Monday 5 May 2014

#GST - #amrayylensa - SEDIKIT PENCERAHAN MENGENAI GST. ORANG BAGI PENERANGAN, BACA LAH.!! BILA TAK FAHAM BUAT DEMO LAGI DI DATARAN


Apakah itu GST..???
- GST = CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (Goods and Service Tax)

- Masakini kita byr 2 cukai atas setiap barangan / perkhidmatan yg kita beli / guna iaitu :
cukai jualan. (5%) dan cukai perkhidmatan ( 10%);
ini akan dimansuhkan dn digantikan dengan GST.

Mengapa kerajaan melaksanakan GST? 
- Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada. Ini adalah kerana cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan.

- Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.

Apakah kadar GST? 
- Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%. Kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.

Bilakah GST akan berkuatkuasa? 
- Mulai 1 April 2015.

Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan. Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal?

- Tidak semestinya, harga brg akn mnjadi lebih murah kerana kadar cukai GST hanya 6% berbanding cukai sblm ini 16%.

- Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.

- Barangan makanan asas tidak dikenakan GST (beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan)

- Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna.

- Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: kesihatan, perkhidmatan Pengeluaran passport, pembelajaran di sekolah.

- Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya.

- Jual beli dan sewa rumah kediaman

- Perkhidmatan kewangan terpilih

Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?

- pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini disediakn kerajaan.

- Pertama, Kerajaan akan memberi bantuan tunai sekali RM300 kepada penerima BR1M.

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama?

- Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai.

- Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu akan dikaji.

Pendapatan bercukai dinaikkan kepada:

- melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%

Bagaimana pula dengan perniagaan?

- Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016

- Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016

- Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015 dan potongan cukai bg yuran kesetiausahaan

- Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015

- Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015

- Geran latihan GST RM100 juta Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan

Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian?

- Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST.

Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST?

- Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa GST terbukti ialah" telus, berkesan dan sistem cukai yang adil"

Adakah harga barangan naik?
- Pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.

- Perubahan harga barang atau Perkhidmatan amat minimun apabila GST dilaksanakan, Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.

Apa yang penting:
# GST bukan cukai baru, tetapi mnggntikn cukai jualan & perkhidmatan. Masakini rakyat dh byr 2 cukai tu.

# GST mngmbilkira pola prbelnjaan mngikut kategori pndptn. Mkn & kprluan asas tdk dikenakn cukai.

# GST bukan kos kpd perniagaan

# IHP=INDEKS HARGA PENGGUNA akn turun bg sesetgh brngan/ perkhidmatan spt Pakaian, kasut, Hiasan, perkakas rumah, penyelenggaraan, Komunikasi

# IHP MENINGKAT seperti Minuman beralkohol & tembakau, Pendidikn swasta,"Restoran dn hotel

# GST bg mnggntikn kelemahan dlm kutipan cukai selama ini:
Spt cukai bertindih, ketirisan,dll.

# GST tdk meningkatkn kos perniagaan krn ia adalh cukai kepenggunaan. Cuma akibat penambhbaikn sistem cukai ini peniaga mngkin x trlepas dn trpaksa byr - itu yg dikatakn meningkt agaknya

# GST DIKENAKN ATAS:
- Setiap prngkt pengedaran
- atas nilai tambah
- Atas brgn dn perkhidmtan yg diimport
- Atas jualan brg dan perkhidmatn di Malaysia

# GST JUGA DIKENALI SBG VALUE ADDED TAX ( VAT) ATAU CUKAI NILAI TAMBAH.

# GST (VAT)
Cukai penggunaan yg dikenakn ke ats aktviti nilai tmbh pd setiap prngkat rangkaian pengedaran semua brg dn perkhidmtn melainkn yg dikecualikn oleh krajaan.

# Perlaksanaan GST merupakn slh satu lngkh yg diambil kerajaan bg mnyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih brkesan, saksama, efisien dn telus serta dpt mengelakkn berlakunya:
1) cukai terselindung
Kesan: cukai jualan yg dibyr di prngkt pengilngn tlh mnjd kos kpd pmborong dn peruncit, mk ianya tlh diambilkira di dlm pengiraan margin keuntungan

2) cukai bertindih - berlaku dlm 2 keadaan
a) cukai bertindih di bwh sistem yg sama, iaitu smada cukai jualan atau cukai prrkhdmtn
Kesan: pggn trpksa membayar harga lebih mahal krn cukai perkhidmtn yg d kenakn mrupakn sbhgn kos menyediakn perkhidmtn kpd pggn,

b) cukai bertindih di bwh sistem cukai yg berlainan iaitu brngn berkenaan dikenakn cukai brgn serta perkhidmatan
Kesan: pengguna terpksa mmbyr hrga lebih mhl krn cukai jualn merupakn sbhgn drp kos yg akn dimasukkn ke dlm hrga jualan dn dikenakn cukai perkhidmtn apabila menyediakn prkhidmtn kpd pggn.

# Pndgn mrk yg skrg x byr cukai penggunaan trutama golongn miskin trpksa byr cukai penggunaan bila GST dilaksanakn (tuduhn pmbngkng)
- Sbnrnya rakyat tnpa mngira kelas pendptn sebenarnya tlh mmbyr cukai jualan dn perkhidmtn ke ats perbelnjaan harian mrk.

- Namun cukai yg dibyr ini trutamanya cukai jualan tidak kelihatan di dlm inbois atau resit krn ia terselindung di dlm harga brngn.

- Sbg contoh setiap RM100 yg diblnjakn oleh golongn miskin, sebnyk RM 2.38 adalh utk cukai. Ttp apabila GST dilksanakn dn dikenakn pd 4% beban cukai yg ditanggung akn menurun kpd RM 2.17 shj. Ini merupakn pnjimatan di dlm perbelnjaan harian mrk.

# Adakh GST akn mnybbkn hrga brgn dn perkhidmtn naik?
IHP akn mnurunkn mngalami penurunan sbnyk 0.10% . Hrga bg 8 komponen turun:
- Pelbgai brngn dn prkhidmtn
- Restoran dn hotel
- Komunikasi
- Pengangkutan
- Hiasan, perkakasan & penyelenggaraan
- Perumhan, air, elektrik, gas, & bhn api
- Pakaian dn kasut
- Minuman alkohol dn tembakau

# Apa peranan pengguna:
- Mmbuat perbndingn hrga sblm brbelnja
- Sentiasa merujuk kpd panduan harga pgguna
- Melaporkn apa2 kenaikn hrga yg tdk munasabah kpd pihak yg berwajib atau persatuan pengguna
- Berbelnja scra berhemah

4 comments:

kiedentec said...

cukai gst adalah cukai mengikut pembelian barang, 1 barang berharga rm 1 dibeli cukainya 4%, 10 barang dibeli berharga rm10 cukainnya tetap 4% tanpa diskaun. berbanding dengan sekarang kita boleh dapat potongan harga dengan pembelian borong kalau kita beli 10 rm 10 barang pembekal akan bagi potongan harga sebanyak rm 1 dan harga perlu dibayar hanyalah rm9,itulah keuntungan cukai konvesional. Bagi peniaga apapun cukai dikenakan harganya akaan dikenakan pada pelanggan. jadi mengapa bayar lebih......

Anonymous said...

Admin tolong komen pasal cukai terselindung, setengah pihak (pr) claim gst ni sebenarnya dikenakan pd 5 peringkat. Pengeluar, pengilang, pemborong, peruncit dan pguna. 6%×5=30%

Anonymous said...

Ini saja penerangan GST??? Baru 10% Bro...kesan GST kepada rakyat byk..Jgn ingt kita hebat bleh terang GST hanya mukadimah sj tapi x paham secara detailed kesan yang datang.

mannhermans said...

Makan nasi dgn garam Jr lh