Thursday 23 January 2014

#POLIS SEMAKIN GARANG.!! #amrayy

TIADA KOMPROMI TERHADAP PESALAH TRAFIK - DATUK MOHD BAKRI ZININ

Nilai, 23 Jan - Polis akan bertindak tegas tanpa kompromi
terhadap pesalah trafik bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di negara ini, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.

Beliau berkata pendekatan berteraskan penguatkuasaan menyeluruh digunakan memandangkan konsep advokasi dan kesedaran kurang memberi kesan kepada pengguna jalan raya.

"Kita akan menguatkuasakannya secara menyeluruh. Kita mengharapkan dengan penglibatan pelbagai agensi akan meningkatkan keberkesanan kempen untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dan kerugian harta benda.

"Sebelum ini kita menggunakan pendekatan berhemah tetapi nampaknya tidak begitu berkesan. Kebanyakan kemalangan jalan raya di negara ini didapati berpunca daripada kecuaian dan oleh sebab itulah kita membuat penguatkuasaan menyeluruh," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Selamat sempena
perayaan Tahun Baharu Cina di kawasan Rehat dan Rawat Seremban dekat sini, hari ini.

Ops Selamat berlangsung mulai hari ini sehingga 7 Februari.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Seri Ismail Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia Datuk Dr Tam Weng Wah, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad Datuk Noorizah Abdul Hamid serta Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid.

Mohd Bakri berkata tindakan penguatkuasaan perlu diambil ke atas pesalah lalu lintas supaya mereka sedar pentingnya mengikut peraturan jalan raya demi keselamatan semua pihak.

"Banyak sudah kita berlembut dan sudah cukuplah di mana selepas ini kita mengambil tindakan tegas terhadap pesalah trafik. Sebagai contoh, had laju di satu-satu kawasan itu telah ditetapkan dan pengguna perlu mematuhi had laju berkenaan.

"Kita tidak akan kompromi dengan pengguna yang melakukan kesalahan seperti (melanggar peraturan) had laju, lampu isyarat dan garisan berkembar yang (boleh) menjurus kepada kemalangan jalan raya," katanya.

Katanya setakat ini 61 kawasan di jalan Persekutuan dan lebuh raya di kenal pasti sebagai kawasan kemalangan.

Sementara itu, beliau berkata fasa kedua Unit Rondaan Bermotosikal (URB) akan membabitkan 800 motosikal yang akan diagihkan ke seluruh negara untuk mewujudkan URB di setiap negeri. Dalam fasa pertama, 1,000 motosikal diagihkan.

Melalui URB, anggota unit ini bukan sahaja melakukan rondaan, malah mereka akan berinteraksi dengan penduduk setempat selain bertukar-tukar maklumat bagi mencegah kegiatan jenayah terutamanya jenayah pecah rumah. - BERNAMA
AMRAYY

No comments:

Artikel,Video Dan Foto Mungkin Membantu Anda Dalam Pencarian Maklumat..!!!