Friday 12 July 2013

RESEPI BERBUKA PUASA - DAGING REBUS BUTTER KICAP (DAGING MASAK KICAP)


Ramai diantara kita semua pandai makan, tapi nak masak benda yang kita makan tadi kita tak tahu. hari ni gua  nak berkonsi kepada warga-warga yang duduk bujang dan teringat resepi masakan mak kat kampung.


Daging Rebus Butter & Kicap 

1 kg daging fillet
1/4 cawan kicap pekat
1/4 cawan kicap cair
1 sb lada hitam
5 ulas bawang putih
1/3 ketul butter
6 cawan air


Resipi selepas ini.

Cara:
 
1.Daging dipotong kepada dua atau tiga sahaja dan dibersihkan.
2.Tumbuk lada hitam dan bawang putih.
3.Letak semua kicap, daging, bawang putih dan lada hitam dalam periok.
4.Gaul daging dengan bahan2 tadi dan biarkan dalam 1/2 jam. (marinate)
5.Tambah air dan butter ke dalam periok dan rebus dengan api sederhana hingga daging empuk.
6.Jangan lupa balik2 kan daging supaya mesra semua bahagian.
7.Keluarkan daging dan potong nipis-nipis dan susun dalam pinggan.
8.Jika mahu, pekatkan kuah dengan sedikit bancuhan tepung jagung.
9.Curah kuah atas daging dan sedia untuk dimakan dengan nasi.

Note
 : Tak payah bubuh garam,dah masin pun.Kicap tu anggaran saja, guna kicap pekat saja pun sedap juga.

Alternatively, boleh juga masukkan daging yang dihiris tu ke dalam kuah, kacau2 dan hidangkan

AMRAYY

4 comments:

Unknown said...

Pandai jugak masak ko amrayy..hehe

Amrayy Lensa Assault said...

Kalau darurat resepi ni boleh diguna pakai..Wakaakkaka

bicara mak dara said...

perghh sodap tuuu

resepi.org said...

Sodap nyeeee

Artikel,Video Dan Foto Mungkin Membantu Anda Dalam Pencarian Maklumat..!!!