Wednesday, 2 July 2014

TEROWONG BAWAH TANAH RUNTUH LAGI BRO...


KUALA LUMPUR: Sebuah terowong bawah tanah yang sedang dalam pembinaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Imbi berhampiran Jalan Pudu di sini, runtuh jam 10.38 pagi tadi, menyebabkan laluan di situ jerlus sepanjang hampir 19 meter.


Dua jentera bomba bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat

 Gambar diambil sewatuk aku berdiri di Station Times Squere
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata akibat kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, laluan di Jalan Imbi terjerlus sepanjang 19 meter tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Laporan awal mendapati ia kemungkinan berpunca daripada paip besar SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) yang pecah, namun siasatan masih dijalankan," katanya di tempat kejadian.


Susulan kejadian itu juga, Perkhidmatan KL Monorail dari stesen Hang Tuah ke Stesen Imbi terpaksa dihentikan akibat runtuhan bawah tanah berdekatan dengan tiang monorel di simpang empat Jalan Imbi berkenaan.- 2/7/14
 P/S: Nasib baiklah aku dan isteri selamat..Tiap-tiap pagi aku lalu jalan ni untuk hantar isteri aku kerja di Times Squere. Selalunya aku akan melalui jalan ini dalam jam 8:50am. Nampaknya esok aku ikut jalan lain lah..Bahaya bro..!!
AMRAYY

1 comment:

Anonymous said...

Some may interested this documentary films that shows the ancient tribes and the growth of human civilizationand relates to the ancient civilization all over the world.

Ancient Civilization Documentary