Showing posts with label PRK Kuala Besut n1 BN PRU!#. Show all posts
Showing posts with label PRK Kuala Besut n1 BN PRU!#. Show all posts

Tuesday 23 July 2013

BN DIRAMAL MENANG DI PRK KUALA BESUT


BN diramal menang di PRK Kuala Besut -- penganalisis


KUALA BESUT: Barisan Nasional (BN) dilihat masih dapat mengekalkan kedudukannya di Dewan Undangan Negeri(DUN) Kuala Besut pada hari Rabu nanti.

Demikian ramalan pengarah Pusat Pembangunan Sosioekonomi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Ibrahim Mamat mengenai peluang kemenangan BN pada pilihanraya kecil Kuala Besut, melainkan berlaku sesuatu yang tidak dapat dijangka.
Ini kerana menurut Ibrahim, Kuala Besut merupakan kubu kuat BN yang dimenanginya BN pada Pilihanraya Umum Ke-13(PRU13).

Antaranya pengaruh Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Menteri Pendidikan II menyumbang kepada faktor sokongan kuat pengundi kepada BN.
“Masyarakat Besut sangat mengharapkan kepimpinan beliau bila beliau tidak ada jawatan boleh menang. Maka juga boleh menang sekarang ada jawatan menteri lebih kuat kedudukan mereka jadi tidak akan tergugat pada pendapat saya,” kata Ibrahim.

Pada PRU13 pada 5 Mei lalu, turut menyaksikan seluruh kawasan DUN di bawah Parlimen Besut dimenangi BN.
Tambah beliau, BN juga dilihat mempunyai kelebihan daripada segi sumber kewangan dan jentera pilihanraya berbanding Pas di kawasan DUN yang mana memerlukan pembangunan.
Biarpun begitu, Ibrahim berpendapat, BN tidak boleh mengambil ringan golongan kelas menengah yang dianggap kritikal.

“Yang BN ini saya rasa dia perlu tumpuan kepada beberapa kumpulan middle class(kelas pertengahan), yang lain-lain selamat...sedikit kepada orang muda yang lain-lain hardcorde BN.”
Bagaimanapun, cabaran Pas kini untuk seri dengan BN sepertimana dicanangkan dalam kempen iaitu slogan 16:16.

“Bagi parti pembangkang mereka tak boleh janji bulan dan langit sebab mereka tidak ada sumber kewangan mencukupi yang boleh janji ialah mungkin satu kerajaan yang cekap bersih apabila dia memerintah negara bila berlakunya senario 16:16.”
Bagaimanapun Ibrahim menarik perhatian bahawa jumlah keahlian UMNO Besut yang ramai juga mendorong kepada pengukuhan kedudukan BN di kawasan itu.
Apapun kemenangan pastinya bergantung kepada peratusan keluar mengundi khusus daripada penyokong kedua parti bertanding memandangkan PRU13 diadakan hanya dua bulan lalu.

Berita mula diterbitkan pada:
Julai 22, 2013 8:16
AMRAYY