Showing posts with label #MAS. Show all posts
Showing posts with label #MAS. Show all posts

Sunday 9 March 2014

#MH370 #amrayylensa JANGAN DENGAR DAN SEBAR SPEKULASI NASIB PESAWAT MH370


Hishamuddin diiringi Ahmad Jauhari (kiri) menjawab pertanyaan pemberita pada sidang media di Putrajaya, semalam.

Putrajaya: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menafikan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang ditemui terhempas di perairan selatan Vietnam.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Wisma Putra maklumat itu didapati tidak benar.“Ada juga berita yang disebarkan kata pesawat mendarat cemas di Nanning dan juga ada yang kata pesawat terhempas di sebuah pulau di selatan Vietnam.. ini semua tidak benar dan sudah disahkan DCA,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan sudah menggerakkan semua aset tentera udara, darat dan laut bagi operasi mencari dan menyelamat pesawat MAS itu dengan kawasan carian tertumpu di perairan Laut China Selatan berdekatan sempadan Malaysia/Vietnam.

Bantu operasi menyelamat Katanya, kerajaan juga mendapatkan kerjasama China, Vietnam dan Filipina untuk membantu operasi mencari dan menyelamat.“Pihak ketenteraan dan DCA juga menafikan bangkai pesawat MAS berkenaan dijumpai di perairan Vietnam. “Aset ketenteraan negara sudah digerakkan ke perairan Vietnam, namun setakat ini tiada sebarang penemuan bangkai pesawat dilaporkan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga memutuskan untuk mewujudkan pusat koordinasi operasi bagi menyalurkan maklumat terkini b erhubung kehilangan pesawat berkenaan. “Maklumat terbaharu berhubung kejadian akan dikemas kini setiap dua jam. “Ini bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat tepat mengenai kejadian itu dan tidak mendengar spekulasi yang disebarkan pelbagai pihak,” katanya.

Selain itu, Hishammuddin berkata sehingga jam 3 petang, MAS sudah menghubungi hampir 80 peratus ahli keluarga penumpang pesawat berkenaan.
AMRAYY