Showing posts with label #PuteriUMNO. Show all posts
Showing posts with label #PuteriUMNO. Show all posts

Monday 16 December 2013

KERANA MENYOKONG KERAJAAN ISTERI CANTIK DITINGGAL SUAMI

Kisah benar ini aku ceritakan melalui pengalaman hidup seorang sahabat yang amat rapat dengan aku.. Pagi ini bila aku terjaga dari tidur, teringat pertemuan aku dengan Mira (bukan nama sebenar) di sebuah Shopping Complex di ibu kota 2 minggu yang lalu. Oleh kerana memang rapat semenjak tahun 1998 dan satu tempat kerja dengan aku pada satu masa dulu, diceritakanlah kisah hidupnya yang bahagia telah hancur kerana menyokong politik kerajaan..

gambar hiasan
Mira seorang gadis yang amat peramah dan senang berkawan.. Mira berkahwin pada tahun 2000.. Selepas berkahwin, Mira masih lagi bekerja untuk menyara keluarga memandangkan suaminya tidak bekerja.. Selepas setahun mendirikan rumahtangga, Mira di kurniakan seorang anak lelaki.. Pada awal perkahwinan, Mira sangat bahagia.. Namun, selepas dua tahun perkahwinan Mira, timbul satu demi satu masaalah.. Masalah ini timbul selepas Mira mula bergiat di dalam Persatuan Puteri UMNO.... Mira sering dipukul dan di maki setiap kali balik dari mesyuarat Puteri.. Mira juga di paksa keluar dari persatuan Puteri UMNO kerana suaminya tidak suka Mira aktif dalam persatuan.. Ketika Mira menceritakan hal ini pada aku, aku jadi pelik.. Takkan disebabkan Mira aktif dalam Persatuan Puteri menyebabkan suaminya marah padanya.. Lalu aku pun meminta Mira menceritakan apa sebabnya yang membuatkan suaminya marah dia bergiat aktif didalam Persatuan Puteri UMNO...

Mira pun memulakan bicaranya...

Mira mula menyertai Persatuan Puteri UMNO selepas 2 tahun dia berkahwin.. Suami Mira pun mengetahuinya dan tidak pun membantah.. Mira pun teruslah bergiat aktif didalam persatuan.. Setelah beberapa bulan bergiat didalam persatuan Puteri, suami Mira sudah mula berubah laku.. Mira di paksa keluar dari persatuan.. Mira juga di pukul setiap kali pulang dari mesyuarat persatuan.. Tapi Mira tetap juga bergiat aktif dalam persatuan.. Kadang-kadang ketika Mira sedang mesyuarat, suaminya menghantar sms memaki hamun Mira kerana masih lagi bergiat dalam persatuan.. Pada mulanya Mira bingung juga kenapa suaminya marah dia bergiat aktif didalam persatuan Puteri UMNO sedangkan ketika mula-mula dia mendaftarkan diri sebagai ahli Puteri, suaminya tidak membantah dan tidak pun melarang..
gambar hiasan
  Setelah diselidiki rupa-rupanya suaminya adalah ahli persatuan Puak chai-chai PEMBANGKANG.. Suaminya mula bergiat aktif sama seperti Mira mula bergiat aktif di dalam persatuan Puteri UMNO.. Akibat terlalu taksub dengan segala yang diceritakan oleh pihak pembangkang, suaminya mula percaya bahawa UMNO adalah parti yang tidak relevan.. Oleh sebab itu, Mira dipaksa keluar dari persatuan Puteri UMNO oleh suaminya.. 

Namun begitu Mira tetap tidak berganjak dari keputusan yang Mira buat.. Mira tetap aktif dalam persatuan walaupun suaminya tidak suka.. Mira tetap pergi menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh persatuan.. Mira juga semakin aktif dan komitmen dalam persatuan.. Disebabkan kedegilan Mira yang tetap tidak mahu keluar dari persatuan dan sering keluar menghadiri mesyuarat persatuan, Mira sekali lagi di pukul oleh suaminya.. Mira juga dimaki hamun didepan orang ramai dan turut menerima sms yang mengeji tindakan Mira oleh suaminya..

Suami Mira juga semakin aktif didalam persatuan pihak pembangkang.. Semakin lama semakin teruk tingkah laku suaminya akibat terlalu taksub dengan segala cerita pembangkang.. Suaminya semakin tegas menyuruh Mira keluar dari persatuan Puteri.. Bila Mira menyatakan yang dia tidak akan keluar dari persatuan, Mira akan dipukul dan di maki hamun oleh suaminya..

Akhirnya...

gambar hiasan
Suami Mira meninggalkan Mira bersama anaknya kerana tidak berjaya mematahkan semangat Mira dalam bergiat aktif didalam persatuan Puteri UMNO.. Akibat terlalu taksub dengan cerita pembangkang yang didengar dan dipercayai seratus peratus oleh suaminya, Mira dan anaknya di tinggalkan.. Mira rasa teramat sedih diatas sikap suaminya itu.. Mira tak tau apa yang diceritakan oleh pihak pembangkang pada suaminya sehingga suaminya benci padanya sedangkan dia hanya bergiat aktif didalam persatuan dibawah naungan UMNO.. Tapi nasi sudah pun menjadi bubur.. Tiada apa yang dapat Mira lakukan lagi.. Mira terpaksa terima kenyataan atas setiap apa yang berlaku.. Kini Mira hidup bersama anak lelakinya tanpa suami di sisi dan Mira masih lagi bergiat aktif dalam persatuan Puteri UMNO.. Segala yang berlaku tidak pernah mematahkan semangat Mira untuk terus bergiat didalam persatuan Puteri UMNO..
gambar hiasan
Walaubagaimanapun aku sentiasa memberi perangsang kepada Mira supaya dia tabah menghadapi rintangan hidup ini. Musuh kita sekarang dimana-mana sahaja. Tidak mustahil kadang-kadang kawan baik, keluarga dan sesama politik. Suka aku mengingati dan mengulangi nasihat sahabat aku Uncleseekers iaitu "Manusia yang paling bodoh adalah manusia yang dipatuk ular yang sama, pada lubang yang sama" Renung-renungkan dan selamat beramal.!!

AMRAYY


Sunday 15 December 2013

BERTEMU PENULIS BUKU TERKENAL DARI IRAN DI JANDA BAIK

Manusia yang paling bodoh, adalah manusia yang 2 kali dipatuk ular yang sama di dalam lubang yang sama.!! #uncleseekers #santai #Lifestyle
Kata-kata ini adalah nasihat dari Uncle kepada aku, supaya sentiasa beringat dimasa-masa akan datang. Terima kasih Uncleseekers.!!!
Feireydon bersama penulis

#Santai #Uncleseekers #JandaBaik Bersama dgn penulis buku terkenal dari Iran Feireydon 65. Beliau menceritakan pengalamannya menjadi penulis dan menjadi Photographer sewaktu beliau terlibat dalam perang antara Iran dan Iraq. Banyak juga photo2 menyayat hati yg beliau abadikan dan tunjuk dgn sy sewaktu beliau bertugas semasa peperangan Iran Iraq berlaku. Dari riak wajahnya sy berpandangan kerinduan beliau terhadap sahabat2nya yg mati syahid di medan perang tidak akan dilupakan.!! Semoga roh2 mereka yg syahid di tempatkan dikalangan org2 yg beriman.!! Amin.!!
Terima kasih kepada Uncleseekers kerana menghadiahkan aku senaskah Al Qur'an dalam bentuk terjemahan cara Lafzhiyah. 
Layan..

Perang Iran-Iraq
Perang Iran-Iraq juga dikenali sebagai Pertahanan Suci dan Perang Revolusi Iran di Iran, dan Qadisiyyah Saddam (قادسيّة صدّام,Qādisiyyat Saddām) di Iraq, adalah perang di antara Iraq dan Iran yang bermula pada bulan September 1980 dan berakhir pada bulan Ogos 1988. Umumnya, perang ini dikenali sebagai Perang Teluk Parsi sehinggalah Konflik Iraq-Kuwait tercetus pada awal 1990-an, dan untuk beberapa ketika dikenali sebagai Perang Teluk Parsi Pertama.

Peperangan ini bermula apabila Iraq menceroboh sempadan Iran pada 22 September 1980 berikutan perbalahan sempadan yang berterusan dan juga desakan penggulingan rejim Saddam Hussein. Walaupun kerajaan Iraq tidak mengeluarkan sebarang amaran rasmi perang, tenteranya gagal dalam kemaraan mereka di Iran dan akhirnya serangan mereka berjaya ditangkis Iran. Sungguhpun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyeru untuk gencatan senjata, pertempuran tetap berterusan sehingga 20 Ogos 1988. Manakala, tawanan perang terakhir ditukar pada tahun 2003.

Kesan peperangan mengubah politik serantau dan dunia. Ia juga turut menyaksikan penggunaan senjata kimia oleh tentera Saddam ke atas pasukan Iran dan juga etnik Kurdish Iran.

P/S : sekadar mengimbas kembali sejarah peperangan yang meragut nyawa manusia..

AMRAYY