Showing posts with label Jenanyah Rompakan Di AmBank. Show all posts
Showing posts with label Jenanyah Rompakan Di AmBank. Show all posts

Monday 11 November 2013

DIMANA SUSPEK PEMBUNUH PEGAWAI AMBANK BERSEMBUNYI SELAMA INI.???



KUALA LUMPUR – Suspek kes bunuh dan rompak pegawai AmBank di Subang Jaya menjadikan bangunan serta rumah kosong sebagai lokasi persembunyian selama 19 hari ketika dalam buruan polis.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek bersembunyi di beberapa buah rumah serta bangunan kosong sekitar Lembah Klang dan Johor.

“Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk keluar dari Lembah Klang menuju ke Johor sejurus selepas kejadian pada 23 Oktober lepas.

“Ketika berada di sana (Johor), suspek juga cuba mendapatkan bantuan sindiket pemalsuan dokumen pasport bagi melarikan diri ke negara jiran,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada kira-kira 7 pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam twitter beliau hari ini, memaklumkan bahawa suspek ditahan di Johor serta mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu polis.

Dalam kejadian 23 Oktober lepas, pegawai AmBank Subang Jaya Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi dalam bilik kebal bank berkenaan, menurut sumber Bernama.

Mangsa, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek.

Suspek turut melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000.

AMRAYY

Wednesday 30 October 2013

Usaha buru suspek kes tembak di AmBank makin cerah

susp











KUANTAN - Polis yakin gerakan memburu suspek kes tembak seorang pegawai operasi AmBank, Rabu lalu semakin cerah berikutan penemuan beberapa petunjuk baharu termasuk laman sosial Facebook menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela yang disahkan milik lelaki itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya juga yakin suspek masih berada di dalam negara bersama selaras raifal pump-gun yang digunakan dalam kejadian itu, menurut sumber Utusan.

GAMBAR PENJENANYAH YANG SEDANG DIBURU PIHAK POLIS MALAYSIA

DIHARAP ORANG AWAM DAPAT MEMBERI KERJASAMA BAGI MENGESAN BANGSAT INI.!!!

AMRAYY

Friday 25 October 2013

GAMBAR PENJENANYAH YANG SEDANG DIBURU POLIS.!!!


Gambar suspek, Ardi Hamza, pengawal keselamtan yang dikehendaki polis berkaitan kes rompak dan bunuh di sebuah bank di USJ, Rabu lalu. FOTO Osman Adnan
KUALA LUMPUR - Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya Rabu lepas, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superitendan Tan Ah Chua ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, maklumat itu disalurkan oleh pihak bank kepada polis.

Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata perkara berkenaan masih dalam siasatan.

"Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara," katanya.

Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek. - Bernama
AMRAYY

Thursday 24 October 2013

Gambar dan Rakaman CCTV Suspek Pembunuhan Kejam Pegawai Bank!!! Sebarkan!!!

Susulan pembunuhan kejam yang dilakukan seorang pengawal keselamatan ke atas pegawai bank semalam, hari ini gambar suspek mula bertebaran di alam maya.
Lagi berita klik sekarang..!!!!
Inilah wajah sijahanam yang merompak dan membunuh.!!
Kad Pengenalan Penjenayah
Kad Pengenalan Arwah Norazita
Arwah Norazita Abu Talib bersama anak perempuannya
Gambar Arwah bersama rakan-rakan sekerja di AmBank 
 Rakan sekerja yang sedih diatas kejadian yang menimpa mangsa
AmBank USJ


AMRAYY

Wednesday 23 October 2013

SEORANG PEGAWAI BANK DI TEMBAK MATI OLEH PENGAWAL KESELAMATAN SETELAH MEROMPAK BANK TERSEBUT



KISAH MENYAYAT HATI YANG SEMPAT GUA PAPARKAN HARI INI..!!!


Kekejaman pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai bank dalam kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, Jln USJ SENTRAL 2, USJ Sentral Subang Jaya.
Mangsa yang ditembak bertugas sebagai operation officer Ambank nama Norazita bt Abu Talib berumur 37 tahun.Mangsa dikatakan sudah berkhidmat selama 16 tahun bersama Ambank. Kejadian berlaku lebih kurang jam 6 petang yang mana suspek nama Ardi bin Hamza umur lebih kurang 37 tahun yang beralamat Jalan Apas Batu 2 no 70 Tawau Sabah.

Suspek menggunakan senjata jenis pumpgun dan sebanyak 1 das tembakan di lepaskan dan mengenai muka mangsa ketika mangsa sedang membuka peti kebal dan suspek melarikan wang dalam jumlah yang tidak diketahui.Kenderaan yang suspek gunakan disyaki motosikal.dan sedang dikesan..
Gambar arwah bersama suami dan anak-anak
AL-FATIHAH buat mangsa dan salam TAKZIAH buat suami dan anak-anak mangsa..
AMRAYY