Monday 5 May 2014

#GST Sistem Cukai Progresif, Bukan Bebankan Rakyat


PUTRAJAYA #amrayylensa - Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sistem percukaian yang progresif dan pengenalannya bukanlah untuk membebankan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata penerangan berhubung GST, yang telah dilaksanakan kira-kira 90 peratus negara di dunia, perlu digiatkan supaya rakyat benar-benar faham dan tidak melulu membantah tanpa mengetahui tujuan dan asas sistem pencukaian berkenaan.

“Kita mesti terangkan kepada rakyat bahawa ramai yang tidak bayar cukai. Saya tahu sebagai Menteri Kewangan ramai yang tidak bayar cukai atau bayar sikit daripada yang sepatut dibayar.

“Dengan adanya sistem ini, ia lebih progresif kerana ia bergantung kepada banyak mana perbelanjaan kita dan dengan cara seperti ini dengan langkah kita mengecualikan cukai pada barang-barang keperluan rakyat maka pengenalan GST ini tidaklah membebankan rakyat,” katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Najib berkata kerajaan akan melihat dan memperincikan lebih banyak barangan dan produk yang boleh dikecualikan daripada GST tanpa menjejaskan perluasan asas hasil.

Beliau berkata melalui pelaksanaan GST itu kerajaan akan mampu memacu pertumbuhan yang lebih tinggi untuk negara dan mampu membina lebih banyak
infrastruktur dan keperluan asas di bandar dan luar bandar.

“Sebab jika kita tidak membina infrastruktur lebih moden, kita akan kehilangan kelebihan kompetitif,” jelas Najib.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa negara memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk modal insan kerana ia juga merupakan faktor kritikal dalam soal kekuatan kompetitif mana-mana negara.

“Selain itu hasil pencukaian juga perlu untuk bidang kesihatan kerana terdapat keperluan untuk menambah hospital, peralatan dan sebagainya yang
menjadi perkara mendesak untuk rakyat,” katanya.

Najib berkata dengan tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kebajikan penjawat awam sebanyak 1.5 juta orang, negara memerlukan hasil negara yang mencukupi.

“Itulah langkah dan falsafah yang dipegang oleh kerajaan yang ada pada hari ini dan saya percaya dengan langkah seperti ini akan membolehkan mengangkat kedudukan negara kita seperti yang diimpikan bersama,” katanya.

GST akan diperkenalkan pada April 2015 pada kadar enam peratus bagi menggantikan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus.

Najib berkata sistem pencukaian GST telah lama dikaji oleh kerajaan dan telah diguna pakai kira-kira 90 peratus negara di dunia ini.

“Kalau sistem ini sudah terbukti (negara lain), tentu sekali bagi kita di Malaysia, kalau kita guna sistem GST ini, kita mestilah akan dapati ini adalah sistem yang adil, progresif dan boleh diterima oleh rakyat,” katanya. – BERNAMA

AMRAYY

4 comments:

Anonymous said...

tak jd masalah klu ko nak jadi macai BN..ke UMNO ke...tp jdlah macai yg cerdik...bukan macai bangang mcm tak sekolah. gst bukan progresif...bahkan pikir utk kenakan gst pada rakyat tu je dah tak progresif. bila pikir nak cari revenue je kerajaan terus pikir apa bole dpt dr rakyat...pikirlah utk cari idea lain selain 'berniaga' dgn rakyat...takkan kerajaan ni bangang sgt??

Anonymous said...

Jom kita buat Himpunan 1 Juta Sokong GST tunjuk sikit betapa ramai rakyat Malaysia sokong kita.

Anonymous said...

Pada macai PR..jgn la nk kondem kerajaan je..selame ni kerajaan yg memperjuang hak melayu..GST ni bagus utk rakyat kita..baik miskin ke kaya..yg rasa beban skng adalah pemborong/pembekal/penjual yg majoriti ye kaum CINA..jadi dia orang hasut rakyat yg bodoh mcm macai PR supaya menyalahkan kerajaan.

Anonymous said...

sst xsemua barang dikenakan...jadi jgn nk compare sgt sial..
bangang macal najib ni..
najib salah sekor yg paling bangang..
bini pown xboleh urus..bukan bini je..family pown xpndai urus..
ni nk urus negara plak..