Tuesday 28 October 2014

Mariah Carey Habis RM65,000 Membeli Belah Di Kuala Lumpur



Tiba dua hari awal dari tarikh konsert beliau pastinya memberikan masa yang cukup buat penyanyi antarabangsa, Mariah Carey untuk aktiviti membeli belah di Kuala Lumpur sebelum membuat persembahan menghiburkan peminatnya di Malaysia malam ini.

Menurut laporan Kosmo!, Mariah Carey dikatakan telah menghabiskan sebanyak RM65,000 ketika beliau berbelanja di beberapa buah butik berjenama di pusat membeli-belah popular.

Penyanyi ini juga tidak keberatan untuk mengambil gambar bersama para peminat yang berada di sekitar pusat membeli belah itu dan berkongsikan detik di laman sosial termasuk sebuah video yang menunjukkan Mariah Carey mesra melayan peminatnya.

Mariah Carey pernah hadir untuk sebuah konsert di Malaysia pada tahun 2004 yang lalu dan kali ini beliau hadir untuk menjayakan jelajah konsert The Elusive Chanteuse Asian Tour 2014 di Stadium Merdeka yang sebelum ini singgah di China & Jepun.

AMRAYY

No comments: