberita awal hari ini.

Mengenai gambarnya yang kini tersebar, beliau berkata:"Saya tidak tahu siapa mengambilnya, tetapi saya berada di balai polis ketika itu," katanya dan menambah tidak tahu di balai mana.

"Polis belum mengambil kenyataan saya lagi tetapi saya diberitahu untuk hadir ke balai polis Seksyen 9 untuk kawad cam," katanya.

Sementara itu, abang ipar Ng, Mak Wui Weng, 28, berkata penculik terbabit menghubunginya kira-kira jam 5 pagi dan meminta beliau memasukkan wang RM5,000.

Mak berkata, beliau hanya memasukkan wang sebanyak RM3,000 dan memberitahu mereka perlu membawa Ng bertemunya, jika mahu baki wang berkenaan. - 17 Julai, 2013.