Monday 30 September 2013

JANGAN SEBAR GAMBAR SUSPEK BAWAH UMUR -Amaran Polis.!!





KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan agar tidak terus menyebarkan gambar dan maklumat sulit mengenai lapan suspek juvana yang disiasat atas tuduhan merogol seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Bukit Aman, ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata tindakan menyebarkan foto suspek juvana dan maklumat sulit adalah salah disisi undang-undang.
Jelasnya, perbuatan itu bukan saja tidak bertanggungjawab, malah boleh menjejaskan siasatan polis.

"Perbuatan menyebarkan gambar kanak kanak adalah tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 yang mana tidak boleh disiarkan apa-apa sahaja gambar (suspek juvana) sama ada semasa pembicaraan atau dalam peringkat menjadi suspek dalam sesuatu kesalahan ataupun menjadi mangsa dalam satu-satu kesalahan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Kelapan-lapan suspek juvana itu dikatakan merogol pelajar terbabit di Kuala Kubu Baru, Selangor pada 23 September lalu.
Laporan sebuah akhbar mengenai kes itu disebarkan di laman media sosial bersama foto yang memaparkan beerapa suspek bawah umur.

Penyebaran foto terbabit yang menggunakan susunatur akhbar terbabit dipercayai didalangi oleh individu tidak bertanggungjawab.
Dalam kejadian itu, seorang pelajar berusia 12 tahun dikatakan telah ponteng dari sekolah pada 19 September. Dia kemudiannya tidak pulang ke rumah sebaliknya tidur di surau sebuah taman perumahan di bandar itu.

Pada keesokan harinya, beberapa rakan lelaki pelajar itu dikatakan telah membawa mangsa ke sebuah rumah kosong sebelum dipercayai dirogol.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin berkata susulan laporan keluarga mangsa, polis telah menahan kelapan-lapan suspek untuk direman bagi siasatan lanjut.

"Enam suspek berusia 14 tahun manakala dua lagi berusia 12 tahun. Pelajar perempuan terbabit telah dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut. Kes kini disiasat di bawah kesalahan merogol berikutan mangsa masih di bawah umur."


Sumber: astroawani
                             AMRAYY

Thursday 26 September 2013

VIDEO ISTERI MAT YO PEMAIN BOLA SEPAK NEGARA MINTA MAAF..LAWAK DOL.!!

Ini pengajaran pada isteri Mat Yo, supaya lebih peka pada undang-undang dan menghormati orang-orang tua.!! Cuba orang tua tu bapa lu, mesti lu pun berangin satu badan..Jangan ingat orang miskin senang dihina dan dicerca..!!Moral dari peristiwa ini jika kita menghina orang, tuhan bagi cash sekejap jer, 1 malaysia sedang melihat isteri pemain bola sepak ini Mat Yo dengan pandangan hina.!!
Lu pikir lah bro..!!


 Kepada Mat Yo, Lu kasi sekolah sikit kat bini lu, supaya hormat sikit orang tua.!! Jangan sampai mak lu sendiri nanti bini lu tak hormat satu hari nanti, baru nasi dah jadi bubur, baru nak menyesal.!!
AMRAYY

Monday 23 September 2013

SENARAI NAMA CALON PEMILIHAN UMNO 2013



PRESIDEN :
1. Datuk Seri Mohd Najib Razak (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)

TIMBALAN PRESIDEN:
1.Tan Sri Muhyiddin Yassin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)

NAIB PRESIDEN:
1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Penyandang)
2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Penyandang)
3. Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Penyandang)
4. Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir
5. Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad
6. Datuk Seri Mohd. Ali Rustam

MAJLIS TERTINGI:

1. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
2. Datuk Dr. Aziz Jamaluddin Mohd Tahir
3. Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin
4. Datuk Abdul Azeez Rahim
5. Datuk Razali Ibrahim
6. Datuk Azalina Othman Said
7. Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin
8. Razali Husain
9. Datuk Dr. Norraesah Mohamad
10. Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik
11. Prof. Datuk Dr. Zainul Fitri Othman
12. Raja Ropiah Raja Abdullah
13. Abdul Zarin Mohd. Yasin
14. Datuk Seri Shahidan Kassim
15. Azlan Man
16. Datuk Sohaimi Shahadan
17. Datuk Tajuddin Abdul Rahman
18. Datuk Idris Haron
19. Datuk Seri Idris Jusoh
20. Datuk Abdul Rahman Dahlan
21. Datuk Musa Sheikh Fadzir
22. Datuk Hasan Malek
23. Datuk Mahadzir Khalid
24. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
25. Tun Faisal Ismail Aziz
26. Datuk Nur Jazlan Mohamed
27. Datuk Abd. Wahab Ibrahim
28. Datuk Azman Shah Omar Shah
29. Yusoff Ishak
30. Zawawi Othman
31. Tan Sri Anuar Musa
32. Datuk Halimah Mohamed Sadique
33. Datuk Mokhtar Radin
34. Datuk Md. Alwi Che Ahmad
35. Prof. Madya Dr. Sazili Sahibi
36. Datuk Seri Jamaluddin Jarjis
37. Datuk Samsul Anuar Nasarah
38. Datuk Nasir Safar
39. Datuk Rosni Zahari
40. Hamidah Osman
41. Dr. Mohd. Puad Zarkashi
42. Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar
43. Datuk Tawfik Abu Bakar Titingan
44. Datuk Maznah Hamid
45. Mohsin Yussof
46. Dr. Zubir Harun
47. Datuk Ahmad Jaafar
48. Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohamed
49. Mohd. Sazili Shahidi
50. Datuk Abdul Aziz Kaprawi

PENGERUSI TETAP
1. Datuk Abdul Fattah Abdullah
2.Datuk Zubir Zabidi
3.Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad

TIMB. PENGERUSI TETAP
1.Muhammad Yadzan Mohammad
2.Ahmad Mushawir Abdullah
3.Hisham Abdul Sabri
4.Mohd Shoubli Jamal
5.Bahrul Razha Chuprati

KETUA PEMUDA:
1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Penyandang)
2. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
3. Syed Rosli Syed Harman Jamalullail
4. Abd. Karim Ali
5. Irwan Ambak

NAIB KETUA PEMUDA:
1. Jamawi Jaafar
2. Lokman Noor Adam
3. Mohamad Iruan Zulkefli
4. KHAIRUL AZWAN DATO HARUN @azwanbro

EXCO PEMUDA UMNO
1.Arman Azha Abu Hanifah CALON 04
2.Awang Salleh Makmud
3.Mohamad Faiz Yaacob
4.Teng. Zuhri Tenh. Abd Aziz
5. Ahmad Luthfi Ibrahim
6. Mohd Aizli Shahar Abd Malek Shahar
7.Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman
8.Onn Hafiz Ghazi
9Armizan Mohd Ali
10.Dazman Shah Daud
11.Dr Mazlan Ismail
12.Erwin Mukhriz Zahari
13.Datuk Mohamad Hazali Abu Hassan
14. Muhammad Muqharabbin
15.Muhammad Faiz Hashim
16.Jeffri Salim
17.Yusmizan Md Yunus
18.Azizil Kmar Abd Rahman
19.Kamarol Salleh
20.Rahimi Abd Karim
21.Fathulbari Mat Jahya
22.Rozaidi Abd Jamil
23.Faez Ainstein Nordin
24.Abdul Aziz Ismail
25.Mohammad Fazly Zainuddin
26.Mohammad Nawar Ariffin
27.Mohd Zamri Mohd. Idrus
28. Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad
29.Khairul Firdaus Akbar Khan
30.Hasniyusfree Abu Hassan
31.Suhasni Hayani
32.Mohamd Suii Bilang Mohd
33.Ariff Hakimi Zulkifli
34.Rohsawal Nizam ABd Ghafar
35.Shahrizal Man Harun
36.Norhilman Mohamad Noor
37.Mohd Safiee Salam
38.Maisham Maarof
39.Mohd. Amir Izwan abdullah
40.Mohd Faizal Daud
41.Mohd Najib Mohd Isa
42.Syamsul Baharin Putra AHmad Shibi
43.Ariffin Kassim
44. Nazir Hussin Akhtar Hussin
45.Mohd Khairul Amri Amilhamzah
46.Ibdillah Ishak
47.Salehudin Satar
48.Azlan Abdullah
49.Ahmad Faisal abdul Karim
50.Mohd Rafiq Naizamohideen
51.Zaidel Baharudin
52.Badrul Razha Chuprati
53.Mohd Iskandar
54.Shahriman Akma Md Shabudin
55.Ahmad Husaimi Hussin
56.Mohamed Noor Affendy Ameerudeen
57.Ariff Hakimi Zulkifli
58. Jefrizal Mohd Jaafar
59.Mohd Iskandar Jaafar
60.Mukriz Ahmad fuad
61.Irwan Ambak Khalid Izhar
62.Khairul azlan Shah Abd Aziz
63.Azmi Md Yatim
64. Manndzri Nasib
65. Mohd Saiful Mohd sahak
66. Mohd Asian Ahmad
67.Mohammad Najuib Mohamad Shahaimi
68.Mohammad Nazari Ahmad
69.Anuar Abd.

Pada bulan october ini berlangsungnya pemilihan calon UMNO 2013. Gua salah seorang yang akan memangkah calon-calon yang  gua rasa berkelayakan dari segi sikap kepimpinan.. So kita tunggu siapa yang naik atau yang akan turun dari jawatan yang disandang..!!

AMRAYY

Saturday 21 September 2013

KEDAI MENJUAL DAGING MANUSIA DIBUKA SECARA TERANG-TERANGAN DI LONDON

Saturday, 21 September 2013


Dunia semakin pelik,Kedai menjual daging manusia DiBUKA secara Terang-Terangan!!!!

 (15 Gambar)


NO HOPE LEFT tema kedai menjual daging manusia!!!!!

Pelik dah Dunia sekarang ni,sehinggakan daging manusia sudah menjadi sumber makanan bagi sesetengah pengemar daging,yang hairannya dah sampai tak dak daging atau makanan dah ke dekat dunia ni??

Badan manusia serta anggota yang lain dijual secara terbuka di kedai daging.Anggota badan Manusia di jual di kedai daging London kalau di thailand kepala manusia di jual dan di jadikan makanan ini lain pula ceritanya di London apabila kedai ini dibuka untuk orang ramai selama dua hari dengan tema Daging Manusia dalam Filem Resident Evil 6 di London Smithfields market. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
AMRAYY
(BUAT KEPADA SEMUA PEMBACA INI BUKAN DAGING MANUSIA SEBENAR. INI SEBAHAGIAN ALAT-ALAT DALAM LAKONAN YANG SEDANG BERLANSUNG DI LONDON DALAM SEBUAH FILEM YG SEDANG DIPROMOSIKAN. JANGAN MARAH EK.!!!
WAKAKAKKAAKKA)

Monday 16 September 2013

Ketua Pemuda UMNO: Anak Sanusi Junid berhasrat cabar Khairy






KUALA LUMPUR: Akhramsyah Sanusi, anak bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Sanusi Junid, mengumumkan hasrat beliau ingin mencabar penyandang Khairy Jamaluddin untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Menurut laporan The Star dan New Straits Times graduan kejuruteraan mekanikal berumur 39 tahun itu telah mengesahkan hasrat beliau itu.

Akhramsyah adalah ahli UMNO Bendang Baru cawangan di Langkawi, Kedah.

Semalam, beliau telah mengesahkan di blog peribadinya 'thoughtsintangents.blogspot.com' khabar angin bahawa dia akan bertanding menentang Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan.

Dalam blognya, Akhramsyah berkata beliau memutuskan untuk menawarkan diri untuk jawatan itu kerana ingin mengembalikan kegemilangan Pergerakan Pemuda UMNO, terutama dalam perjuangan melaksanakan agenda Melayu.

"Agenda Pemuda UMNO pimpinan saya bukanlah agenda saya sendiri, tetapi membawa harapan seluruh masyarakat Melayu amnya dan warga muda UMNO khususnya." katanya.

Khairy, menantu kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga ahli Parlimen Rembau, telah mengumumkan baru-baru ini bahawa beliau akan mempertahankan jawatan itu.

Pada pemilihan parti 2009, Khairy menang selepas mendapat 304 undi dalam pertandingan tiga penjuru dengan Datuk Mukhriz Mahathir (254 undi) dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo (232 undi).

AMRAYY

Friday 13 September 2013

MAHKAMAH TINGGI ARAH PAPA GOMO BAYAR GANTI RUGI RM500,000





KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memerintahkan pengendali blog 'Papa Gomo' atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, membayar ganti rugi RM500,000 kepada ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blognya.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu selepas mendapati Abdul Razak berjaya membuktikan perkataan-perkataan fitnah dalam artikel yang ditulis oleh Wan Muhammad Azri itu merujuk kepadanya, dan sebenarnya memfitnah beliau.

Vazeer Alam memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi am sebanyak RM200,000 dan ganti rugi teladan RM300,000 kepada Abdul Razak, serta menetapkan kos guaman sebanyak RM50,000, selain membenarkan permohonan injunksi supaya Wan Muhammad Azri dihalang daripada terus menyiarkan kata-kata fitnah itu.

Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata Abdul Razak selaku plaintif berjaya membuktikan Wan Muhammad Azri yang menerbitkan artikel itu, meskipun defendan dalam keterangannya menafikan beliau adalah pemilik blog yang dikenali sebagai 'Papa Gomo'.

Beliau berkata dalam kes ini, plaintif telah memanggil saksi pertamanya iaitu Mohd Fauzi Mohd Azmi yang mempunyai blog dikenali sebagai 'Perisik Rakyat' dan dalam keterangan saksi itu menyatakan beliau dapat mengecam defendan setelah defendan sendiri memperkenalkan dirinya sebagai 'Papa Gomo' ketika menghadiri satu persidangan bloggers di Lake View Garden, Subang Jaya pada 16 Mei 2009.

"Saksi itu, yang turut diperkenalkan kepada seorang blogger lain yang dikenali sebagai 'Parpukari' semasa persidangan itu berkata beliau telah mengambil gambar defendan dan 'Parpukari' dan gambar itu dikemukakan sebagai bahan bukti dalam kes ini," katanya.

Vazeer Alam berkata mahkamah percaya gambar yang diambil adalah gambar mereka walaupun muka mereka tidak dapat dilihat dengan jelas kerana mereka cuba melindung separuh daripada wajah mereka dengan tangan.

"Apabila mahkamah membandingkan ciri-ciri wajah muka dalam gambar itu dengan ciri-ciri defendan semasa hadir di mahkamah, saya dapati ianya sama dan jelas menunjukkan bahawa defendan yang dipaparkan dalam gambar itu," katanya.

Beliau berkata walaupun defendan menafikan beliau merupakan orang di dalam gambar itu, mahkamah mendapati penafian defendan adalah satu pembohongan kerana keterangan Mohd Fauzi bahawa beliau telah berjumpa dengan defendan dan 'Parpukari' di persidangan itu tidak dicabar oleh peguam yang mewakili defendan.

Vazeer Alam berkata keterangan Mohd Fauzi bahawa terdapat nama, gambar serta nombor telefon defendan yang dimuatkan dalam blog isterinya adalah sama dengan nombor telefon yang digunakan saksi itu untuk menghubungi blogger yang dikenalinya sebagai 'Papa Gomo' dan keterangan itu juga tidak dicabar oleh peguam. Katanya, mahkamah juga mendapati kata-kata yang diterbitkan defendan dalam artikelnya bukan komen sebaliknya merupakan kata-kata fakta yang tidak berasas.

"Dalam kes ini plaintif adalah seorang ahli perniagaan yang dikenali ramai dan kata-kata defendan bahawa plaintif seorang penipu yang telah mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit semasa Sukan Komanwel berkecenderungan merendahkan plaintif dalam pandangan mata umum," katanya.

Vazeer Alam berkata mahkamah mendapati perkara memuatkan artikel yang berunsur fitnah dalam sesawang internet telah berleluasa dan ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab seperti defendan yang bermaharajalela di alam siber, bersembunyi di belakang tirai nama samaran atau 'anonymity' untuk menulis apa sahaja yang mereka mahu tanpa mempedulikan kesan akibat penulisan mereka.

Katanya, mahkamah mengambil serius terhadap gejala negatif ini yang telah menular tanpa batasan sejak akhir-akhir ini dan sekiranya tidak dibendung dan dibanteras akan merosakkan 'social fabric' masyarakat yang berpotensi menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

"Dengan ini, saya mahu penghakiman yang diberikan diambil sebagai satu teladan kepada defendan dan juga semua pengguna internet supaya mereka tidak menyalahgunakan kemudahan ini.

"Sekiranya disalahgunakan, mahkamah akan mengambil pandangan yang amat serius, seperti pepatah "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga" dan sepandai-pandainya defendan menyembunyikan diri dengan nama samaran, akhirnya telah didedahkan melalui 'footprint' yang beliau tinggalkan di alam siber," tegasnya.

Sementara itu, Abdul Razak ketika ditemui pemberita berkata berkata beliau gembira dengan keputusan mahkamah.

"Ini bukan untuk kebaikan diri saya sahaja. Saya telah difitnah oleh blogger," katanya.

Pada 26 Jan, 2012, Abdul Razak, 59, memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri, 30, berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blog 'Papa Gomo' pada 11 Dis 2011.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Abdul Razak mendakwa Wan Muhammad Azri telah mengeluarkan kenyataan fitnah bahawa beliau merupakan seorang penipu yang telah mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit setelah mendapat kontrak semasa Sukan Komanwel yang berlangsung di negara ini yang menyebabkan reputasinya terjejas.

Abdul Razak diwakili peguam Reuben Netto dan Malik Imtiaz Sarwar manakala Wan Muhammad Azri diwakili peguam Jasbeer Singh.

Berita mula diterbitkan pada:
September 13, 2013 15:25 MYT