Wednesday 2 April 2014

PENCACAI PR TOLONG BUKA MATA.!! Pelaksanaan Projek Lebuh Raya Kota Baharu-Kuala Krai Bukti JanjiDitepati - Muhyiddin

KOTA BAHARU, 1 April #amrayylensa Pelaksanaan projek lebuh raya Kota Baharu- Kuala Krai hari ini adalah bukti benarnya slogan "janji ditepati" oleh kerajaan persekutuan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pembinaan lebuh raya itu, katanya adalah antara tujuh janji diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk rakyat Kelantan dalam lawatannya ke negeri itu pada 20 Jan tahun lepas.

"Ini bukti jelas apa yang disebut oleh Perdana Menteri dalam lawatan ke Kelantan sebelum pilihan raya (umum ke-13) dulu kita laksanakan, walaupun ia dibuat secara berperingkat-peringkat, pastinya kita tidak akan buat setakat itu sahaja, kita akan buat hingga selesai lebuh raya ini," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau sebelum itu merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Lebuh Raya Kota Baharu-Kuala Krai bagi pakej 1B: Pasir Hor ke Kadok di sini, hari ini.

Projek lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai sepanjang 73.5 km dengan anggaran kos RM1.8 bilion. Pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok di sini, sepanjang tujuh kilometer melibatkan kos RM168.5 juta, merupakan fasa pertama daripada tiga fasa pembinaan.

Pembinaan pakej 1B dijangka disiapkan dalam tempoh tiga tahun iaitu pada April 2017.

Muhyiddin berkata walaupun mengambil masa untuk menyiapkan sepenuhnya lebuh raya itu, kerajaan persekutuan akan tetap menyiapkannya kerana ia sudah lama diidam-idamkan oleh rakyat Kelantan.

"Projek seperti ini sudah lama diidam-idamkan oleh orang Kelantan sebab itu Perdana Menteri buat komitmen dan kita laksanakan," katanya sambil menambah bahawa lebuh raya itu bebas bayaran tol (percuma).

Ditanya mengenai cadangan kerajaan PAS Kelantan yang juga mahu membina lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai, Muhyiddin berkata kerajaan negeri menyatakan kesediaan bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk pembinaan lebuh raya itu, yang jajarannya disediakan oleh kerajaan pusat, bagaimanapun setakat ini tidak ada perbincangan mengenai cadangan itu.

"Saya diberitahu ada fasa pembangunan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri, kita harap mereka boleh laksanakan tetapi bahagian di bawah kerajaan pusat telah kita laksanakan, terserah kepada kebijaksanaan kerajaan negeri untuk laksanakan," katanya.

Beliau berkata pelaksanaan projek pembinaan lebuh raya itu sehingga siap melibatkan tempoh masa Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan RMK-11. Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan persekutuan tidak menghalang kerajaan negeri untuk melaksanakan projek infrastruktur di negeri itu malah beliau menyokong usaha itu demi faedah rakyat.

Mengenai pelaksanaan enam lagi projek pembangunan yang diumumkan perdana menteri sebelum ini, beliau berkata pelaksanaannya adalah mengikut keperluan dan keutamaan dan perdana menteri akan membuat keputusan mengenai perkara itu.

Enam projek itu adalah pembinaan stadium baharu, masjid terbesar, perumahan rakyat, sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek bagi menyelesaikan masalah air.

Terdahulu semasa berucap pada majlis itu, Muhyiddin yang sedang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Kelantan, berkata dalam RMK-10 kerajaan persekutuan memperuntukkan RM2.5 bilion untuk membiayai 116 projek pembangunan di Kelantan dan sebanyak 77 daripada jumlah projek itu telah siap sepenuhnya.

"Baki 39 projek kini dalam pelbagai peringkat seperti reka bentuk, perolehan dan juga dalam pembinaan," katanya.

Katanya 50 daripada 116 projek pembangunan itu melibatkan projek jalan dan jambatan.

"Tanggungjawab kerajaan persekutuan ini tidak hanya terbatas kepada pembinaan atau menaik taraf jalan sahaja, malah bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna, kerajaan persekutuan memperuntukkan RM26 juta setahun bagi menyenggara 1,261.22km jalan persekutuan sedia ada di Kelantan," kata Muhyiddin.

Beliau berkata projek seumpama itu merupakan contoh bukti kerajaan persekutuan sentiasa peka terhadap kehendak rakyat dalam usahanya untuk memperbaiki mutu kehidupan masyarakat di seluruh negara.

Katanya pembinaan lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai itu, merupakan sebahagian daripada projek Central Spine Road (CSR) di bawah pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), apabila siap akan membuka satu lembaran baharu dari segi rangkaian hubungan, aksesibiliti dan mobiliti di Kelantan.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Sementara itu, Fadillah berkata kerja pembinaan Fasa 1B lebuh raya itu melibatkan pembinaan jalan baharu empat lorong dua hala mengikut piawaian yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR) serta pembinaan laluan bertingkat sepanjang 400 meter dari Sungai Seribong ke Jalan Tiong di sini.

"Selain itu, enam buah jambatan yang merentasi jalan, sungai serta tali air akan dibina dan dijadual siap pada April 2017," katanya.

Beliau berkata pembinaan lebuh raya itu bertujuan mengatasi masalah lalu lintas terutama pada musim perayaan.

"Kita tahu yang jalan Kota Baharu ke Kuala Krai merupakan jalan utama yang kerap digunakan oleh pengguna jalan raya dan mempunyai kadar trafik yang tinggi," katanya.

Sebelum itu, Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, dalam ucapannya pada majlis itu berkata pihaknya akan memastikan pembinaan lebuh raya itu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, demi mengatasi kesesakan lalu lintas yang dihadapi rakyat.

Beliau berkata kini pelbagai usaha dibuat bagi memudahkan proses pembinaan lebuh raya itu termasuk proses mengambil balik tanah yang memerlukan kerjasama kerajaan negeri.

"Saya harap rakyat berterima kasih kepada kerajaan persekutuan yang sudi merealisasikan hasrat mereka yang telah lama menantikan saat ini (lebuh raya dibina)," katanya.

Sementara itu, Fadillah berkata kerja pembinaan Fasa 1B lebuh raya itu melibatkan pembinaan jalan baharu empat lorong dua hala mengikut piawaian yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR) serta pembinaan laluan bertingkat sepanjang 400 meter dari Sungai Seribong ke Jalan Tiong di sini.

"Selain itu, enam buah jambatan yang merentasi jalan, sungai serta tali air akan dibina dan dijadual siap pada April 2017," katanya.

Beliau berkata pembinaan lebuh raya itu bertujuan mengatasi masalah lalu lintas terutama pada musim perayaan.

"Kita tahu yang jalan Kota Baharu ke Kuala Krai merupakan jalan utama yang kerap digunakan oleh pengguna jalan raya dan mempunyai kadar trafik yang tinggi," katanya.

Sebelum itu, Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, dalam ucapannya pada majlis itu berkata pihaknya akan memastikan pembinaan lebuh raya itu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, demi mengatasi kesesakan lalu lintas yang dihadapi rakyat.

Beliau berkata kini pelbagai usaha dibuat bagi memudahkan proses pembinaan lebuh raya itu termasuk proses mengambil balik tanah yang memerlukan kerjasama kerajaan negeri.

"Saya harap rakyat berterima kasih kepada kerajaan persekutuan yang sudi merealisasikan hasrat mereka yang telah lama menantikan saat ini (lebuh raya dibina)," katanya.
BERNAMA
P/S: Usaha-usaha kerajaan pusat tidak pernah menganaktirikan negeri-negeri pembangkang, namun niat baik kerajaan pusat seringkali di salah tabsirkan oleh puak-puak yang tidak pernah bersyukur di atas pertolongan yang diberi. Bertaubatlah puak-puak yang berhati kotor.!!

AMRAYY

No comments:

Artikel,Video Dan Foto Mungkin Membantu Anda Dalam Pencarian Maklumat..!!!