Wednesday 30 April 2014

Pelajar SMA Rawang maut selepas bergaduh dengan rakan


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Agama Rawang dipercayai mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan rakannya di gelanggang bola tampar sekolah itu malam tadi.

Pelajar lelaki yang berumur 15 tahun itu dikatakan ditumbuk di muka sebanyak tiga kali sebelum mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri dalam kejadian 11.00 malam itu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah menuduh rakannya itu mencuri alat permainannya sebelum tercetus pergaduhan antara mereka.

"Mangsa dikatakan memukul rakannya dengan tangan sebelum suspek menumbuknya di muka sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, seorang rakan mangsa yang berada di tempat kejadian telah meminta bantuan warden asrama sekolah untuk membawa mangsa ke hospital tetapi mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Selayang.

Abdul Rahim berkata, hasil siasatan mendapati tiada sebarang senjata tajam atau kayu digunakan oleh kedua-dua mereka.

Beliau berkata, rakan pelajar itu telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Namun punca sebenar kematian mangsa masih disiasat," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah menghantar pasukan khas bagi menyiasat kes kematian pelajar berkenaan.

Beliau berkata, kementerian merasa amat dukacita dengan insiden itu dan akan menjalankan siasatan sepenuhnya.

"Pasukan dari KPM telahpun diarahkan...pegawai kita sedang bekerjasama dengan pihak polis.

"Ia sudah menjadi kes polis, jadi biar polis jalankan siasatan, tapi di pihak KPM kita juga akan memastikan siasatan sepenuhnya dijalankan untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis prapelancaran perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2014 di sini hari ini.
- BERNAMA
P/S :Pelajar maut dipukul rakan.!! Pihak sekolah harus peka dalam kes buli. Aku dah pernah usulkan perkara ini dahulu..tukarkan guru yang telah lama berkhidmat, kerana kurang rasa tanggungjawab bila dah terlalu lama.!! dah mati baru nak menyesal.!! Jawablah.!!
AMRAYY


#GST TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT.!! APA ITU CUKAI GST?? GST CUKAI YANG PINTAR.!!

GST
#amrayylensa - RANG Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 April lalu dan akan mula dilaksanakan mulai 1 April 2015.

Tinjauan di laman-laman sosial mendapati ramai rakyat Malaysia tidak memahami kepentingan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan implikasi sebenar pelaksanaannya.

Antara salah faham ialah GST adalah satu cukai baru yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak dan mengakibatkan peningkatan kos sara hidup rakyat.
(KLIK UNTUK IMEJ YANG LEBIH JELAS)
(LIHAT CARTA KIRAAN SEBENAR GST)

Ada juga yang beranggapan GST hanyalah satu instrumen kerajaan untuk memungut cukai baru bagi menggantikan kehilangan pendapatan negara akibat cadangan pengurangan cukai syarikat pada masa akan datang.

Pengenalan GST juga dianggap sebagai satu langkah untuk mengikut trend semasa memandangkan sudah lebih 160 negara mengguna-pakai GST dan ini dilaksanakan tanpa kajian mendalam tentang beban yang ditanggung oleh rakyat.

Tanggapan negatif tentang GST ini timbul kerana kurang pemahaman tentang bidang percukaian, perakaunan sektor awam dan asas ekonomi. Ini diburukkan lagi dengan momokan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat separuh benar kepada masyarakat berkaitan implikasi GST terhadap kos sara hidup.

BENARKAH GST CUKAI BARU?

GST sememangnya adalah cukai yang baru diperkenalkan di Malaysia. Namun begitu pelaksanaannya menyebabkan dua jenis cukai lain dimansuhkan. Pada masa ini, cukai dikenakan kepada barangan dan perkhidmatan melalui dua akta iaitu Cukai Jualan 1972 (Akta 64) dan Cukai Perkhidmatan 1975 (Akta 151), yang mana kedua-duanya dipungut oleh Kastam.

Rata-rata masyarakat tidak membincangkan tentang implikasi apabila kedua-dua cukai jualan dan cukai perkhidmatan ini dimansuhkan, tetapi lebih fokus kepada melihat kesan satu hala GST terhadap kos barangan dan perkhidmatan.

Cukai jualan (10%) umumnya dikenakan ke atas barangan yang dikilangkan di Malaysia atau diimport, dan dibayar oleh pengeluar atau pengimport yang mempunyai hasil tahunan RM100,000 ke atas. Cukai ini diserap ke dalam harga barangan yang dijual kepada pengguna. Manakala cukai perkhidmatan (6%) dikenakan ke atas perkhidmatan khas seperti perkhidmatan hotel (lebih dari 25 bilik), insurans, te­lekomunikasi, khidmat profesional akauntan, peguam, jurutera dan arkitek, outlet makanan dan minuman dan lain-lain lagi.

Cukai perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna jelas dinyatakan di dalam bil atau resit bayaran, berbeza dengan cukai jualan yang tersembunyi dan tidak disedari oleh pengguna.

Secara tepatnya, rakyat Malaysia membayar cukai yang lebih tinggi di dalam sistem se­­dia ada. Pertukaran kepada model GST Malaysia, bukan sahaja perlu untuk mentransfor­masi sistem cukai negara ke arah yang lebih adil, malah ia perlu kerana sistem sedia ada yang bersifat 'single-tier' sangat terdedah kepada risiko pelarian cukai yang merugikan negara.

ADAKAH GST MENYEBABKAN KENAIKAN HARGA?

Penggunaan sistem cukai GST bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan berupaya menangani masalah cukai bertindan yang mana akan mengurangkan beban cukai pengguna. Contoh jelas di­terangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2014 di mana jika pengguna membeli minuman berkarbonat di restoran, mereka akan dikenakan cukai bertindan iaitu, cukai jualan yang diserap ke dalam harga minuman serta cukai perkhidmatan yang tertera di atas resit jualan.

Dengan GST, masalah seperti ini tidak berlaku kerana pengguna akan hanya dikenakan satu jenis cukai sahaja. Harga barangan akan menjadi lebih murah akibat pemansuhan cukai bertindan ini.

Bagi barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sebelum ini, kenaikan harga barangan akan berlaku. Namun begitu, kerajaan mewartakan sejumlah barang dan per­khidmatan yang dikecualikan GST. Ia termasuk makanan barangan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak dan lain-lain lagi.

Justeru, boleh disimpulkan akan ada barangan dan perkhidmatan yang naik, turun dan tidak berubah. Secara amnya, kesan berikut boleh dirumuskan. Oleh itu tidak adil untuk kita merumuskan GST akan ­me­ngakibatkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

ADAKAH GST LANGKAH TERGESA-GESA?

Anggapan bahawa langkah memperkenalkan GST oleh kerajaan adalah tergesa-gesa adalah salah sama sekali.

Menyedari akan kepentingan dan manfaat GST, kerajaan telah mengumumkan cadangannya semasa belanjawan 2005, namun pelaksanaannya telah ditangguhkan. Dalam melaksanakan GST, kerajaan menubuhkan Panel Penilai Cukai (Tax Review Panel) yang dianggotai oleh pakar-pakar percukaian dari sektor awam dan swasta.

Panel ini menjalankan kajian meliputi pelbagai aspek GST dan undang-undang antaranya ialah Goods and Services Tax 1985 (New Zealand), Value Added Tax Act 1994, (United Kingdom), Goods and Services Tax 1991 (Kanada), dan Value Added Tax Act 1992 (Thailand).

Hasil kajian mendapati bahawa GST akan menjana ekonomi negara yang lebih mapan dengan peningkatan nilai eksport sebanyak 0.5% disebabkan harga barangan eksport akan jadi lebih kompetitif dan murah. Kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) dijangka naik sekitar 0.3%.

ADAKAH GST ABAIKAN RAKYAT?

Peningkatan defisit dalam belanjawan negara setiap tahun adalah perkara yang membimbangkan. Sekiranya ia tidak dikawal, ekonomi negara akan merudum dan kehidupan selesa yang dinikmati oleh rakyat pada masa ini akan terjejas. Justeru itu, GST yang bersifat multi-tier dan dengan skop cukai yang luas akan menjadi sumber baru pendapatan negara.

Namun begitu, ini tidak bermakna rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah akan terbeban dengan cukai ini. Bagi menjaga kebajikan rakyat, seiring dengan pengenalan GST, kerajaan memperkenalkan beberapa langkah utama. Antaranya bantuan RM300 akan diberikan secara one-off kepada pene­rima isi rumah BR1M.

Lebih menarik lagi, kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan. Ini menyebabkan pendapatan boleh guna akan meningkat dan dijangka seramai 300,000 orang tidak perlu lagi membayar cukai. Hakikatnya, pendapatan dari GST ini jugalah yang akan dikembalikan kepada rakyat melalui bantuan sosial seperti BR1M. Dengan faedah-faedah yang diperolehi ini, adilkah jika kita simpulkan bahawa GST akan membebankan golongan berpendapatan rendah?

GOLONGAN PERTENGAHAN DAN IKS DIPINGGIRKAN?

Golongan kelas pertengahan yang bijak akan dapat memperolehi manfaat daripada pengenalan GST dengan mengambil inisiatif merancang dan mengawal perbelanjaan. Beban mereka juga akan diringankan dengan pengurangan cukai individu dan penambahan pendapatan boleh guna oleh kerajaan.

Peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) yang memperolehi hasil jualan kurang dari RM500,000 setahun pula dikecualikan daripada mendaftar sebagai syarikat berdaftar GST serta tidak perlu mengutip dan membayar GST. Ini akan memastikan perniagaan mereka berdaya saing dan mampu menarik lebih ramai pelanggan.

SEMUA BARANGAN DAN PERKHIDMATAN KENA GST?

Salah satu salah faham berkaitan GST ialah semua barangan dan perkhidmatan akan dikenakan cukai GST. Hakikatnya terdapat tiga kategori barangan iaitu bekalan dikenakan cukai, bekalan cukai sifar dan bekalan dikecualikan cukai. Bekalan dikenakan cukai ialah barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai, yang mana semua barangan dan perkhidmatan yang dijual dikenakan GST (output tax).

Jumlah output tax ini boleh ditolak dari input tax (GST dari pembelian barangan dan perkhidmatan tersebut). Bekalan cukai sifar pula ialah barangan dan perkhidmatan yang tidak tertakluk output tax, namun peniaga boleh menuntut input tax. Bekalan cukai sifar ini merangkumi barangan asas keperluan isi rumah seperti bahan asas makanan, hasil pertanian, bekalan ternakan.

Dalam masa sama, kerajaan juga mewartakan sejumlah barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan dari GST. Antaranya ialah tanah dan kediaman, pengangkutan awam, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan kewangan, caj tol lebuh raya serta perkhidmatan awam. Ini adalah bagi memastikan bahawa kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia terpelihara dan tidak dibebankan dengan GST.

Di sebalik salah faham tentang implikasi GST, terdapat banyak faedah pelaksanaannya. Ia akan lebih ketara dalam jangka masa panjang. Belajarlah daripada pengalaman negara-negara maju seperti New Zealand yang memperkenalkan model GST sejak 1986 lagi. Walaupun kadar GST mereka ialah 15%, namun kehidupan dan kebajikan rakyat sentiasa terjaga.

Pelaksanaan GST membolehkan lebih banyak pengagihan hasil negara kepada golongan berpendapatan rendah, seterusnya menjadikan jurang ekonomi antara rakyat semakin kecil.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara, Merbok, Kedah

P/S : Artikel ini serba sedikit boleh memperjelaskan kecelaruan masyarakat Malaysia yang masih tidak faham kebaikan GST..
copypaste
AMRAYY

Tuesday 29 April 2014

@azwanbro - Gerakan Referendum Terhadap Kepimpinam Kerajaan Selangor


Rakyat dan pengguna air di negeri Selangor termasuk Lembah Klang diminta supaya membuat satu 'referendum' (suara rakyat) terhadap kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung krisis air yang menimpa mereka.



AMRAYY

Apa Itu Hukum Hudud?? Sudahkah Kita bersedia.??


Layan Bro.!!



Definisi
Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah ; Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:


Zina.
Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi.
Minum Arak.
Mencuri.
Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan ).
Murtad.
Baghy (Bughah – Pemberontakan).

Al-Mawardy pula mendefinisikan Hudud sebagai Sekatan-sekatan atau deraan-deraan yang ditentukan oleh Tuhan sebagai balasan ( hukuman ) kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan pekara-perkara yang diperintah, kerana tabiat semulajadi manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar kelazatan dunia yang cepat. (al-Mawardy, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 221).
Melaksanakan hukum hudud ini adalah wajib dan dikira sebagai hak Allah. Maksud Hak Allah ialah seksaan itu tidak boleh digugurkan ( dimaafkan ) sama ada oleh individu atau masyarakat. ( Abdul Qadir Audah, al-Tasyri c al-Jinaiy al-Islamiy, hlm. 78 ).

Ini adalah antara dalil-dalil yang disebut daripada Al-Quran dan juga hadith:

Pengharaman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk .
( al-Quran, al-Isra : 32 )

Hukuman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan .
( al-Quran, an-Nur : 2 )

Hadis Nabi mengenai zina, mafhumnya :
Ambillah dari aku ! Sesungguhnya Allah memberi jalan kepada mereka ( perempuan yang berzina ), jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat seratus kali sebatan, dan dibuang negeri setahun, dan jika yang telah berkahwin dengan yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus kali sebatan dan direjam dengan batu sampai mati .
( Muslim, Sahih : hlm. 188 )

Zina diharamkan dan hukuman hadnya ialah buang negeri ( taghrib ) dan disebat seratus kali bagi yang belum kahwin, dan disebat seratus kali dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin ( muhsan ), ada yang berpendapat hanya rejam sahaja bagi yang telah berkahwin.

Pengharaman Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat orang saksi dan hukuman Had mengenainya, Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 4 yang bermaksud :
Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan zina, dan mereka tidak membawa empat orang saksi, maka deralah mereka ( yang menuduh itu )lapan puluh sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka adalah orang-orang yang fasiq
Iaitu tuduhan zina ( Qazaf ) tanpa membawa empat orang saksi adalah haram, dan hukuman had ke atas orang yang menuduh itu ialah lapan puluh kali sebatan beserta hukuman tambahan iaitu tidak diterima kesaksian orang itu selama-lamanya.

Pengharaman minum arak, Firman Allah yang bermaksud :
Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya meminum khamar ( arak ), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan ( kejayaan ) .
( al-Quran, al-Maidah : 90 )

Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat ; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul ( sebat )seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan ( Muslim, Sahih : hlm. 214 ) dan Umar menurutnya.

Hukuman Hudud Jenayah Mencuri, Firman Allah yang bermaksud ;
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya ( sebagai ) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah .
( al-Quran, al-Maidah : 38 )

Hukuman hudud bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan dengan cara yang tertentu yang akan dibincangkan kemudian.

Hukuman Perusuh dan Pengacau Keamanan ( hirabah ), Firman Allah yang bermaksud :
Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka akan beroleh seksaan yang besar .
( al-Quran, al-Maidah : 33 )

Pengharaman Murtad, Firman Allah yang bermaksud :
Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan diterima ( agama itu ) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di antara orang-orang yang rugi .
( al-Quran, al-Imran : 35 )
Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di dunia dan akhirat .
( al-Quran, al-Baqarah : 217 )

Hukuman Murtad ialah bunuh, Hadis Nabi yang mafhumnya ;
Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada Tuhan Yang diSembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mengakui Aku ( Muhammad ) sebagai Rasulullah, melainkan terhadap salah satu dari tiga ( orang ) iaitu penzina yang telah berkahwin ( muhsan ), membunuh orang tanpa hak dan orang yang meninggalkan agamanya ( murtad ).
( Muslim, Sahih : hlm. 164 )

Jenayah Baghy, pengharamannya dan hukumannya, Firman Allah yang bermaksud :
Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah .
( al-Quran, al-Hujurat : 9 )

Inilah sumber perundangan yang utama ( dari al-Quran dan al-Sunnah ) mengenai jenayah. Syariat menentukan secara tepat mengenai seksaan atau hukuman bagi tiap-tiap jenayah Hudud, di mana tidak ada hak mana-mana pihak persendirian seperti Qadi atau mangsa atau pihak awam seperti kerajaan atau lain-lain, untuk memilih atau meminda di dalam hukumannya.

Fikir-fikirkan jika hudud dilaksanakan, adakah lagi zina berlaku meleluasa? miinum arak menjadi suatu kebiasaan sehinggakan boleh dimaafka untuk kali pertama?kejadian pecah rumah, rompakan mesti berlaku setiap hari? Inilah sedikit coretan mengenai hukum hudud, mungkin pada keluaran akan datang, kita akan mengulas mengenai syarat sesebuah negara untuk melaksanakan hukum hudud pula.
P/S :Copy untuk bahan rujukan sahaja
AMRAYY

MH370: JURUTERBANG DAKWA TEMUI PESAWAT TERHEMPAS !!!

#Terkini #amrayylensa


SEORANG juruterbang dari New York mendakwa telah menemui serpihan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu di lautan berhampiran pantai Thailand.


Michael Hoebel, 60, mendakwa telah menemui imej serpihan itu selepas membuat pencarian menerusi ribuan imej pelbagai stelit yang terdapat di sekitar laluan pesawat berkenaan.

Juruterbang dari Tonawanda itu berkata, dia terkejut dengan imej yang diperolehi dan percaya pesawat dalam air itu telah terhempas sejak dua bulan lalu di timur laut pantai Malaysia iaitu lokasi ia dikesan melakukan lencongan.


Jelasnya, imej satelit tersebut dirakam pada 10 Mac iaitu dua hari selepas pesawat berkenaan dilaporkan hilang.


Ditanya mengenai kemungkinan imej itu merupakan banyangan seekor ikan yu, Hoebel menyoal," adakah seekor ikan yu sepanjang 21 kaki (6.4 meter) boleh didapati di lautan tersebut".

Lelaki itu juga yakin imej tersebut merupakan pesawat MH370 yang didakwa berakhir di Lautan Hindi baru-baru ini.
AMRAYY

Monday 28 April 2014

Barack Obama Akhiri Lawatan Rasmi ke Malaysia


SUBANG: #amrayylensa - Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berlepas ke Filipina dengan pesawat Air Force One pukul 10.20 pagi tadi.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mewakili negara mengucapkan selamat jalan kepada Obama.

Sepanjang tiga hari berada di Malaysia, Obama mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, diraikan dalam satu jamuan negara, pertemuan dengan pemimpin muda ASEAN dan bertemu pemimpin badan bukan kerajaan.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengakhiri lawatan tiga hari di Malaysia hari ini.

Ia merupakan lawatan bersejarah dalam tempoh hampir 50 tahun selepas lawatan Presiden Lyndon Johnson pada 1966.

Pesawat Air Force One yang membawa Presiden Amerika itu berlepas pada kira-kira 10.20 pagi dari Pangkalan Udara Subang.

Antara pemimpin yang hadir mengucapkan selamat jalan kepada Obama ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman serta Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Selepas ini Obama berlepas ke Filipina, hentian terakhir dalam siri lawatan beliau ke empat negara Asia.

Terdahulu, beliau melawat Jepun dan Korea Selatan.

Imam Rayu Henti Penindasan Masyarakat Islam


KUALA LUMPUR 27 April #amrayylensa - Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad merayu Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama supaya menghentikan penindasan terhadap masyarakat Islam di seluruh dunia.

Beliau mengambil peluang untuk menyuarakan hasratnya kepada Obama semasa mengiringi Presiden AS itu dalam lawatan ke Masjid Negara dan Makam Pahlawan di Jalan Perdana di sini hari ini.
Obama dalam jawapannya kepada permintaan itu berkata "doakan saya," kata Ismail kepada pemberita selepas lawatan Obama ke kedua-dua monumen terkenal itu di sini.

Beliau berkata, Obama juga berkata bahawa setiap hari apabila bangun dari tidur, beliau sentiasa berusaha untuk menghentikan penindasan dan konflik membabitkan masyarakat.

Ismail, 70, juga melahirkan keterujaannya tentang pertemuan bersejarah dengan Obama iaitu yang kedua bagi beliau dengan seorang Presiden Amerika Syarikat yang memegang tampuk kuasa.
Pertemuan pertama ialah dengan Presiden Lyndon B.Johnson pada 1966, kira-kira 48 tahun lalu apabila beliau baru berusia 22 tahun dan menjadi pelajar tahfiz.

"Saya tidak menyangka bahawa saya akan menemui seorang lagi Presiden Amerika Syarikat dalam hidup saya selepas hampir 50 tahun," kata beliau.

Ismail juga kagum dengan kebolehan Obama untuk memahami bahasa Malaysia apabila beliau kadang-kadang bertutur dalam bahasa itu dengan Presiden Amerika Syarikat.
Di sebalik perbendaharaan kata yang terbatas, Obama kerap kali menjawab "Insya-Allah" dan "Terima Kasih," katanya. "Memang baik baginya walaupun beliau tidak boleh banyak bertutur dalam bahasa Malaysia tetapi beliau memahami apa saya memberitahu kepada beliau," kata Ismail sambil tersenyum.
Lawatan Obama ke Masjid Negara merupakan aturcara pertama pada hari kedua lawatannya ke Malaysia dan lawatan ke masjid berkenaan menandakan penerimaan beliau kepada amalan kesederhanaan dalam Islam di negara ini yang majoriti penduduknya yang berjumlah 30 juta beragama Islam.

Obama, yang tiba semalam untuk lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia, diiringi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin selaku Menteri Pengiring dan Duta Khas Amerika Syarikat ke Pertubuhan Kerjasama Islam, Rashad Hussain.

Selepas lawatan Obama, Ismail mengadakan pertemuan singkat dengan Rashad yang menyentuh tentang perbankan Islam, program pembangunan usahawan Muslim dan hab halal.
Ismail berkata, Rashad melahirkan rasa kagum Amerika Syarikat terhadap sistem perbankan Islam yang dilaksanakan di negara ini dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. - BERNAMA.
AMRAYY

Obama Lawat Masjid Negara, Monumen Terkenal Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 April #amrayylensa - Presiden Amerika Syarikat Barack Obama melawat Masjid Negara, sebuah daripada monumen terkenal di Malaysia, melambangkan pendekatan beliau dalam mendekati dunia Islam.
Acara pertama beliau pada Ahad dengan melawat ke masjid itu menandakan penerimaan beliau kepada amalan kesederhanaan dalam Islam di negara ini, dengan majoriti penduduknya yang berjumlah 30 juta beragama Islam.

Presiden Amerika Syarikat ke-44 itu, yang menjawat jawatan pada 2009 dan kemudian dipilih semula bagi penggal kedua pada 2012, disambut Imam Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad dan jawatankuasa masjid sebaik tiba dengan menaiki limousin presiden di hadapan pintu masuk utama masjid di Jalan Perdana, di sini pada 9.40 pagi.

Obama, yang memakai suit gelap, diiringi Syaikh Ismail ke dewan solat dan berhenti seketika di Makam Pahlawan, yang terletak berhampiran Masjid Negara.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin selaku menteri pengiring dan Duta Khas Amerika Syarikat ke Pertubuhan Kerjasama Islam Rashad Hussain.

Lawatan bersejarah tiga hari beliau ke negara Asia Tenggara ini - sebahagian daripada siri jelajah Obama ke empat negara Asia - adalah yang pertama oleh Presiden Amerika dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden Lyndon B.Johnson pada 1966.

Pada Jumaat, akhbar harian berbahasa Inggeris The Star memetik Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Tan Sri Dr Abdullah Md Zin sebagai berkata 'bukan lazim' bagi seorang pemimpin kuasa terbesar untuk memasukkan kunjungan ke masjid dalam aturcara lawatan mereka.

"Tiada cara yang lebih baik bagi Obama untuk memuliakan Islam melainkan dengan melawat Masjid Negara. Agak menarik untuk mengetahui apa yang akan diperkatakannya tentang masjid dan Islam," katanya.

Akhbar itu turut memetik Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut sebagai berkata sungguhpun Obama tidak didesak untuk melawat masjid itu, keputusannya untuk berbuat demikian membawa makna yang sangat besar kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

"Ini menunjukkan presiden adalah sensitif dan beliau mahu lebih dekat dengan dunia Islam," kata Nooh.

Lawatan Obama ke masjid bukanlah perkara baharu memandangkan beliau mengunjungi Blue Mosque yang sangat terkenal itu semasa melawat Turki pada 2009.

Dalam lawatannya ke Indonesia pada 2010, presiden turut melawat Masjid Istiqlal di Jakarta, sebuah daripada masjid terbesar di dunia.

Selepas kunjungannya ke Masjid Negara, Obama berlepas ke pusat pentadbiran persekutuan Malaysia di Putrajaya untuk mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.-- BERNAMA
AMRAYY

Monday 21 April 2014

[VIDEO] #GST Demo 1 Mei: Polis belum terima jawapan penganjur

20 Apr 2014
#amrayylensa - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menyatakan pihaknya masih belum menerima jawapan daripada pihak penganjur berhubung rancangan perhimpunan protes kenaikan harga barang serta cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan berhubung perancangan mereka menghadapi perhimpunan tersebut.

Tambahnya, penganjur merancang untuk berarak dari KLCC ke Dataran Merdeka yang masih dalam kerja pembaikan.


AMRAYY

Wednesday 16 April 2014

DEMO 1 MEI MULA TERSEBAR DI FB DAN BLOG.??


Maklumat tentang demo Mei 1hb sudah mula tersebar di FB dan blog. Perancangan mereka berhubung tempat, waktu, jadual, dan diketuai oleh Mat Sabu.

Kenapa tak pakai BERSIH lagi?

Setakat APril 15hb, hanya seramai lebih kurang 1,000 orang telah memberi pengesahan penyertaan mereka didalam demonstrasi tersebut. Pengesahan ini dilakukan melalui Facebook 1Mei Bantah GST Sampai Tumbang.

Penyertaan NGO melibatkan SAMM, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) GAMIS, DEMA, PMIUM ddan kumpulan Rejimen Anarki dan parti politik PAS, PSM, PKR dan selalunya penakut tapi datang bat syarat adalah cina DAP>

Turut serta adalah kumpulan ad-hoc seperti kumpulan pelajar yang tak pernah kerja dan tak faham apa pasal GST iaitu Gerakan Anak Muda BANTAH GST (BANTAH), Gerakan Bantah GST dan
Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia

Mereka yang terlibat sudah dikenalpasti adalah:
(a) Che Gu Bard
(b) Mohamad Faizal Ab Rahman - Ketua Sekretariat GST SAMM Kebangsaan
(c) Mohamad Bukhari Sofian - Naib Presiden 2 GAMIS / Pengerusi SMM
(d) Safwan Anang
(e) Abd Malik Ab Razak - Presiden GAMIS / Pengerusi BANTAH
(f) Edy SAMM
(g) Muhammad Najib - MPN GAMIS
(h) Arulchelvam - PSM
(i) Rafizi Ramli - Pengarah Strategi PKR
(j) Dr Hatta Ramli
(k) Kamarulzaman Mohamad
(L) Ust Zaharudin Mohamad - Ketua Lajnah Penerangan DPPM / Pengerusi Gerakan Bantah GST
(M) Ahmad Syukri Ab Razab - SUARAM
(N) AZAN SAFAR - Pengerusi TURUN
(O) Abd Muqit
(P) Yazid Kamarul Zaman - Pengerusi KECAM

Taktik mengangkut demonstran menggunakan pengangkutan awam pun diketahui dan mana tempat kumpul 5 tempat biasa. Seperti biasa Unit Amal akan dipergunakan.
Jabatan Amal PAS Malaysia telah bermesyuarat pada 15 Apr di Pejabat Agung Pas Pusat, Jln Raja Laut, KL Mereka dikehendaki sediakan 1,000 orang di 5 lokasi biasa mereka.

Peliknya Unit Amal Kedah di minta hantar 150 anggota tapi anggota aktif hanya 60 orang. Setiap Kawasan kena hantar Pemuda tidak termasuk Unit Amal paling kurang 100 orang. Semua Unit Amal ada peruntukan untuk datang ke KL dan telah diserahkan kepada ketua-ketua kawasan. terpulang kepada kejauhan kawasan tapi dikahabakan sebbanyak RM500 ke RM800 seorang.

Pastikan mereka sebut. Kalau tak sebut atau kurang, sah dah ada yang kebas.
AMRAYY

Tuesday 15 April 2014

DANA UNTUK RASUAH.??

Transaksi dana asing termasuk dalam bentuk tunai itu dikatakan dibawa secara berperingkat daripada berjumlah AS$1,000 (RM3,056.19) sehingga AS$5,000 (RM15,280.94) sejak 1998.
Maklumat daripada bekas anggota Suaram.

Dana tersebut dipercayai digunakan bagi membiayai kegiatan ceramah politik dan menggerakkan demonstrasi jalanan dengan motif memfitnah kerajaan serta beberapa pemimpin negara ini.
Wang berkenaan juga dipercayai digunakan sebagai habuan rasuah kepada pegawai dalam agensi kerajaan bagi kepentingan sekutu Suaram.
Wang tersebut dipercayai dibawa masuk oleh pemimpin-pemimpin Suaram melalui negara jiran. Mereka tidak mahu wang berkenaan dimasukkan melalui transaksi bank.
Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) bukan satu-satunya syarikat yang dikaitkan Suaram yang menerima dana daripada luar negara.
Selain Suara Inisiatif, terdapat sebuah lagi syarikat yang diguna pakai oleh Suaram iaitu difahamkan sebuah syarikat pemilik tunggal, Suaram Komunikasi. National Endownment For Democracy (NED) yang menyalurkan dana kepada Suaram Komunikasi.
P/S: Kalau benar apa yang dikatakan oleh #JMM, saya rasa lebih baik kita semua perlu lebih berhati-hati dengan puak pembangkang ni sebab ini boleh mengganggu kestabilan negara dan menggugat keamanan.
AMRAYY

Wednesday 2 April 2014

#amrayylensa Timor-Leste Mahu Belajar Bagaimana Urus Kebajikan Pasukan Keselamatan


Perdana Menterinya, Xanana Gusmao, berkata republik itu yang baru berusia 12 tahun, masih jauh ketinggalan dalam banyak asepak, termasuk penjagaan kesihatan bagi anggota keselamatannya

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Timor-Leste berminat mencontohi amalan terbaik daripada Malaysia dalam menguruskan kebajikan pasukan keselamatan.

"Kadang kala, kami merasakan yang kami tidak meliputi (seperti sepatutnya) keperluan rakyat.
"Kami perlukan bantuan anda (Malaysia) dari segi membolehkan Timor-Leste mempunyai keupayaan untuk menjaga kebajikan anggota tentera, polis dan veteran kami," katanya semasa melawat Hospital Tentera Tuanku Mizan di sini Selasa.

Beberapa menteri Kabinet Timor-Leste turut hadir pada lawatan itu iaitu Menteri Kesihatan Dr Sergio Lobo; Menteri Pendidikan Benito Freitas; Menteri Perdagangan, Industri dan Alam Sekitar Antonio da Conceicao; Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Pedro Lay da Silva dan Menteri Petroleum dan Sumber Galian Alfredo Pires.

Gusmao, yang juga Menteri Pertahanan dan Keselamatan, turut meluangkan masa melawat Wad Bunga Raya, Wad Rehabilitasi dan Wad Haemodialisis di hospital itu.

Ini merupakan lawatan pertama Gusmao ke Malaysia atas kapasiti sebagai perdana menteri selepas dilantik semula untuk penggal kedua pada 8 Ogos, 2012.

Beliau pernah melawat Malaysia selaku presiden Timor Leste pada 2003 untuk menghadiri Sidang Kemuncak Ke-13 Pergerakan Negara Berkecuali dan pada 2005 untuk menyaksikan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi.
 BERNAMA
P/S : Satu usaha yang baik dari sebuah negara yang sedang membangun untuk maju bersama-sama. Sebaik-baiknya perbanyakkan jalinan persefahaman antara negara-negara membangun adalah langkah positif untuk Malaysia mempelbagaikan pelabur dan memulihkan ekonomi negara ketahap yang cemerlang.
AMRAYY

PENCACAI PR TOLONG BUKA MATA.!! Pelaksanaan Projek Lebuh Raya Kota Baharu-Kuala Krai Bukti JanjiDitepati - Muhyiddin

KOTA BAHARU, 1 April #amrayylensa Pelaksanaan projek lebuh raya Kota Baharu- Kuala Krai hari ini adalah bukti benarnya slogan "janji ditepati" oleh kerajaan persekutuan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pembinaan lebuh raya itu, katanya adalah antara tujuh janji diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk rakyat Kelantan dalam lawatannya ke negeri itu pada 20 Jan tahun lepas.

"Ini bukti jelas apa yang disebut oleh Perdana Menteri dalam lawatan ke Kelantan sebelum pilihan raya (umum ke-13) dulu kita laksanakan, walaupun ia dibuat secara berperingkat-peringkat, pastinya kita tidak akan buat setakat itu sahaja, kita akan buat hingga selesai lebuh raya ini," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau sebelum itu merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Lebuh Raya Kota Baharu-Kuala Krai bagi pakej 1B: Pasir Hor ke Kadok di sini, hari ini.

Projek lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai sepanjang 73.5 km dengan anggaran kos RM1.8 bilion. Pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok di sini, sepanjang tujuh kilometer melibatkan kos RM168.5 juta, merupakan fasa pertama daripada tiga fasa pembinaan.

Pembinaan pakej 1B dijangka disiapkan dalam tempoh tiga tahun iaitu pada April 2017.

Muhyiddin berkata walaupun mengambil masa untuk menyiapkan sepenuhnya lebuh raya itu, kerajaan persekutuan akan tetap menyiapkannya kerana ia sudah lama diidam-idamkan oleh rakyat Kelantan.

"Projek seperti ini sudah lama diidam-idamkan oleh orang Kelantan sebab itu Perdana Menteri buat komitmen dan kita laksanakan," katanya sambil menambah bahawa lebuh raya itu bebas bayaran tol (percuma).

Ditanya mengenai cadangan kerajaan PAS Kelantan yang juga mahu membina lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai, Muhyiddin berkata kerajaan negeri menyatakan kesediaan bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk pembinaan lebuh raya itu, yang jajarannya disediakan oleh kerajaan pusat, bagaimanapun setakat ini tidak ada perbincangan mengenai cadangan itu.

"Saya diberitahu ada fasa pembangunan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri, kita harap mereka boleh laksanakan tetapi bahagian di bawah kerajaan pusat telah kita laksanakan, terserah kepada kebijaksanaan kerajaan negeri untuk laksanakan," katanya.

Beliau berkata pelaksanaan projek pembinaan lebuh raya itu sehingga siap melibatkan tempoh masa Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan RMK-11. Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan persekutuan tidak menghalang kerajaan negeri untuk melaksanakan projek infrastruktur di negeri itu malah beliau menyokong usaha itu demi faedah rakyat.

Mengenai pelaksanaan enam lagi projek pembangunan yang diumumkan perdana menteri sebelum ini, beliau berkata pelaksanaannya adalah mengikut keperluan dan keutamaan dan perdana menteri akan membuat keputusan mengenai perkara itu.

Enam projek itu adalah pembinaan stadium baharu, masjid terbesar, perumahan rakyat, sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek bagi menyelesaikan masalah air.

Terdahulu semasa berucap pada majlis itu, Muhyiddin yang sedang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Kelantan, berkata dalam RMK-10 kerajaan persekutuan memperuntukkan RM2.5 bilion untuk membiayai 116 projek pembangunan di Kelantan dan sebanyak 77 daripada jumlah projek itu telah siap sepenuhnya.

"Baki 39 projek kini dalam pelbagai peringkat seperti reka bentuk, perolehan dan juga dalam pembinaan," katanya.

Katanya 50 daripada 116 projek pembangunan itu melibatkan projek jalan dan jambatan.

"Tanggungjawab kerajaan persekutuan ini tidak hanya terbatas kepada pembinaan atau menaik taraf jalan sahaja, malah bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna, kerajaan persekutuan memperuntukkan RM26 juta setahun bagi menyenggara 1,261.22km jalan persekutuan sedia ada di Kelantan," kata Muhyiddin.

Beliau berkata projek seumpama itu merupakan contoh bukti kerajaan persekutuan sentiasa peka terhadap kehendak rakyat dalam usahanya untuk memperbaiki mutu kehidupan masyarakat di seluruh negara.

Katanya pembinaan lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai itu, merupakan sebahagian daripada projek Central Spine Road (CSR) di bawah pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), apabila siap akan membuka satu lembaran baharu dari segi rangkaian hubungan, aksesibiliti dan mobiliti di Kelantan.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Sementara itu, Fadillah berkata kerja pembinaan Fasa 1B lebuh raya itu melibatkan pembinaan jalan baharu empat lorong dua hala mengikut piawaian yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR) serta pembinaan laluan bertingkat sepanjang 400 meter dari Sungai Seribong ke Jalan Tiong di sini.

"Selain itu, enam buah jambatan yang merentasi jalan, sungai serta tali air akan dibina dan dijadual siap pada April 2017," katanya.

Beliau berkata pembinaan lebuh raya itu bertujuan mengatasi masalah lalu lintas terutama pada musim perayaan.

"Kita tahu yang jalan Kota Baharu ke Kuala Krai merupakan jalan utama yang kerap digunakan oleh pengguna jalan raya dan mempunyai kadar trafik yang tinggi," katanya.

Sebelum itu, Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, dalam ucapannya pada majlis itu berkata pihaknya akan memastikan pembinaan lebuh raya itu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, demi mengatasi kesesakan lalu lintas yang dihadapi rakyat.

Beliau berkata kini pelbagai usaha dibuat bagi memudahkan proses pembinaan lebuh raya itu termasuk proses mengambil balik tanah yang memerlukan kerjasama kerajaan negeri.

"Saya harap rakyat berterima kasih kepada kerajaan persekutuan yang sudi merealisasikan hasrat mereka yang telah lama menantikan saat ini (lebuh raya dibina)," katanya.

Sementara itu, Fadillah berkata kerja pembinaan Fasa 1B lebuh raya itu melibatkan pembinaan jalan baharu empat lorong dua hala mengikut piawaian yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR) serta pembinaan laluan bertingkat sepanjang 400 meter dari Sungai Seribong ke Jalan Tiong di sini.

"Selain itu, enam buah jambatan yang merentasi jalan, sungai serta tali air akan dibina dan dijadual siap pada April 2017," katanya.

Beliau berkata pembinaan lebuh raya itu bertujuan mengatasi masalah lalu lintas terutama pada musim perayaan.

"Kita tahu yang jalan Kota Baharu ke Kuala Krai merupakan jalan utama yang kerap digunakan oleh pengguna jalan raya dan mempunyai kadar trafik yang tinggi," katanya.

Sebelum itu, Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, dalam ucapannya pada majlis itu berkata pihaknya akan memastikan pembinaan lebuh raya itu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, demi mengatasi kesesakan lalu lintas yang dihadapi rakyat.

Beliau berkata kini pelbagai usaha dibuat bagi memudahkan proses pembinaan lebuh raya itu termasuk proses mengambil balik tanah yang memerlukan kerjasama kerajaan negeri.

"Saya harap rakyat berterima kasih kepada kerajaan persekutuan yang sudi merealisasikan hasrat mereka yang telah lama menantikan saat ini (lebuh raya dibina)," katanya.
BERNAMA
P/S: Usaha-usaha kerajaan pusat tidak pernah menganaktirikan negeri-negeri pembangkang, namun niat baik kerajaan pusat seringkali di salah tabsirkan oleh puak-puak yang tidak pernah bersyukur di atas pertolongan yang diberi. Bertaubatlah puak-puak yang berhati kotor.!!

AMRAYY

Tuesday 1 April 2014

KERAJAAN PERLU BERTINDAK.!! 'ORANG PELARIAN' NAIK LEMAK DI HOSPITAL KERAJAAN

Saya difahamkan, Jabatan Imigresen Malaysia mula menempatkan pegawai penguatkuasa di beberapa HOSPITAL KERAJAAN sejak 2 minggu lalu. Mengapakah tindakan itu dilaksanakan?
Persoalan itu sekaligus mendorong saya menghubungi kenalan, doktor hospital kerajaan.

Kakitangan Jabatan Pesakit Luar di hospital kerajaan, dianggarkan merawat purata 1,000 pesakit setiap hari. Dicongak, 40% daripada mereka, warga asing dari pelbagai negara di dunia. Saya dimaklumkan, sejak penguatkuasa Jabatan Imigresen ditugaskan di hospital kerajaan, bilangan pesakit warga asing mendapatkan rawatan dilaporkan BERKURANGAN secara drastik.

Kakitangan Jabatan Imigresen dan pihak pengurusan hospital kerajaan mengetahui FAKTA itu.

Mengapakah senario itu berlaku?

Jawabannya amat mudah. Majoriti daripada warga asing menyalahgunakan dokumen atau tidak memiliki dokumen perjalanan sah tentunya berasa gentar untuk ke hospital kerajaan kerana bimbang diberkas oleh penguatkuasa Jabatan Imigresen melakukan pemeriksaan.

Biar saya kongsikan fakta.

"Apakah antara servis disediakan oleh hospital kerajaan?," soal saya kepada doktor itu.

"Pelbagai. Antara servis itu, pemeriksaan darah, ujian air kencing, memasukkan air ke dalam badan, drip. Semua servis itu sediakan untuk rakyat tempatan dengan bayaran RM1 sahaja. Mereka sememangnya layak kerana pesakit warganegara Malaysia," kata doktor itu.

"Bagaimanakah pula kadar bayaran dikenakan kepada warga asing?," soal saya lagi.

"RM15 sahaja. Lebih istimewa, warga asing memiliki kad UNHCR diberikan diskaun 50%. Maksudnya, untuk mengecapi semua servis di hospital kerajaan, mereka hanya membayar RM7.50 sahaja. Jadi tidak hairan apabila hospital kerajaan menjadi tumpuan warga asing di Malaysia pada setiap hari. Majoriti mereka menuntut untuk mendapatkan servis dan rawatan maksima dengan bayaran terlalu murah. Begini perbandingannya. Jika mereka membuat ujian darah di klinik swasta, bayaran lazim RM35, ujian air kencing RM15 manakala untuk drip, bayaran mencecah RM120," jawab beliau.

Maklumat mengenai kad Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian, UNHCR itu menarik perhatian saya.

"Kami, petugas di hospital kerajaan kekadang keliru dengan status UNHCR itu. Rekod kami menunjukkan, warga China, Sri Lanka, Syria, Indonesia, semua mendakwa memiliki kad UNHCR, dikategorikan sebagai 'orang pelarian' atau refugees, supaya mereka berpeluang mendapat rawatan dengan kadar amat amat murah berbanding bayaran dikenakan oleh klinik dan hospital swasta. Kalau warga Malaysia, kami tidak kisah sebab itu hak mereka, diperuntukkan oleh kerajaan kita. Memualkan, sebilangan mereka juga bersikap kurang ajar dan memarahi kakitangan bertugas," komen doktor sama.

Maram Ali Omar, 25 tahun dan Takani Qaik Abdul Ghani, antara pesakit pernah berkunjung ke hospital kerajaan. Mereka berdua, pemilik kad UNHCR. Justeru hanya perlu membayar RM7.50 sahaja untuk pelbagai servis dan rawatan disediakan di hospital kerajaan.

Cuba teliti dokumen di atas.

Mereka tinggal di Sky Villas, Serdang, Seri Kembangan, Selangor. Penempatan berstatus 'service apartment' dilengkapi pengawal keselamatan dan kolam renang. Kadar sewa se unit apartmen, di antara RM800 dan RM1,2000 sebulan.

Klik KLIK SINI



Timbul persoalan lebih membinggungkan. Bagaimanakah 'orang pelarian' bernaung di bawah UNHCR di Malaysia, mampu menetap di apartmen mewah? Apakah kerjaya sebenar mereka di negara ini? 

Kesimpulannya, mereka tidak layak untuk mengecapi servis dan rawatan di hospital kerajaan. Masih ramai lagi warga Malaysia, hidup susah dan menagih bantuan ditawarkan oleh hospital kerajaan. Usah berasa hairan, jika katil di wad hospital dibanjiri oleh warga asing sekaligus menyempitkan peluang rakyat Malaysia untuk dirawat.

Adakah kerana menyedari hakikat itu, Jabatan Imigresen bertindak menempatkan penguatkuasa di hospital kerajaan? Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM terlepas pandang mengenai kes ini? Berapakah pula bilangan warga asing telah merampas hak rakyat tempatan selama ini?

Sebilangan pembaca mungkin mengetahui, warga Rohingya dan Myanmar antara warga asing diberikan status pelarian oleh UNHCR.

Bagi memastikan hak rakyat tempatan tidak terus diragut, molek sekiranya Jabatan Imigresen berkongsi dengan kakitangan hospital kerajaan, senarai negara kini rakyat dikategorikan sebagai 'orang pelarian' di Malaysia.

In Sha Allah, dalam tempoh terdekat, saya akan kongsikan pelbagai lagi informasi menarik berhubung kaedah penyalahgunaan kad UNHCR untuk warga asing terus menikmati perkhidmatan ditawarkan kepada rakyat Malaysia.
SUMBER : wwwdulakmal.com.mazi
P/S : Maklumat sebegini harus diambil berat oleh agensi kerajaan. Negara kita telah lama menanggung kerugian oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jangan biarkan negara kita diperbodohkan oleh warga asing.!!
LAGI CERITA KLIK SINI
AMRAYY

Kes Penipuan Perdagangan Elektronik Semakin Meningkat


SEREMBAN, 31 Mac #amrayylensa -- Kes penipuan perdagangan elektronik (e-dagang) di negara ini semakin meningkat terutamanya yang membabitkan pembelian telefon bimbit, pakaian, tiket kapal terbang, pakej umrah, pakej percutian dan aksesori pakaian.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata sebanyak 212 kes dilaporkan pada 2012 dan ia meningkat kepada 706 kes tahun lepas.

"Malah, aduan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia(TTPM) juga dilaporkan meningkat. Pada 2012, sebanyak 32 kes difailkan di TTPM membabitkan kerugian berjumlah RM34,067 dan ia meningkat kepada 53 kes membabitkan kerugian RM70,223 tahun lepas," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan program Fasilitasi Industri Perkhidmatan (FILIM) 2014 di Seremban, Isnin.

Sehubungan itu, Hasan berkata kementerian giat melaksanakan kempen kesedaran dalam kalangan pembeli dan peniaga selain memperkasakan Akta E-Dagang 2006 dan Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012.

Beliau berkata pelbagai medium digunakan oleh penjenayah e-dagang untuk menipu masyarakat orang ramai melalui talian.

Menurutnya, kementerian sentiasa merangka cara dan mekanisme yang sesuai dalam memastikan pengguna dan pembeli di Internet tidak mudah ditipu.

"Kementerian sentiasa berusaha mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif selain memodenkan peraturan perniagaan, agar penguna tidak mudah tertipu," katanya.

Program FILIM 2014 itu disertai 400 orang terdiri daripada ahli perniagaan dan pengguna.
Program tahun kedua itu adalah sebahagian daripada usaha meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai mengenai hak sebagai pengguna yang bijak dan tahap profesionalisme pengusaha perdagangan, terutamanya di bidang elektronik perdagangan.
BERNAMA


APMM Tawau Tahan 18 Nelayan Warga Asing


TAWAU, 31 Mac #amrayylensa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 18 nelayan warga asing bersama sebuah bot pukat kerana dipercayai menangkap ikan secara haram di perairan daerah ini, semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah, Kapten Maritim Anor Jaafar berkata mereka ditahan pukul 2.30 petang ketika bot mereka berada di timur laut Batuan Tangan di kawasan perairan Tawau.

"Kesemua yang ditahan berusia 16 hingga 52 tahun dipercayai dari Indonesia dan hasil siasatan mendapati bot terbabit didaftarkan dengan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah daerah ini.

Namun, semakan mendapati kesemua nelayan itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya di sini hari ini.

Anor berkata pihaknya juga menahan seorang awak-awak yang berusia 24 tahun mengakui warganegara Malaysia selepas mengemukakan kad pengenalan diri untuk pengesahan lanjut.

Menurutnya, kesemua mereka dibawa ke Jeti Maritim Daerah untuk siasatan lanjut.
 BERNAMA
AMRAYY

Artikel,Video Dan Foto Mungkin Membantu Anda Dalam Pencarian Maklumat..!!!