Wednesday 5 March 2014

#KalimahAllah #Mahkamah : Kekecohan di Mahkamah Putrajaya


Post Pic
PUTRAJAYA: Keadaan di dalam Mahkamah Persekutuan kecoh seketika apabila seorang warga asing yang mendakwa dirinya seorang pensyarah kolej asing, mencabar paderi untuk berdebat.
Bagaimanapun wakil dua paderi Gereja Katolik itu berlalu pergi dan tidak melayan terjahan pensyarah berkenaan.

Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menangguhkan keputusan menangguh keputusan terhadap permohonan Gereja Katolik untuk mengemukakan rayuan bagi membatalkan keputusan melarang akhbar mingguannya, The Herald daripada menggunakan kalimah Allah.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata keputusan permohonan itu akan diumumkan pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Beliau berkata demikian setelah mendengar hujah peguam persekutuan dan peguam yang mewakili pihak gereja.

Kemelut kalimah Allah bermula pada 2008 apabila Heralddilarang menggunakan perkataan itu oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Gereja Katolik kemudian mencabar larangan itu dan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 berpihak kepada mereka yang membenarkan mereka menggunakan perkataan itu dalam terbitan mingguannya.
Putrajaya membuat rayuan dan hasilnya Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan itu Oktober lalu selepas mendapati “Allah bukan perkataan teras dalam ajaran Kristian”.

Mahkamah Rayuan juga menegaskan bahawa Menteri Dalam Negeri mengambil tindakan tepat melarang penggunaan perkataan itu dalam Herald untuk melindungi keselamatan negara dan ketenteraman awam.
Penganut Islam merangkumi 60 peratus manakala Kristian merangkumi kira-kira sembilan peratus daripada 30 juta penduduk Malaysia.

AMRAYY

No comments:

Artikel,Video Dan Foto Mungkin Membantu Anda Dalam Pencarian Maklumat..!!!