Friday 28 March 2014

#MH370 FBI tidak temui sebarang bukti dalam cakera keras, simulator


#amrayylensa KUALA LUMPUR: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) tidak menemui sebarang bukti dalam cakera keras dan simulator penerbangan milik dua juruterbang MH370, lapor New York Times yang memetik sumber.

Dua sumber itu berkata, hasil penyiasatan dan maklumat yang diperolehi daripada barangan yang diambil dari dua rumah juruterbang itu pada 15 Mac lalu hanya menemui sedikit petunjuk yang boleh membantu siasatan berkenaan.

Bagaimanapun, salah satu sumber berkenaan berkata, ini tidak bermakna data yang diperolehi patut diabaikan.

Agensi
AMRAYY

Wednesday 26 March 2014

MALINDO AIR MENDARAT CEMAS ENJIN SAYAP KIRI TERBAKAR !!!!


Penerbangan Malindo Air yang menuju ke Kuala Terengganu selepas berlepas tujuh minit dari Lapangan Terbang Subang terpaksa melakukan pendaratan cemas kerana mengalami kebakaran enjin disayap kiri.

Melalui media release yang telah disahkan oleh Malindo Air , pesawat yang membawa 49 orang penumpang tersebut sedang menuju ke Kuala Terengganu.

Pilot Y.Y Wong berjaya melakukan pendaratan kecemasan di lapangan terbang yang sama sejurus mendapati kebakaran yang berlaku pada pesawat yang dipandunya.

Penerbangan yang membawa skuad pasukan bola sepak Terengganu , Faiz Subri salah seorang pemain yang juga penumpang penerbangan tersebut sempat mengambil gambar kebakaran yang berlaku pada enjin sayap kiri pesawat tersebut.

Enjin sayap kiri pesawat tersebut terbakar pada ketinggian 7,000 kaki, kira-kira lima ke tujuh minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Sumber : Talk With Hand
AMRAYY

@NajibRazak @Live2014 CONCERT CANCELLED.!!

DI ATAS KEPRIHATINAN PM DS Najib, concert Twin Towers @ Live 2014 – Christina Aguilera, Rain and Craig David to star in free KLCC Concert dibatalkan.!!!!
28hb March 2014
6.00pm, Jumaat
Plaza Petronas, KLCC
BATAL.!!! BATAL.!!! BATAL.!!!

P/S: Rakyat Malaysia sentiasa prihatin dengan musibah yang menimpa keluarga mangsa pesawat MAS #MH370 yang dalam kesedihan teramat pilu dan tidak boleh digambarkan perasaan mereka. Dengan rasa simpati dan turut merasai kesedihan itu #AmrayyLensaAssault, akan sentiasa berusaha menyebarkan berita-berita perkembangan terkini dari sumber-sumber yang boleh dipercayai dan sahih, melalui midium media sosial seperti yang berikut :
 Facebook - Amrayy Ahmad
Twitter - AmrayRamli
Pages - Sri Sarawak
Instagram - Amrayy
Tumblr - amrayylensa
YouTube - AmrayyLensa & Hang Tuah

AMRAYY

Thursday 20 March 2014

#PRKkajang @azwanbro RASMI 1MyKerja DI BILIK GERAKAN UMNO TAMAN KOTACHERAS FASA 2

"Tak kenal maka tak cinta'' Itulah ungkapan yang terlepas dari mulut AzwanBro..
Atas dasar aku menghormati dan menyokong semua pemimpin, hari ini aku sangat bersyukur kepada Allah, kerana aku dipelawa untuk mengikut beliau ke PDM yang beliau ingin lawati..
So kepada pengujung blog AmrayyLensaAssault, boleh layan semua foto yang sempat aku ambil ini.!!
Layan Bro.!!





























AMRAYY

Artikel,Video Dan Foto Mungkin Membantu Anda Dalam Pencarian Maklumat..!!!