Showing posts with label #mahkamah. Show all posts
Showing posts with label #mahkamah. Show all posts

Thursday 6 March 2014

Perbicaraan Di Sweden: Shalwati Mengaku Pukul Anak Lelaki Yang Mengamuk

Ammar (tengah) bersama adiknya Adam (kiri) dan Arif ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Februari lalu.
STOCKHOLM: Ibu kepada kanak-kanak Malaysia yang dibicarakan di Sweden kerana memukul anak-anaknya mengaku di mahkamah bahawa dia, pada suatu ketika telah memukul anak sulungnya, Ammar yang mengamuk seperti tidak sedarkan diri.

Shalwati Nurshal menjelaskan pada hari dia memukul Ammar, Ammar berada dalam 'mood' yang teruk selepas bergaduh dengan kakaknya, Aishah dan dia telah bertindak menyebelahi Aishah.

Dia menceritakan kejadian itu selepas pendakwa raya Anna Arnell bertanya tentang Shalwati yang telah memukul Ammar kerana menonton Youtube daripada melakukan kerja rumah bahasa Perancisnya.

"Ah, kejadian inilah yang yang membawa kita ke sini," kata Shalwati, sambil menambah "peristiwa itu yang menyebabkan kami ditahan di dalam sel."

"Ammar telah bergaduh dengan kakaknya, jadi saya memberitahu dia supaya mengambil wuduk (air sembahyang) kerana orang Islam percaya ia boleh membantu membuatkan seseorang itu bertenang," katanya kepada mahkamah daerah Solna, Rabu.

Walau bagaimanapun, apabila Ammar pergi ke bilik air dia mula mengamuk dan menunjukkan kemarahan meluap-luap dengan menghentak-hentakkan dan membaling barang-barang.

"Dia histeria, jadi saya memukulnya di bahu dan memberitahunya supaya berhenti," kata Shalwati.

Sweden telah mengharamkan hukuman pukul terhadap kanak-kanak sejak 1979 dan ini bermakna Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin berdepan sehingga enam tahun penjara jika didapati bersalah memukul anak-anak mereka.

Shalwati kelihatan tenang semasa menjawab soalan Anna yang telah diterjemahkan daripada bahasa Sweden ke bahasa Inggeris dan merujuk kepada nota-nota yang telah diambil sebelum perbicaraan itu.

Malah, bekas guru itu juga meminta pendakwa raya untuk mengulas lanjut dan memberikan lebih penjelasan mengenai soalan beliau beberapa kali.

Apabila ditanya sama ada pukulan itu telah menyakitkan Ammar, Shalwati berkata anak lelakinya itu itu seolah-olah lebih kepada 'terkejut' berbanding 'cedera'.

"Selepas melihat video kawan-kawannya yang menerangkan apa yang mereka dengar dari Ammar, saya fikir Ammar telah mencari peluang untuk akhirnya memberitahu kawan-kawannya bahawa ibunya telah memukulnya," kata Shalwati, seolah-olah kecewa.

Shalwati menafikan semua tuduhan lain berhubung layanan buruknya kepada Ammar dengan menjelaskan setiap kejadian secara terperinci dan menggambarkan Ammar sebagai seseorang yang suka menokok- tambah dan memperbesarkan cerita.

Apabila ditanya jika dia telah 'menarik telinga Ammar sehingga tangannya terketar-ketar' kerana kerja rumah Matematik, Shalwati dengan tiba-tiba menjawab 'ia satu lagi perkara yang diada-adakan' sebelum menjelaskan bahawa dia gembira dapat mengajar anaknya itu Matematik kerana Ammar jarang-jarang meminta bantuan.

Pada 10 Februari lalu, Shalwati dan Azizul didakwa diatas kesalahan pelanggaran hak integriti kanak-kanak dengan memukul dan mendera mereka.

Kesalahan-kesalahan tersebut didakwa berlaku di rumah keluarganya di SpÄnga, pinggir bandar Stockholm, antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.

Perbicaraan diteruskan pada 10 Mac.
AMRAYY

Wednesday 5 March 2014

#KalimahAllah #Mahkamah : Kekecohan di Mahkamah Putrajaya


Post Pic
PUTRAJAYA: Keadaan di dalam Mahkamah Persekutuan kecoh seketika apabila seorang warga asing yang mendakwa dirinya seorang pensyarah kolej asing, mencabar paderi untuk berdebat.
Bagaimanapun wakil dua paderi Gereja Katolik itu berlalu pergi dan tidak melayan terjahan pensyarah berkenaan.

Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menangguhkan keputusan menangguh keputusan terhadap permohonan Gereja Katolik untuk mengemukakan rayuan bagi membatalkan keputusan melarang akhbar mingguannya, The Herald daripada menggunakan kalimah Allah.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata keputusan permohonan itu akan diumumkan pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Beliau berkata demikian setelah mendengar hujah peguam persekutuan dan peguam yang mewakili pihak gereja.

Kemelut kalimah Allah bermula pada 2008 apabila Heralddilarang menggunakan perkataan itu oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Gereja Katolik kemudian mencabar larangan itu dan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 berpihak kepada mereka yang membenarkan mereka menggunakan perkataan itu dalam terbitan mingguannya.
Putrajaya membuat rayuan dan hasilnya Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan itu Oktober lalu selepas mendapati “Allah bukan perkataan teras dalam ajaran Kristian”.

Mahkamah Rayuan juga menegaskan bahawa Menteri Dalam Negeri mengambil tindakan tepat melarang penggunaan perkataan itu dalam Herald untuk melindungi keselamatan negara dan ketenteraman awam.
Penganut Islam merangkumi 60 peratus manakala Kristian merangkumi kira-kira sembilan peratus daripada 30 juta penduduk Malaysia.

AMRAYY

[PHOTO] #KalimahAllah #Bantahan Bantahan Penggunaan Kalimah Allah DiMahkamah Putrajaya

#terkini 
Tahniah kepada semua NGO-NGO Islam yang menyertai bantahan yang berlaku sebentar tadi di Mahkamah Putrajaya. Alhamdulillah walaupun mahkamah telah menangguhkan keputusan pada tarikh yang AmrayyLensa pun tak pasti namun AmrayyLensa amat terharu diatas sokongan semua NGO Islam sungguhpun berlainan fahaman parti politik.!! In Sha Allah umat Islam akan bersatu untuk menentang agenda yahudi ini yang bertujuan menhancurkan umat islam secara halus.!!

Layan photo-photo ini bro.!!
Berikut disiarkan gambar - gambar sekitar demonstrasi aman dihadapan bangunan Istana Kehakiman Putrajaya bagi membantah tuntutan Paderi untuk menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu
Aktivis PAS turut hadir membawa amanat Nik Aziz
Diantara yang turut hadir ialah wakil dari UMNO dan PAS termasuk beberapa NGO lain seperti PERKASA, JATI dan sebagainya. Pemimpin PKR tidak kelihatan..
Peserta bersolat hajat memohon perlindungan dari Allah S.W.T semoga kesucian Islam terpelihara
Yang jelas kelihatan aktivis - aktivis yang setuju bahawa penggunaan kalimah Allah ini tidak wajar digunakan oleh orang lain bagi mengelakkan terpesong akidah umat Islam di Malaysia



AMRAYY

Tuesday 4 March 2014

#amrayylensa : Azizul Tenang Jawab Soalan Pendakwa

STOCKHOLM : Hari ketujuh perbicaraan pasangan Shalwati Nurshal dan Azizul Raheem Awalludin yang didakwa di Mahkamah Daerah Solna atas tuduhan memukul keempat-empat anak mereka antara tahun 2010 hingga tahun 2013 semalam menyaksikan giliran Azizul dipanggil memberikan keterangan.

Azizul yang memakai baju kemeja berwarna hijau lengkap bertali leher dan berkot hitam dipanggil bagi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa sebaik sahaja Mahkamah bermula pada jam 9 pagi.

Perbicaraan yang dijalankan dalam Bahasa Sweden dengan diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh jurubahasa itu dimulakan dengan Azizul diminta untuk menceritakan mengenai latar belakangnya bermula dengan diri, keluarga, isteri dan anak-anaknya.

Beliau yang ditahan reman sejak 18 Disember tahun lalu sempat berkongsi saat manis menceritakan bagaimana isterinya, Shalwati menghantar anak-anaknya ke sekolah setiap pagi dengan menaiki pengangkutan awam.

Saat ditanya adakah dia pernah melakukan kekerasan terhadap empat orang anaknya, Azizul menafikan perkara tersebut. Azizul yang mengaku mengamalkan cara didikan tegas bagaimanapun berkata dia telah mengurangkan ketegasan tersebut sewaktu berpindah ke Sweden kerana dikejutkan dengan situasi sedih yang berlaku sewaktu mendaftarkan persekolahan anak ketiganya, Adam.

Mengulas mengenai insiden tersebut, Azizul kedengaran tersekat-sekat sambil ada ketikanya menundukkan muka sementara Shalwati yang memakai baju dan tudung berwarna merah dilihat mula mengesat air mata.

Seluruh mahkamah juga merasa hiba apabila Azizul menerangkan dia terkesan dengan situasi yang mana Adam tidak dibenarkan untuk didaftarkan di sekolah biasa sebaliknya diminta ke sekolah khas (slow learner) akibat daripada disleksia yang dialaminya.

Azizul yang menggelar Adam sebagai ‘streetsmart’ mengatakan akibat insiden itu, dia mengurangkan ketegasan bagi mengelakkan tekanan terhadap anak-anaknya terutamanya Adam.

Saat ditanya mengenai insiden-insiden pukulan yang didakwa dilakukan oleh beliau, Azizul menafikan ada memukul anak-anaknya di muka, belakang badan dan tangan sebaliknya menyatakan dia hanya memberikan pukulan ringan sebagai pengajaran kepada anak-anaknya agar tidak mengulangi kesilapan yang sama dan bukannya berniat mencederakan atau mendatangkan kesakitan.

Azizul yang ditanya berkaitan empat insiden di mana dia dikatakan memukul anak-anaknya menerangkan insiden pertama berlaku ketika di meja makan sewaktu menikmati makan malam yang mana Azizul berkata ianya adalah mustahil untuk beliau memukul Ammar ketika itu kerana tempat duduk anak keduanya itu berhadapan dengannya dan kedudukan itu tidak memungkinkan Ammar dipukul.

Insiden kedua pula dikatakan berlaku apabila Azizul menggunakan rotan sewaktu mengajar anak-anaknya mengaji al-Quran. Azizul menegaskan ianya tidak berlaku kerana kayu nipis yang dikatakan sebagai alat memukul itu hanya digunakan sebagai penunjuk dan jika digunakan untuk memukul sekalipun, ia tidak mendatangkan kesakitan atau kesan.

Selain itu, terdapat juga insiden yang berlaku di dalam kereta di mana Azizul dikatakan memukul Ammar yang bertengkar dengan Aisyah sewaktu dalam perjalanan ke sekolah. Azizul menafikan kejadian tersebut dengan menceritakan dia hanya menyentuh bahu Ammar dan memintanya berhenti berbalah dengan kakaknya.

Sewaktu kejadian itu, Azizul yang sedang memandu terdengar anak-anaknya bertengkar apabila Ammar yang duduk di bahagian depan menggerakkan kerusinya jauh ke belakang mengakibatkan Aisyah yang duduk di tempat duduk belakang tersepit. Aisyah yang beberapa kali meminta Ammar membetulkan kerusinya tidak dihiraukan menyebabkan Azizul menghalang dan meminta Ammar untuk membetulkan kerusinya.

Pegawai Pendakwa yang sentiasa cuba membuktikan Azizul ada memukul anaknya ketika ini bertanya mengenai kejadian Ammar dipukul semasa hari halloween. Azizul yang kelihatan tenang bagaimanapun menjawab mereka tidak menyambutnya kerana ia tidak dibenarkan di dalam Islam. Oleh itu, dia tidak tahu bilakah hari tersebut selain menyatakan kejadian ini tidak pernah berlaku.

Ketika ditanya bagaimana dia menzahirkan perasaan marah, Azizul menjelaskan kebiasaannya dia akan meninggikan suara selain membuat bunyi sama ada mengetuk meja atau tangga. Ada ketikanya dia turut memutuskan talian internet dan membuat kiraan sebagai amaran kepada anak-anaknya.

Perbicaraan bersambung 5 Februari 2014.
AMRAYY