Showing posts with label dr mahathir mohamad. Show all posts
Showing posts with label dr mahathir mohamad. Show all posts

Sunday 28 April 2013

Mahathir nasihat Husam 'balik Kelantan'




3:08PM Apr 28 2013

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa, yang juga anggota exco dalam kerajaan sementara PAS di Kelantan, sepatutnya menyelesaikan masalah negeri berkenaan sebelum menjadi calon di pusat pentadbiran negara itu.

"Sehingga itu, duduk diam-diam di Kelantan. Itu tempat anda. Perbaiki tempat anda dan contohi presint Putrajaha. Bina pejabat yang baik dan rumah untuk orang tempatan yang bekerja dalam sektor awam,” kata Mahathir.

Selepas itu, barulah Husam boleh memohon untuk bekerja di Putrajaya dan naik pangkat sedikit demi sedikit, kata Mahathir lagi dalam satu ceramah ketika berkempen untuk penyandang kerusi tersebut Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,734 undi dalam pilihan raya umum 2008.

Pada masa itu, Putrajaya menjadi kawasan parlimen paling kecil dengan hanya 6,608 voters. Ia amat ketara berbanding kawan Kapar yang merupakan kawasan parlimen terbesar dengan 144,369 pengundi.

Pengundi Putrajaya kini berjumlah 15, 798 orang, meningkat kepada hampir 140 peratus yang kebanyakannya merupakan penjawat awam.

Oleh yang demikian, golongan berkenaan, dan juga kawasan Putrajaya secara umumnya dianggap sebagai kawasan penyokong BN.

Dalam ceramah di Putrajaya itu, Mahathir juga membandingkan negeri Kelantan, yang diberi nama jolokan Serambi Mekah, dengan Putrajaya dan Kuala Lumpur yang menurutnya dicemburui masyarakat Islam dunia.

Mahathir seterusnya mempersoalkan sama ada Kelantan layak digelar negeri Serambi Mekah sedangkan bekalan air di negeri tersebut “tidak boleh diminum”.

Dalam ucapannya kepada 1,000 orang itu, Mahathir juga menggesa agar pengundi memastikan Husam tewas dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Majlis itu berlangsung susulan kehadiran lebih 6,000 orang di ceramah yang turut disertai Husam dan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Jumaat malam lalu.

sumber ;malaysiakini

Saturday 27 April 2013

KEMANA PENDUDUK PUTRAJAYA MALAM INI?? KE PRESINT 9 ATAU PRESINT 19???

 SIAPA NAK COMMENT SILAKAN..!!
LU PIKIR LA BRO..!!
HAHAHAHAHAHA
Harakahdaily,
27 Apr 2013

PUTRAJAYA: Ke mana penduduk Putrajaya malam ini? Ke Presint 9 bersama Tun Dr Mahathir atau ke Presint 19 bersama Ustaz Azhar Idrus?

Inilah menjadi dilema penduduk Putrajaya hari ini berikutan kedua-dua program besar yang dianjurkan serentak itu.

Di Presint 9, Mahathir akan datang untuk Ceramah Perdana Pertahankan Putrajaya selepas puluhan ribu menyertai ceramah Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Presint 3 malam tadi.

Tindakan ini dilihat oleh banyak pihak sebagai 'panggilan kecemasan' oleh War Room BN bagi menyelamatkan kerusi Putrajaya yang sedang karam.

Padahal sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin telah datang dan menegaskan calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa akan hilang wang deposit dalam pilihan raya kali ini.

Sebelum ini, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, calon BN Putrajaya dengan bongkaknya berkata, Husam akan hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya ini.

Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5% undi daripada jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi pada hari pengundian di kawasan tersebut.

Di Presint 19 pula, Ustaz Azhar akan bersama dengan ustaz Nazmi Karim, Dr Kamaruzaman Yusof akan memberikan kuliah mereka.

Turut serta adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor, YM Raja Idris.
AMRAYY