Tuesday 27 August 2013

VIDEO KANAK-KANAK UMUR 5 TAHUN BERMAIN GITAR

Memang ramai yang teruja bila melihat kanak-kanak ynag berusia 4 hingga 5 tahun pandai bermain gitar.!!
lu orang kalau tak layan rugi bro.!! Memang terbaik.!!
AMRAYY

Friday 23 August 2013

#Pemilihan UMNO13 : Tajuddin Pasir Salak Ugut Ketua Cawangan.??

Artikal panas ni gua cilok dalam blog Double-Yklik jer..!!! Memandangkan ianya menarik gua pun share la..
Lu orang layan dan fikir-fikirkan.!!


Kaki betina, kaki judi, kaki pukul, kaki rasuah, bapak segala kronisme di Perak!
Itulah label yang sesuai buat Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak Tajuddin - ada komen yang marah berhubung artikel Pemuda Akar Umbi Ditampar Dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya yang disiarkan di laman ini.

Kata tukang komen tersebut, jika baru sehari dua kenal Tajuddin saya atau sesiapa saja tidak layak bercakap mengenainya. Untuk komen-komen yang memuji Tajuddin, saya tak perlu fikir panjang-panjang - hanya satu jari tengah dari kedua-dua tangan saya buat anda!

Sampai bila UMNO & Najib nak simpan Tajuddin?


Siapa tidak kenal Tajuddin...?
Tanya saja di Pasir Salak, hatta anjing jika boleh berbicara - anjing pun akan kata Tajuddin kaki judi, kaki mabuk, kaki betina, kaki rasuah.

Saya berani berkata secara terang-terangan begini kerana maklumat yang saya perolehi bukan datang daripada orang lain sebaliknya daripada ahli akar umbi serta beberapa bekas-bekas kakitangan Tajuddin sendiri.

Malah Tajuddin pada tahun 1995 Tajuddin pernah dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO kerana terlibat dalam politik wang RM6 juta untuk merebut jawatan ketua bahagian Pasir Salak yang ketika itu disandang oleh Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib sebelum diterima semula tanpa syarat pada tahun 1998 dan dipilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian pada tahun 2000.

Aneh sungguh UMNO, ahli yang terlibat salah laku politik wang sebanyak RM6 juta pada awalnya dipecat selepas itu diterima semula tanpa syarat?
Tajuddin Ugut Ketua Cawangan!

Selain mengatur perjalanan politik anak-anaknya di mana anak lelaki diletakkan sebagai Ketua Pemuda UMNO dan Pengarah War Room Bahagian, anak perempuan sebagai Setiausaha Bahagian, menantu diletakkan pula sebagai SUS Pejabat Timbalan Menteri dan anak saudaranya Ramli pula sebagai pegawai khas parlimen.

Terbaru saya dimaklumkan beberapa Ketua Cawangan telah diugut oleh Tajuddin, menurut sumber salah seorang Ketua Cawangan tersebut dia diugut menerusi panggilan telefon oleh Tajuddin agar terus menyokong Tajuddin dan anak-anaknya. Jika terdapat mana-mana Ketua Cawangan yang ingkar kehendaknya cawangan tersebut tidak akan diberikan apa-apa peruntukkan.
Wowww..!!!

Daripada bahagian hingga ke pejabat Timbalan Menteri Tajuddin meletakkan kroninya, apakah Tajuddin sedang giat menyusun atur bagi memastikan tampuk pemerintahan negeri Perak dikuasai oleh anak beranaknya?
Orang macam ini Najib dengan ahli UMNO nak simpan?

Dalam parlimen pun Tajuddin masih nak sembang pasal bur***
AMRAYY

Kes Altantuya: Hanya Pembangkang Yang Untung Dari Kematian Altantuya

Kes pembunuhan Altantuya menjadi kes berprofil tinggi kerana orang yang disyaki sebelum ini merupakan individu yang mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri iaitu Razak Baginda. Dari situ, pembangkang mengambil kesempatan untuk memburukkan Perdana Menteri dan juga isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai terlibat dalam pembunuhan tersebut.
Cerita awal yang disebarkan oleh pembangkang ialah Datin Seri Rosmah dikatakan berada di tempat kejadian pembunuhan, mengarahkan dan menontonnya sendiri. Kononnya, beliau berbuat demikian sebagai membalas dendam kerana Mendiang Altantuya mempunyai hubungan sulit dengan suaminya.
namun, cerita ini terbukti sebagai fitnah kerana pada waktu
Nkejadian Datin Seri Rosmah dan Dato’ Seri Najib masing-masing mempunyai alibi yang kukuh kerana berada di program buka puasa berasingan dengan beratus orang saksi termasuk rakaman video dan laporan berita. Cerita ini juga diakui sebagai rekaan oleh penulis asalnya iaitu Raja Petra Kamaruddin. Oleh itu, pembangkang terpaksa menukar cerita kononnya bukan Perdana Menteri tetapi Razak Baginda yang mempunyai hubungan dengan Altantuya. Perdana Menteri hanya membantu ‘menutup’ hubungan sulit tersebut dengan ‘membenarkan’ penggunaan anggota keselamatan dan juga bahan letupan. Namun, cerita ini juga gagal mengaitkan Dato’ Seri Najib secara langsungMaka, pembangkang mencipta pula kisah Altantuya menjadi penterjemah dalam urusan pembelian kapal selam scorpene dan Dato’ Seri Najib terlibat dari segi menerima rasuah.
Jelas sekali bahawa pembangkang sejak dari awal cuba sedaya upaya untuk mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Dato’ Seri Najib. Apabila gagal melakukannya,mereka menukar dan menukar cerita itu berkali-kali agar nama Dato’ Seri Najib dapat dikaitkan juga. Kebenaran tidak mungkin berubah atau bertukar-tukar. Oleh itu, cerita pembangkang yang berubah-ubah, dengan sendirinya membuktikan yang mereka berbohong. Apatah lagi apabila terdedahnya bahawa pembangkang, khususnya, AnwarIbrahim cuba memaksa dan menyogok tertuduh untuk menipu dengan mengaitkan nama Dato’ Seri Najib sebagai dalang pembunuhan. Pendedahan ini dilakukan oleh bekas peguam Anwar, Zulkifli Nordin dan tertuduh sendiri. Bertitik tolak dari situ, Zulkifli telah meninggalkan Anwar kerana tidak sanggup bersekongkol dalam taktik kotornya. Selain itu, kisah mengenai kaitan Dato’ Seri Najib dengan Altantuya dan komisyen dari
pembelian scorpene juga terbukti sebagai kisah dongeng yang tidak berasas sama sekali. Ini kerana Altantuya muncul dalam kisah ini dua tahun selepas urusniaga scorpene selesai. Urusan pembelian scorpene juga tidak memerlukan penterjemah dan Altantuya pula tidak pernah menjejak kaki ke Perancis dalam tempoh urusniaga berjalan. Ini disahkan sendiri oleh pihak polis dan Kementerian Luar Perancis. Lebih dari itu, kes scorpene yang kononnya sedang dibicarakan di mahkamah Perancis adalah sebenarnya tidak pernah wujud sama sekali sepertimana yang disahkan oleh
Mahkamah Perancis sendiri. Sedangkan, pembangkang telah pun menyebarkan cerita mengenai senarai nama saksi yang bakal disapina. Kita faham bahawa pembangkang ingin sangat agar nama Dato’ Seri Najib tercemar. Tetapi, kenapa perlu berbohong berkali-kali dan mengulang-ulang pembohongan walaupun telah beberapa kali terkantoi?
Siasatan telah membuktikan bahawa Dato’ Seri Najib tidak terlibat. Malah, tertuduh sendiri tidak sanggup mengaitkan beliau walaupun cuba disogok oleh Anwar. Peguam tertuduh yang merupakan peguam Anwar sendiri tidak sanggup bersekongkol dengan Anwar untuk mengenakan Dato’ Seri Najib sehingga memilih untuk meninggalkan Anwar
Dan kita juga tidak lupa bagaimana bapa Altantuya sendiri mengakui bahawa Anwar ada berjumpa dengannya semata-mata untuk mengaitkan Dato’ Seri Najib dengan Altantuya. Maka kita tertanya-tanya, kenapakah begitu penting bagi pembangkang, khususnya Anwar, untuk mengaitkan kes ini dengan Dato’ Seri Najib walaupun ia mustahil? Apa ada dengan kes ini? Kenapa pembunuhan Altantuya begitu menarik hati Anwar? Persoalan semakin bertambah apabila mahkamah hari ini telah memutuskan untuk membebaskan kedua-dua tertuduh.
Hari ini, telah terbukti bahawa Dato’ Seri Najib sememangnya tidak terlibat wala bagaimana hebatnya usaha pembangkang untuk mengaitkan beliau. Jika Dato’ Seri Najib tidak terlibat, maka siapakah dalangnya? Untuk mencari dalang, kita perlu bertanya apakah motifnya? Atau siapakah yang memperoleh keuntungan dari kematian Altantuya? Setakat yang kita tahu, satu-satunya pihak yang mendapat keuntungan dari kematian Altantuya adalah pembangkang. Pembangkang telah menggunakan isu ini selama bertahun-tahun sebagai modal politik bagi memburukkan nama Dato’ Seri Najib. Malah, isu ini juga membantu mereka mengumpul dana melalui sumbangan orang ramai kepada SUARAM. Kesimpulannya, keuntungan yang diraih oleh pembangkang dari pembunuhan Altantuya bukan sahaja dari segi modal politik, tetapi juga dari segi kewanganDalam kata lain, hanya pembangkang mempunyai motif yang kukuh untuk membunuh Altantuya. Mungkinkah kes ini perlu dibongkar semula?
AMRAYY

Mahkamah Rayuan Bebaskan Dua Polis Daripada Tuduhan Bunuh Altantuya



PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Jumaat membatalkan sabitan terhadap dua pegawai polis unit tindakan khas berhubung kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Mahkamah menerima rayuan yang difailkan oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri dan membebaskan kedua-duanya.

Mahkamah rayuan, pada 10 Jun, membenarkan Sirul Azhar untuk memasukkan dua alasan baru, termasuk bantahan, dalam usahanya untuk mendapatkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mengisytiharkan perbicaraan silap.

Bagaimanapun, kerajaan masih boleh merayu terhadap keputusan itu pada Jumaat di Mahkamah Persekutuan.

Sirul Azhar dan Azilah Hadri didapati bersalah dan disabitkan hukuman mati pada tahun 2009 kerana membunuh Altantuya, yang ketika itu berusia 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober, 2006.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang didakwa kerana bersubahat dengan mereka, telah dibebaskan pada 31 Oktober 2008 selepas mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
AMRAYY

Wednesday 21 August 2013

Bas persiaran terhumban: 30 disahkan maut






KARAK: Seramai 30 orang disahkan maut setakat 8.15 malam dalam kemalangan bas persiaran yang terhumban ke dalam gaung di KM3, Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang tadi.

Daripada angka tersebut, 18 dipercayai lelaki dan 12 lagi perempuan. Sehingga kini seramai 41 mangsa telah dikeluarkan.

Pada masa ini kerja-kerja oleh anggota bomba dan penyelamat sedang dijalankan untuk mengeluarkan kira-kira tujuh lagi penumpang.

Menurut sumber, bas itu terhumban ke dalam gaung sedalam 50 meter.

Difahamkan, seorang wanita menjadi mangsa pertama dikeluarkan dari lokasi kemalangan kira-kira pukul 3.30 petang.

Sebanyak 30 ambulan difahamkan bersiap sedia untuk membawa mangsa ke hospital berhampiran.

Difahamkan keluarga mangsa terlibat menunggu di Hospital Selayang dan Hospital Besar Kuala Lumpur.

Mangsa difahamkan sudah mula dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur namun sumber enggan mengulas lanjut.

Pada 2012, dua pelancong india maut manakala 22 lagi cedera apabila bas persiaran yang mereka naiki terbabas dan terbalik di kilometer 4.5, jalan genting highlands-kuala lumpur

Sementara pada 2010, 7 maut manakala 21 lagi penumpang cedera dalam tragedi maut bas pelancongan yang terbabit dalam kemalangan setelah terbabas lalu terbalik di KM38 genting sempah.

Berita lanjut menyusul
:AMRAYY

Berita terkini: Bas Persiaran Terhumban Dalam Gaung Di Genting Highlands



KARAK: Sebuah bas persiaran dilaporkan terhumban dalam gaung di kilometer tiga menuruni Genting Highlands kira-kira jam tiga petang tadi.

Polis mengesahkan bas tersebut membawa penumpang namun setakat ini tidak diketahui nasib penumpang bas tersebut.

Menurut Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, mangsa terkini dilaporkan seramai 49 orang. Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan.

Berita lanjut menyusul

AMRAYY

Tuesday 20 August 2013

Nazri Masih Ingkar Arahan Najib?


Setelah Najib mengeluarkan kenyataan bahawa tidak dibenarkan seseorang menteri melantik anak atau ahli keluarganya sebagai pegawai khas di mana-mana kementerian, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz akhirnya menukar kedudukan jawatan anak bongsunya itu. Jika sebelum ini, jawatannya ialah pegawai khas menteri, kini ia ditukar kepada pegawai khas Ahli Parlimen Padang Rengas (urusan Gen Y).
Tindakan Nazri itu dilihat sebagai tanda beliau akur dengan arahan Perdana Menteri walaupun sebelumnya terlihat begitu angkuh mahu mempertahankan kedudukannya anaknya itu, termasuk dengan mengeluarkan kenyataan yang berbunyi, "ini kementerian saya, saya bebas melantik sesiapa saja".
Perubahan kedudukan jawatan itu dilakukan dalam portal rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, bermula semalam.

Bagaimanapun, yang menjadi persoalan ramai, kalau sudah jawatannya ditukar menjadi pegawai khas di kawasan Parlimen Padang Rengas dan bukan lagi sebagai kakitangan kementerian, mengapa pula perlu namanya dikekalkan lagi dalam senarai portal kementerian itu?

Kenapakah Nazri begitu bersungguh-sungguh mahu menonjolkan nama anaknya di kementerian itu sedangkan tugasnya tidak lagi berkaitan dengan kementerian, sebaliknya hanya berkaitan Generasi Y di Padang Rengas?

Apakah mungkin, Nedim Nazri itu sebenarnya hanya ditukarkan nama jawatan sahaja tetapi masih berada di kementerian dan menggunakan segala kemudahan kerajaan seperti pejabat, telefon, kakitangan dan sebagainya dalam urusan sehariannya? Bukankah ini bertentangan dengan etika yang seharusnya?

Rasanya semua menteri, termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga mempunyai pegawai khas yang menjaga kawasan Parlimen boss masing-masing tetapi tidak pula kita pernah mendengar nama pegawai khas Ahli Parlimen Pekan atau pegawai khas Ahli Parlimen Pagoh misalnya, dimasukkan namanya dalam portal rasmi Jabatan Perdana Menteri.

Begitu juga menteri-menteri lain yang turut mempunyai pegawai khas di kawasan Parlimen masing-masing, nama mereka turut tidak dimasukkan dalam senarai staff kementerian kerana mereka bukanlah kakitangan kementerian.

Barangkali Nazri satu-satunya menteri yang meletakkan nama pegawai khas di kawasan Parlimennya dalam portal rasmi kementerian walaupun gajinya dibayar oleh beliau sendiri.

Tugas seorang pegawai khas di kawasan Parlimen ialah menjaga kepentingan pengundi di kawasan itu dan memastikan mereka mendapat bantuan atau pertolongan yang sewajarnya dalam apa juga masalah yang dihadapi di sebalik kesibukan seseorang Ahli Parlimen yang memegang jawatan sebagai menteri di Pusat.

Tugas mereka biasanya hanya melibatkan urusan dengan Ahli Parlimen dan tidak berkaitan dengan kementerian.

Dalam hal ini, anak Nazri itu sepatutnya lebih wajar berada di Pedang Rengas, berbanding mempunyai pejabat yang selantai dengan bapanya di kementerian.

Dengan meletakkan nama anaknya kekal dalam portal rasmi kementerian dan kemungkinan juga masih mempunyai pejabat di kementerian, Nazri sebenarnya tidak seratus-peratus mematuhi arahan Perdana Menteri yang berbunyi, "Ini prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh diletakkan di pejabat menteri".

Najib juga berkata, seseorang menteri hanya boleh melantik ahli keluarganya sebagai pembantu di kawasan Parlimennya sahaja.

Walaupun terlihat akur dan mengalah, Nazri sebenarnya masih menyanggahi arahan Najib. (SH 19/08/2013)

by Shahbudin Husin
AMRAYY

Artikel,Video Dan Foto Mungkin Membantu Anda Dalam Pencarian Maklumat..!!!