Saturday 15 March 2014

#Terkini #amrayylensa Enam maut, tiga kritikal, disyaki mengambil dadah ketika konsert Bukit Jalil


KUALA LUMPUR: Enam maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan hingga mengalami sesak nafas, ketika menghadiri sebuah konsert di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Tiga lagi lelaki dalam keadaan kritikal, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini.

Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) awal pagi tadi.

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Victor Wong E Hern, 26; Sabreena Kamaruddin 21; M.Suresh, 28; Syazana Sohaime, 23; dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun, mereka kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM, katanya. - BERNAMA

AMRAYY

2 comments:

Anonymous said...

siapa yang luluskan konsert itu kau tunggu lah azab ALLAH????

Anonymous said...

Poor management by organizers.. Air sebotol rm10, setiap tempat jualan air dikendalikan oleh 3 org, about 6-8 booth air untuk 30,000 orang.. Kalau tak ada yang mati kira nasiblah.
Betulkah dia org mati sebab dadah atau extreme dehydration?
Providing access to drinking water is the management's responsibilty.
Organizers kaut untung, tak tahu manage major events.
Faktor keselamatan dan kesihatan tak ambil kira.

Artikel,Video Dan Foto Mungkin Membantu Anda Dalam Pencarian Maklumat..!!!