Tuesday, 29 April 2014

MH370: JURUTERBANG DAKWA TEMUI PESAWAT TERHEMPAS !!!

#Terkini #amrayylensa


SEORANG juruterbang dari New York mendakwa telah menemui serpihan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu di lautan berhampiran pantai Thailand.


Michael Hoebel, 60, mendakwa telah menemui imej serpihan itu selepas membuat pencarian menerusi ribuan imej pelbagai stelit yang terdapat di sekitar laluan pesawat berkenaan.

Juruterbang dari Tonawanda itu berkata, dia terkejut dengan imej yang diperolehi dan percaya pesawat dalam air itu telah terhempas sejak dua bulan lalu di timur laut pantai Malaysia iaitu lokasi ia dikesan melakukan lencongan.


Jelasnya, imej satelit tersebut dirakam pada 10 Mac iaitu dua hari selepas pesawat berkenaan dilaporkan hilang.


Ditanya mengenai kemungkinan imej itu merupakan banyangan seekor ikan yu, Hoebel menyoal," adakah seekor ikan yu sepanjang 21 kaki (6.4 meter) boleh didapati di lautan tersebut".

Lelaki itu juga yakin imej tersebut merupakan pesawat MH370 yang didakwa berakhir di Lautan Hindi baru-baru ini.
AMRAYY

3 comments:

Jane Duncan said...

The shape tells though vague. May possibly be! Should someone be alerted?

Anonymous said...

Dia habaq kat sini, sorang lagi habaq kat teluk bangala (5000bn dari tempat depa cari lani).... kesian kat keluaga terlibat.

Rosidi Norani said...

Semuanya tak betul.klu betul tempat tu lama dah jumpa.jgn biki jiwa kacau pada ahli keluarga yg terlibat.

Artikel,Video Dan Foto Mungkin Membantu Anda Dalam Pencarian Maklumat..!!!