Saturday 23 August 2014

#MH17 Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 berjaya satukan rakyatMalaysia - PM





PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 semalam berjaya menyatukan rakyat sebagai sebuah negara bangsa walaupun berdepan dengan pelbagai dugaan.

Perdana Menteri berkata, istiadat itu amat signifikan kepada semua lapisan rakyat Malaysia dalam merapatkan barisan walaupun ditimpa dugaan dan rintangan.

"Kalau kita merapatkan barisan, bersatu hati dan membulatkan tekad tiada apa yang tidak boleh ditempuhi, jika kita berdiri atas prinsip kebenaran orang akan menhormati kita walaupun kita (Malaysia) bukan kuasa besar," katanya di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Parlimen Pekan yang diadakan di Taman Tasik Sultan Bakar di sini, sebentar tadi.

Turut hadir ialah kepimpinan UMNO Bahagian Pekan.

Najib juga mahu rakyat Malaysia menjadikan tragedi MH17 dan MH370 sebagai iktibar serta melihat hikmah diberikan Allah SWT.

"Kita kena tambah keimanan, ketaqwaan dan memohon doa kepada Allah... tetapi sebelum itu kita mesti berikhtiar serta berusaha kerana ia dituntut oleh Allah.

"Itu menjadi panduan kepada saya walaupun tidak tidur pada bulan Ramadan (bagi menyelesaikan tragedi MH17 termasuk berunding dengan puak pemisah)," katanya.

AMRAYY

3 comments:

Anonymous said...

banyak perkara kurafat yang menjadi kesukaan najib dan menteri menterinya dalam hal ini ditambah lagi pihak menteri menteri ini boleh senang mengambil dana negara tanpa sebarang ganguan.NANTI AKAN KELUARLAH CERITA DUIT NEGAR HABIS DIGUNAKAN UNTUK KERAIAN SAPERTI INI.INILAH YANG YANG JELAS YANG DIBUAT PERTUALANG NEGAR INI

gua melayu beb said...

Dlm hal MH17,tidak ada rakyat Malaysia yg menganggap kes ini sbg kes politik.Tagedi yg berlaku blh berlaku kpd siapa saja.Bila kita bersedih dgn apa yg terjadi,bkn krn sokongan kpd Najib tp dr hati yg sedih dgn apa yg terjadi.Kita ni manusia yg msh punya hati dan perasaan.Cuma yg merasakan rakyat berpecah belah cuma Najib dn UBN je.Dan yg memecahbelahkan rakyat pun mereka

Anonymous said...

Mereka msh lg blm dpt mnyelami hati dan perasaan rakyat yg bencikn BN itu kenapa ? Mereka msh lg dibuai olek kuncu2 disekeliling mereka bahawa skrg rakyt sdh mula brsatuhati .. kononnya.
Mereka mnganggp diri msh didlm selamat hinggalh mnjelang PRU14.