Showing posts with label #Bencana. Show all posts
Showing posts with label #Bencana. Show all posts

Tuesday 10 December 2013

VIDEO ANWAR IBRAHIM BUAT PERTUNJUKAN DI LUAR NEGARA - United States..LAWAK DOHH.!!!


Para penyokong Pakatan Rakyat yang begitu bijak mencari salah dan mengintai setiap orang pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dalam isu banjir. Semua pemimpin UMNO dipersoalkan kerana banjir yang melanda Pantai Timur serta sebahagian Negeri Sembilan dan Johor, sewaktu UMNO sedang mengadakan Persidangan Agung di PWTC.
 EHH...!!! NI SAPE EK??? BANJIR SEKARANG BRO.!! RAKYAT SENGSARA.!! LU PERGI LUAR NEGERI BERSUKARIA KAT LUAR NEGARA.!! ADAKAH PATUT.?? LU PIKIRLAH BRO.!!



AMRAYY

VIDEO: Menteri Besar Pahang Bawa Helikopter Bantu Mangsa Banjir Pahang

NAK BUKTI PEMIMPIN TAK MEMBELA RAKYAT LAGI KE???
Puak-puak Pakatan Pembangkang buka mata besar-besar sikit.!!!
Layan bro.!!! Lu pikir lah sendiri .!!!
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." 
(AL-Hujuraat Ayat 6)

AMRAYY

Monday 9 December 2013

Bila Raja Pahang Mencemar Duli Turun Ke Padang Membela Rakyat


"Raja dan Rakyat Berpisah Tiada" Tengku Puan pahang Masak Tengku Mahkota Pahang Edarkan.

"Raja dan Rakyat Berpisah Tiada" satu ungkapan yang sangat indah bagi menggambarkan betapa kita orang-orang Melayu bertuah kerana mempunyai Raja-Raja Melayu yang tidak menjadikan "DARJAT" sebagai penghalang kepada mereka untuk mendekati dan bersama membantu rakyat yang dalam kesusahan.
Menjadi satu kewajipan bagi mereka untuk turut serta dalam usaha-usaha yang dilakukan untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan.
Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang sendiri sebagai contoh, langsung tidak berasa kekok untuk turut serta. Tengku Puan boleh memasak untuk rakyat dan Tengku Mahkota pula boleh turut sama mengagihkan makanan. Tiada perasaan jijik dalam diri mereka kerana bagi mereka rakyat adalah sebahagian dari hidup mereka.



Gambar-gambar yang diambil bukanlah dilakonkan atau diedit tetapi adalah gambaran sebenar kejadian dan gambar sebenar kehidupan seorang Anak Raja yang selama ini menjadi bahan hinaan Cina-Cina DAp yang kurang ajar.

Bangsa melayu sendiri hari ini terpengaruh dengan "MISI-MISI GELAP" pembangkang yang mahu menjatuhkan Institusi Raja Melayu yang mereka tahu selagi ianya tegak berdiri selagi itulah mereka tidak akan dapat merampas negara ini dari tangan Orang Melayu.

Mereka menjadikan hak Raja-Raja itu sebagai bahan fitnah meraka untuk memberi kepada rakyat khususnya Bangsa Melayu yang Raja-Raja Melayu ini membazir dan bermewah-mewahan menghisap darah dan titik peluh rakyat.
Biar apapun kata mereka, biar apapun fitnah mereka, biar apapun rancangan mereka, kita sebagai Orang Melayu, Bangsa Melayu Beragama Islam tetap akan akan mempertahankan Kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Biar Hancur Badan Dikandung Tanah, Mengundur Pantang Sebelum Ajal Menjemput!! 
Daulat Tuanku!! Daulat Tuanku!! Daulat Tuanku!!

Sumber;Pena Dari Tanah Melayu
P/S: Atas pemintaan sahabat penulis untuk dikonsi ke dalam blog Amrayy_Lensa_Assault

AMRAYY