Wednesday 31 July 2013

ANGKARA PEMBUNUH UPAHAN SEORANG LAGI DI TEMBAK DI PERAK




PARIT BUNTAR : Seorang penduduk Taman Semarak Parit Buntar berketurunan India telah mati ditembak sekitar jam 10.30 pagi tadi berdekatan dengan simpang tiga tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar.
Menurut saksi sebanyak 3 das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan 2 darinya kena pada mangsa . Satu dibahagian hati dan satu dibahagian perut.

Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian.

Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh 2 orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal.

Sehingga kini motif tembakan masih tidak dapat disahkan.

AMRAYY

Jenazah Hussain Najadi selamat dikebumi





KUALA LUMPUR: Jenazah pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi yang ditembak mati di Lorong Ceylon di sini pada Isnin, selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara semalam.

Jenazah Hussain disemadi pada 10 malam setelah disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta selepas solat Isyak.

Balu Allahyarham, Chong Mei Kuen serta kira-kira 30 anggota keluarga dan rakan beliau hadir memberi penghormatan terakhir.

Turut hadir bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin.

Dalam kejadian semalam, Hussain, 75, ditembak mati manakala Chong, 49, cedera ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon.

Hussain terkena dua das tembakan di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan.

Sementara itu, bekas isteri pertama Allahyarham, Heidi Najadi, 72, yang menetap di Malaysia sejak tiga tahun lepas, meminta polis menyiasat insiden berkenaan dengan terperinci.

"Beliau tidak mempunyai musuh... beliau seorang insan yang baik," katanya kepada pemberita selepas pengebumian itu.

Anak lelaki Hussain, Pascal Najadi, 46, pula berkata bapanya adalah seorang yang berhati mulia.

"Beliau adalah kawan karib saya dan seorang sahabat yang baik dengan semua orang yang bernasib baik mengenalinya," katanya.

AMRAYY

PENGUATKUASAAN PEMILIKAN SENJATA API PENYEBAB PENGGUNA SENJATA HARAM MENINGKAT.





BANDAR SUNWAY: Penguatkuasaan bersepadu terhadap pemilikan senjata api di negara ini termasuk rampasan-rampasan senjata api yang begitu berleluasa dilihat punca kepada peningkatan penggunaan senjata api haram yang membawa kepada kejadian tembak mati pada akhir ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan bahawa ketirisan keluar masuk di sempadan membolehkan senjata-senjata api ini diseludup masuk secara haram ke negara ini.

"105km panjangnya sempadan Sungai Golok dan ribuan kilometer panjangnya sempadan lautan negara ini dilihat membuka peluang kepada penyeludup untuk membawa masuk senjata api secara haram," kata Khalid.

"Rangkaian sindiket jenayah juga memudahkan mereka memperoleh senjata-senjata api secara haram ini.

"Satu pasukan siasatan khas juga telah ditubuhkan oleh PDRM diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Hadi Ho Abdullah untuk menyiasat dan mengumpul maklumat mengenai situasi ini.

"Sehingga kini telah banyak kejayaan dirakamkan oleh pasukan siasatan khas ini dalam membanteras kejadian tembak-menembak dan penyeludupan senjata api. "

"Masyarakat juga diharapkan dapat bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi dan andaian dan tidak mudah menuding jari dalam mencari kesilapan pihak berkuasa yang kononnya dilihat gagal menangani masalah jenayah melibatkan senjata api ini.

"Kita sama-sama bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku," katanya lagi.

Sementara itu, mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Mohd Zaman Khan ketika dihubungi Astro Awani berkata, penyiasatan lebih mendalam amatlah diperlukan dalam mengesan penjenayah yang terlibat dalam beberapa kejadian tembak mati kebelakangan ini.

"Memang tidak dinafikan, kejadian yang berlaku ini sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat kerana kejadian ini juga merupakan sebuah 'trend' atau fenomena yang baru," kata Mohd Zaman.

Beliau menambah, kejadian yang berlaku ini juga menimbulkan kerisauan kepada mereka yang mempunyai perniagaan yang besar.

"Mungkin adanya saingan ataupun salah faham yang berlaku ketika urusniaga perniagaan maka dengan sebab inilah khidmat pembunuh upahan sering digunakan," katanya lagi.

Namun, saya percaya polis mampu menyelesaikan kes ini dengan segera dan sesiapa juga yang terlibat akan diberkas.

                                                                                                   AMRAYY

Saturday 27 July 2013

TERBONGKAR!! Suara Azan RASMI Dunia!!!

MasyaAllah.. Ini dia empunya Suara Azan!



Jika suara azanya dah cukup merdu...bagaimana agaknya suara azan billal bin rabbah agaknya yer... Subhanallah.,..,

AMRAYY

Orang ramai disaran bantu pantau blog Alvin, Vivian





KUALA TERENGGANU: Orang ramai disaran membuat aduan kepada pihak berwajib jika terlihat pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang masih memuat naik gambar atau apa-apa kenyataan berbaur hasutan di laman sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata masyarakat juga boleh memantau perkara itu dan jika berulang boleh membuat aduan.

Sehubungan itu, beliau berharap pasangan terbabit mematuhi syarat yang ditetapkan oleh mahkamah dengan tidak mengulangi perbuatan itu.

"Dalam hal ini, saya minta supaya orang awam turut memantau apa yang dilakukan oleh pasangan ini dalam blog mahupun laman sosial mereka agar perkara yang sama tidak berulang.

"Tidak semestinya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang boleh memantau perkara ini, orang ramai juga boleh memantau dan jika ternampak boleh buat aduan terus kepada pihak berwajib," katanya kepada pemberita di sini.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin membenarkan Alvin dan Vivian dijamin RM30,000 seorang berserta empat syarat iaitu pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah; melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan; dilarang memuat naik artikel, komen, gambar lucah serta apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman; serta dihalang menggunakan peranti komunikasi berangkaian bagi mengakses Internet.

Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.

Dalam perkembangan lain, Jailani berkata SKMM hanya akan bertindak jika menerima aduan berhubung penyalahgunaan internet atau laman sosial termasuk blog-blog.

Bagaimanapun beliau berkata dalam kebanyakan kes, kehadiran SKMM lebih kepada membantu siasatan memandangkan kes-kes itu akan dirujuk kepada pihak yang berkaitan terlebih dahulu.

"Sebagai contoh, penyebaran ajaran Syiah di internet adalah di bawah tanggungjawab jabatan agama manakala isu kantin sekolah yang kecoh sebelum ini di bawah Kementerian Pendidikan.

"Dalam hal ini, SKMM akan membantu apa yang perlu termasuk dari segi pemantauan. Jadi, sebab itulah saya rasa kita perlu wujudkan kawalan kendiri bagi mengatasi masalah ini. Mana-mana orang awam yang ada maklumat mengenai perkara ini, mereka boleh buat laporan terus kepada kami," katanya.
AMRAYY

Friday 26 July 2013

KEKASIH ALLAH DI DETIK TERAKHIR HIDUPNYA (SEDIHNYA)



AIRMATA RASULULLAH SAW
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizin kannya masuk, 'Maafkan lah,ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuat kan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihih
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.          Ya اَللّهُ : 
✔ Muliakanlah yang membaca pesan ini
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya, dan 
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
✔ Mudahkan segala urusannya 
✔ Kabulkan cita-citanya 
✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka 
Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar 
✔ Jauhkan dari segala Musibah 
✔ Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan 
✔ Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Syurga-MU.
آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن 
Kirim ke semua orang dalam contact. Doakan mereka, dan mudah²an doa kita dikabulkan.
آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن 
Usaha kirimkan semula agar kita sentiasa saling mendoakan.amin...
AMRAYY

KEMALANGAN KERETAPI LAJU DI SPAIN



AMRAYY

Najib umum bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam






KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.

"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.

Najib berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.

Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.

"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.

Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya.
AMRAYY

Zahid Hamidi: Pemimpin politik dikenalpasti terlibat dengan Syiah




KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri sudah mengenalpasti pemimpin politik yang terlibat dengan penyebaran fahaman Syiah di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata, tindakan undang-undang akan diambil ke atas individu terbabit jika ada laporan dibuat terhadapnya.

Zahid berkata, kementeriannya mempunyai maklumat lengkap berhubung pembabitan pemimpin parti berkenaan.

Ditanya sama ada kdn akan mendedahkan individu terbabit, Zahid menjelaskan beliau menyerahkan perkara itu kepada Majlis Agama Islam dan parti politik terbabit untuk membuat penilaian sendir.

AMRAYY

Thursday 25 July 2013

HARI INI HARI LAHIR KU 25 JULAI 2013

Kepada semua pembaca blog gua dan teman-teman gua di facebook...
Gua ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian korang semua mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" untuk gua.. Tak lupa juga buat keluarga gua yang mengingati hari ini hari lahir gua.. Yang paling membanggakan gua,hari lahir gua tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan yang berkah iaitu selepas 16 hari kita menunaikan ibadah puasa.. Alhamdulillah .. Gua masih di beri peluang untuk menikmati hidup di dunia yang hanya pinjaman ini.. Semoga gua di panjangkan umur,di murahkan rezeki,di lindungi dari segala mala petaka,di beri kesihatan yang bagus dan sentiasa mendapat keberkatan dari ALLAH SWT.. Amin yarabbal alamin...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.
Doa Hari Ke Enam Belas Ramadhan…Semoga  Allah سبحانه وتعالى mengurniakan kehidupan yang baik dan dijauhkan dari segala kejahatan serta dilindungi dengan Rahmat-Nya…
Doa Ramadhan Hari Ke 16.
... AMIN ...

وَالسَّلاَمُ

AMRAYY

RESIPI BULAN PUASA ; GULAI PERIA DENGAN UDANG GALAH,





Assalammualaikum, salam 15 Ramadan, dah mula buat biskut raya?.. Cm baru nak ON buat biskut dan ada sedikit masa ni, cm cepat2 update blog. Tapi entri yang biasa2 aje lah, semalam punya. Atas permintaan bonda cm masak gulai peria katak sama udang. Sebenarnya bonda suruh guna ikan masin kurau, tapi cm gatai2 pi tukar dengan udang...hehe, sedapp you!!..Yelah dah nama pun udang. Cm tumis sedikit rencah2 untuk gulai dan cm guna dalam 5 biji peria katak. Kalau anda tak suka peria katak sebab rasa pahitnya yang agak keras, anda boleh ganti dengan peria kambas, peria yang saiz besar tu. Yang tu agak kurang pahit atau tak pahat langsung. Ok jomm kita lihat resipi yang mudah sangat2 ni, tapi sebelum tu, cuba tengok ini....comelkan..biasalah jangkit Pak Tua Mat dia...ehemm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji peria katak jenis bersaiz besar
10 ekor udang bersaiz sederhana
2 batang serai
2 kuntum bunga kunyit (optional)
1 keping asam gelugor
1 pati kiub ikan bilis (optional)
800 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
25 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA 

Peria katak dibelah dua, buang bijinya, kemudian setiap belahan dibelah dua tapi tak putus, cuci dan rendam dalam air garam 15 minit. Udang dibersihkan dan tak perlu dibuang kulit. Cuci dan toskan..

Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 3 camca besar),tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum dan terbit minyak. Kacau selalu dan guna api kecil. Masukkan udang dan gaul rata. Bila udang berubah warna, tuang santan cair. Kacau dan biar mendidih.
Masukkan asam gelugor dan peria tadi (toskan). Kacau dan masak hingga peria lembut, masukkan bunga kunyit dan kiub ikan bilis, tuang pati santan, kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan..

AMRAYY

TIADA PENEMPATAN SEMULA PENIAGA DI JALAN ALOR






KUALA LUMPUR: Kerja-kerja menaik taraf Jalan Alor di kawasan Bukit Bintang akan dilakukan secara berperingkat.

Datuk Bandar Kuala Lumpur , Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, ia dilakukan agar tidak menganggu aktiviti perniagaan di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun jelasnya kerjasama komuniti diperlukan supaya kerja yang dilakukan berjalan lancar.

"Kita akan buat secara berfasa untuk memastikan tidak ada penempatan semula komuniti di situ, cuma apa yang kami (DBKL) perlukan adalah kerjasama mereka untuk membolehkan kerja menaik taraf dijalankan.

“Daripada awal lagi kita tegaskan ini adalah usaha DBKL untuk menaik taraf kawasan berkenaan tetapi dalam masa sama memastikan tiada sebarang penempatan semua peniaga” katanya selepas mengagihkan bubur lambuk kepada kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur , DBKL di lobi Pejabat DBKL di sini.

Katanya, Jalan Alor yang menjadi tumpuan pengemar masakan cina akan dinaik taraf sebagai syurga makanan bertaraf antarabangsa

Projek bernilai RM 12 juta itu akan bermula November ini dan dijadual siap Ogos tahun depan.

Ia membabitkan penyusunan semula gerai makanan dan menyediakan laluan pejalan kaki.

Selain itu, DBKL juga akan menyediakan tempat letak kereta yang lebih sistematik bagi mengatasi masalah lalu lintas di kawasan berkenaan.

AMRAYY

Wednesday 24 July 2013

BN MENANG PRK KUALA BESUT




KUALA BESUT: Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dengan majoriti 2,592 undi.

Calon BN Tengku Zaihan Che Ku Rahman, 37, memperolehi 8,288 undi sekaligus menewaskan calon PAS Azlan Yusof, 48, yang hanya meraih 5,696 undi.
Keputusan itu diumumkan secara rasmi pada pukul 10.15 malam oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
SPR melaporkan hampir 80 peratus keluar mengundi dan 125 undi ditolak.
Pilihan Raya Kecil Kuala Besut diadakan selepas wakil rakyatnya Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun lepas.
Pada pilihan raya lalu, Dr. A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon Pas, Napisah Ismail.

AMRAYY

APA ITU MILIUN SOFTWARE FOREX??


PADA SESIAPA YANG BERMINAT NAK TERBABIT DALAM PERMAINAN FOREX NI BOLEH CALL GUA H/P NO: 0166597725 ATAU EMIL : amrayylensa@gmail.com
Miliun merupakan software yang mampu membantu dan memberikan anda keuntungan dalam pasaran matawang (Forex) dengan kadar risiko yang hampir minimum. Miliun Software ini ialah aturcara yang telah di cipta oleh anak Melayu utk dagangan Forex secara autopilot, 100% fully automated.

Harga untuk 10 jenis EA kami ialah sebanyak RM3500 sahaja. EA kami direka khusus di dalam Pakej mengandungi 10 jenis EA yang akan run serentak di dlm 1 akaun trading.

Utk info, semua pengguna EA kami sgt berpuas hati dgn performance EA yang mereka beli dgn mencipta keuntungan yang konsisten dari 10% - 50% sebulan. Kami syorkan untuk membuka akaun trading dengan Forex4you disebabkan broker ini berstatus NDD (Non Dealing Desk) yang mana penggunaan EA kami amat bersesuaian. Broker selain Forex4you kami tidak syorkan.

Segala teknik akan disediakan secara detail kepada pembeli untuk mendapatkan keuntungan maksimum dengan risiko pada tahap yang paling minimum. Langkah pemasangan EA akan diterangkan dengan secara terperinci untuk memastikan EA itu berfungsi dengan sepenuhnya.


Expert Advisor yang kami tawarkan cukup selamat dengan mengambil kira tahap risiko yang sangat minimum. Ianya sesuai untuk semua golongan tidak kira samada orang itu berpengalaman dalam bidang Forex ataupun tidak. Yang paling penting, seseorang itu mempunyai keinginan untuk mencipta pendapatan berlipat kali ganda secara konsisten.

Sekiranya EA ini menghampakan anda, kami menjamin pembayaran balik harga EA ini 100%.
Utk maklumat lanjut, boleh hubungi Azly 0132664649.

Terima kasih
LANGKAH MUDAH UNTUK MENGGUNAKAN SOFTWARE MILIUN

SPR TEGUR CALON BN TUNJUK KERTAS UNDI KEPADA MEDIA - PRK KUALA BESUT




KUALA BESUT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegur tindakan calon parti Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang menunjukkan kertas undinya kepada media sebelum beliau membuang undi.

Pengarah SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dia tidak sepatutnya berbuat demikian kerana setiap undi adalah rahsia.

"Namun, itu hak dia dan sudah tentulah dia sebagai calon BN, dia akan memilih BN kerana tidak mungkin dia akan memangkah untuk orang lain pula," kata Abdul Aziz.

Dalam Pilihan Raya DUN Kuala Besut, calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman ditentang oleh calon Pas, Azlan Yusof atau Che Long.

P/S: JANGAN TERLALU OVER CONFIDENT BRO..!!PARTI PAS BUKAN LAWAN YANG MUDAH.!!BERDOA SAJE LAH BRO.!!WAKKAKKAAKA.!!

AMRAYY

SENIWATI UMI KALTHUM MENINGGAL DUNIA




KUALA LUMPUR: Seniwati veteran Datin Umi Kalthum, 80, meninggal dunia awal pagi tadi di rumahnya di Taman Melawati.

Umi Kalsom, ataupun nama sebenarnya Patimah Bahaudin, merupakan heroin filem Melayu klasik yang terkenal sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah (1959).

Allahyarham Umi, yang berasal dari Lenggeng Negeri Sembilan, pernah digelar sebuah majalah antarabangsa sebagai “Wanita Melayu Paling Jelita” di seluruh Singapura dan Malaya.

Umi Kalthum juga merupakan ibu kepada pelakon Noor Kumalasari dan ibu tiri kepada Anita Sarawak.

BAYI DIRAJA DITAMPILKAN BUAT KALI PERTAMA



KUALA LUMPUR: Sehari selepas dilahirkan bayi diraja pasangan Kate Middleton dan Putera William ditampilkan untuk tatapan umum.
Bayi diraja itu dilahirkan semalam di Hospital St Mary di London dengan berat tiga perpuluhan lapan kilogram.
Kate dilaporkan tersenyum dan berkata kepada media antarabangsa bahawa beliau ‘sangat beremosi’ ketika itu.
William pula bergurau bahawa dia “syukur” bayi itu lebih mirip ibunya, dan mempunyai lebih banyak rambat berbanding dengan beliau sendiri.
Dia juga berkata kepada pemberita bahawa beliau sudah menukarkan lampin untuknya.
Sementara itu, bayi itu kelihatan berada dalam keadaan aman walaupun suasana bising akibat sorakan dan jeritan daripada orang ramai di luar hospital itu.
"Ini satu saat yang sangat istimewa," kata Kate, wanita bangsawan yang berusia 31 tahun itu. "Saya fikir ibu bapa baru mana-mana sahaja akan tahu apa perasaan ini rasanya."
Semasa menemuan umum itu, seorang orang muda cuba mendekati pasangan diraja itu tetapi telah diheret dan ditendang oleh anggota polis, menurut laporan AFP.

Selepas mempamerkan putera sulung mereka, pasangan Duke dan Duchess of Cambridge kemudiannya meninggalkan hospital.
Mereka menuju ke Istana Kensington.
Pasangan diraja itu masih belum membuat keputusan berhubung nama putera mereka.
Mengikut hierarki putera itu merupakan waris ketiga menduduki takhta diraja Britain.
Kelahiran bayi diraja pada hari Isnin mencetuskan kegilaan media global, didorong oleh daya tarikan yang menyelubungi pasangan itu sejak mereka berkahwin pada April 2011.
AMRAYY

Tuesday 23 July 2013

VIDEO KLIP SAKIT OTAK UNTUK MENENANGKAN FIKIRAN

LAYAN BRO.!!
AMRAYY

PELAJAR BUKAN ISLAM DIDAKWA DIMINTA MAKAN DALAM BILIK PERSALINAN (TANDAS).??

AKAL PENDIDIK YANG BUKAN MACAM PENDIDIK.!!

KADANG-KADANG SEBIJAK-BIJAK GURU ADA BODOHNYA. KALAU NAK BUAT PERATURAN SEKALIPUN, PERTIMBANGKAN JUGA BANGSA DAN BUDAYA KAUM LAIN.
LU PIKIR LA BRO.!!

KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah di Sungai Buloh telah didakwa mengarahkan semua pelajarnya yang bukan Islam makan dan minum di bilik persalinan pada waktu rehat.

Dakwaan itu timbul setelah gambar insiden tersebut disebarkan menerusi laman media sosial, Facebook oleh salah seorang ibu bapa pelajar sekolah tersebut.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan dalam responnya menegaskan insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku.
GAMBAR SEKOLAH YANG DIMAKSUDKAN
Katanya pihak sekolah tidak boleh menukar lokasi makan para pelajar dengan sesuka hati walaupun di bulan puasa.

"Perkara itu tak seharusnya berlaku kerana ini bukan cara pengamalan kantin. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya tukar lokasi kawasan kantin kepada tempat yang tidak seharusnya jadi kantin kerana kantin ini dah dibina dalam tempat sesuai, maknanya ada cukup keperluan untuk diwujudkan kantin,” katanya.

Susulan insiden yang berlaku, pihak kementerian akan mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri untuk menyiasat kejadian.

Beliau juga meminta agar ibu bapa pelajar yang membuat laporan supaya bersabar sehingga laporan lengkap insiden diterima.

Berita mula diterbitkan pada:
Julai 23, 2013 15:28 MYT
AMRAYY

BN DIRAMAL MENANG DI PRK KUALA BESUT


BN diramal menang di PRK Kuala Besut -- penganalisis


KUALA BESUT: Barisan Nasional (BN) dilihat masih dapat mengekalkan kedudukannya di Dewan Undangan Negeri(DUN) Kuala Besut pada hari Rabu nanti.

Demikian ramalan pengarah Pusat Pembangunan Sosioekonomi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Ibrahim Mamat mengenai peluang kemenangan BN pada pilihanraya kecil Kuala Besut, melainkan berlaku sesuatu yang tidak dapat dijangka.
Ini kerana menurut Ibrahim, Kuala Besut merupakan kubu kuat BN yang dimenanginya BN pada Pilihanraya Umum Ke-13(PRU13).

Antaranya pengaruh Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Menteri Pendidikan II menyumbang kepada faktor sokongan kuat pengundi kepada BN.
“Masyarakat Besut sangat mengharapkan kepimpinan beliau bila beliau tidak ada jawatan boleh menang. Maka juga boleh menang sekarang ada jawatan menteri lebih kuat kedudukan mereka jadi tidak akan tergugat pada pendapat saya,” kata Ibrahim.

Pada PRU13 pada 5 Mei lalu, turut menyaksikan seluruh kawasan DUN di bawah Parlimen Besut dimenangi BN.
Tambah beliau, BN juga dilihat mempunyai kelebihan daripada segi sumber kewangan dan jentera pilihanraya berbanding Pas di kawasan DUN yang mana memerlukan pembangunan.
Biarpun begitu, Ibrahim berpendapat, BN tidak boleh mengambil ringan golongan kelas menengah yang dianggap kritikal.

“Yang BN ini saya rasa dia perlu tumpuan kepada beberapa kumpulan middle class(kelas pertengahan), yang lain-lain selamat...sedikit kepada orang muda yang lain-lain hardcorde BN.”
Bagaimanapun, cabaran Pas kini untuk seri dengan BN sepertimana dicanangkan dalam kempen iaitu slogan 16:16.

“Bagi parti pembangkang mereka tak boleh janji bulan dan langit sebab mereka tidak ada sumber kewangan mencukupi yang boleh janji ialah mungkin satu kerajaan yang cekap bersih apabila dia memerintah negara bila berlakunya senario 16:16.”
Bagaimanapun Ibrahim menarik perhatian bahawa jumlah keahlian UMNO Besut yang ramai juga mendorong kepada pengukuhan kedudukan BN di kawasan itu.
Apapun kemenangan pastinya bergantung kepada peratusan keluar mengundi khusus daripada penyokong kedua parti bertanding memandangkan PRU13 diadakan hanya dua bulan lalu.

Berita mula diterbitkan pada:
Julai 22, 2013 8:16
AMRAYY

RAKYAT MALAYSIA KEMBALI MERUNGUT



KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia tidak akan dapat melihat langit biru atau menghirup udara segar untuk seketika waktu ini, kerana jerebu telah kembali.
Jabatan Alam Sekitar, yang mengesahkan perkara itu, berkata, secara keseluruhannya, terdapat peningkatan bilangan kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat sehingga jam 3 petang hari ini berbanding hanya dua kawasan pada waktu yang sama semalam.

Jabatan itu berkata punca kemerosotan kualiti udara adalah dipengaruhi jerebu merentasi sempadan.
“Laporan yang dikeluarkan oleh Asean Specialised Meteorological Centre (ASMC) menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera meningkat dari 159 ke 261 semalam.
“Di Malaysia, terdapat 19 titik panas yang dikesan semalam iaitu di Johor (7), Kelantan (4), Pahang (4), Perak (2), Selangor (1) dan Sabah (1).

“Penyiasatan di lapangan dan tindakan penguatkuasaan akan diambil bagi setiap titik panas yang dikesan,” kata Jabatan tersebut dalam suatu kenyataan.
Setakat pukul 4 petang, sebanyak lima kawasan dikesan mempunyai kualiti udara yang tidak sihat.
Kawasan Bukit Rambai di Melaka mencatatkan bacaan IPU yang paling tinggi setakat ini iaitu 122.
Ini diikuti dengan Cheras iaitu 117, Banting iaitu 111, Muar iaitu 102 dan Bandaraya Melaka iaitu 101.
Berikutan itu, Jabatan Alam Sekitar telah mengambil langkah-langkah bagi mencegah dari berlakunya pembakaran terbuka di seluruh negara yang boleh menyebabkan kemorosotan kualiti udara dengan melaksanakan tindakan berikut:-

i) Mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua peringkat negeri di mana rondaan melalui udara dan rondaan darat setiap hari dilaksanakan

ii) Melaksanakan Prosedur Tetap Operasi bagi Program Mencegah Kebakaran di Tanah Gambut\

iii) Bilik Operasi JAS di buka 24 jam setiap hari untuk menerima sebarang kes aduan pembakaran terbuka.

Sementara itu, rakyat Malaysia telah mula mengeluh di laman sosial media mengenai jerebu yang kembali.
baru perasan shah alam jerebu balik hari ni

— Nur Syafiqah (@pikatajima)July 22, 2013
Jerebu ni macam main sorok-sorok ngan aku pulak. Sekejap ade sekejap takde

— SYAHID (@syahidpadzail)July 22, 2013
Jerebu why did you come back. Cisseennggg

— Nelly (@nellyamin) July 22, 2013
Salam, la dekat kl jerebu dah mai balik dah. Faktor angin depa kata

— Perlis / Bazli (@twt_perlis)July 22, 2013
JEREBU is coming back ! patut la rase bdn panas & mate sakit . haih ! kali ni negara mne pulak yg terbakar >.<

— ₩ℑℱ∃ ѦÐѦℳ ✿◕ ‿ ◕✿ (@ain_fazly) July 22, 2013
Jerebu is back!!! Take good care of ur self guys....

— DeLL Liaz (@dellsalleh)July 22, 2013
jerebu datang lagi hm hmm memang bertambah perit lah tekak aku ni

— Nxnx. (@nanangekngok)July 22, 2013
jerebu kembali & buat aku rasa tak sihat. bibir and tekak kering sangat.

— pretty (@haifanajwa_) July 22, 2013
Welcome back to air pollution#jerebu

— SasMan (@SasmanAli) July 22, 2013
AMRAYY

Monday 22 July 2013

JERUBU KEMBALI MELANDA BANDARAYA KUALA LUMPUR




KUALA LUMPUR: Jerebu yang melanda semula negara khususnya di sekitar pantai Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dijangka berlaku untuk tempoh singkat, ekoran perubahan corak tiupan angin.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini, corak tiupan angin itu akan berubah dalam tempoh dua atau tiga hari dengan angin barat laut kelajuan sederhana akan bertiup di utara Semenanjung dan angin lemah pelbagai hala akan bertiup di bahagian tengah dan selatan.

"Keadaan tiupan angin ini, dijangka akan membawa hujan terutamanya di bahagian pedalaman negeri-negeri di Semenanjung Malaysia," menurut kenyataan itu.

Malaysia masih mengalami Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga September.
Peningkatan bilangan titik panas dan keadaan cuaca yang agak kering sejak dua hari lepas telah mengakibatkan berlakunya keadaan berjerebu di beberapa kawasan di negeri Pantai Barat Semenanjung, menurut kenyataan itu.
Bukit Rambai, Melaka mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi dengan 125.
Dua lagi daerah mencatatkan bacaan 'tidak sihat' adalah Bandaraya Melaka (115) dan Banting (105).
Bukit Rambai mula mencatatkan bacaan 'tidak sihat' pada hari Ahad sekitar jam 8 pagi dengan bacaan IPU 102. Ini disusuli dengan Bandaraya Melaka dan Banting yang bermula mencatat bacaan 'tidak sihat' pada jam 2 pagi dan 4 pagi.
IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Negeri-negeri yang mencatatkan bacaan tahap 'sederhana' adalah Johor (kecuali kawasan Kota Tinggi yang mencatat bacaan 'Baik'), Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang (kecuali kawasan Jerantut yang mencatat bacaan 'Baik'), Perah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu (kecuali kawasan Paka yang mencatat bacaan 'Baik'), dan Wilayah Persekutuan (kecuali Labuan yang mencatat bacaan 'Baik').
Sabah dan Sarawak mencatat bacaan yang 'Baik' kecuali daerah Bintulu dan Kapit yang mencatat bacaan 'Sederhana'.
Bulan lepas, Malaysia mengalami jerebu yang agak teruk sehingga ada kawasan mencatatkan tahap pencemaran udara berbahaya dan sekolah terpaksa ditutup sementara.

Berita mula diterbitkan pada:
Julai 22, 2013 11:58 MYT
AMRAYY

BENGKEL FOREX KALI KE-2 AKAN BERLANGSUNG 30HB DAN 31HB AUGUST 2013


Tempat adalah terhad. 
Nasihat saya daftarlah secepat mungkin sebelum 30 Julai 2013 sebab lepas raya pasti anda pokai dan pokai seterusnya... 
Jangan salahkan kami kalau anda terlepas lagi kali ini...
Kami tidak sanggup dengar perkataan...
'Minta tolonglah..."
Inilah peluang orang melayu nak buat duit. Setahu gua Miliunsoftware ini tidak akan dijual pada bangsa cina dan india kerana konsepnya membantu orang-orang melayu yang susah dan menjana pendapatan mereka.
Cerita lebihpun tak guna, gua bukannya pandai sangat menulis ni. Bagi sesiapa yang berminat nak beli Miliunsoftware boleh hubungi gua atau sms pada no ini. 0166597725
 MARI KITA BUAT DUIT SEBELUM TERLAMBAT.!!
APA TUNGGU LAGI.!!
LU PIKIR LAH BRO.!!
AMRAYY

Friday 19 July 2013

BEBERAPA PHOTO PENEROKAAN BARU HUTAN DARA DI JANDA BAIK BENTUNG PAHANG SELEPAS PRU13

GAMBAR INI GUA AMBIL APABILA GUA BERKUNJUNG KE SAUFIVILLE JANDA BAIK BENTUNG PAHANG 1 MINGGU LALU. GUA NAK BAGI PESANAN PADA PENGUSAHA TANAH CERUN TINGGI, TINGGALKAN KEHIJAUAN UNTUK ANAK CUCU LU UNTUK MASA DEPAN MEREKA. JANGAN TERLALU RAKUS UNTUK MENGEJAR KEKAYAAN.!!
LU PIKIR LAH BRO.!!!




AMRAYY

VIDEO PERDEBAT DI PARLIMEN DS ANWAR IBRAHIM YANG SATU KETIKA DULU TAK AKAN DILUPAKAN

SEBELUM PRK KUALA BESUT BERLANSUNG ELOKLAH KITA LAYAN VIDEO YANG GUA RASA TERBAIK DARI PARLIMEN NI.
LU PIKIRLAH BRO SEBELUM LU ORANG PERGI MENGUNDI.!!
AMRAYY

Wednesday 17 July 2013

PEMUDA CINA DICULIK DAN DIPUKUL KERANA SALAH FAHAM HINA ISLAM

GUA NAK NASIHATKAN KAT PUAK-PUAK MELAYU ISLAM, SEBELUM BERTINDAK SIASAT DULU.!!
LU PIKIR LAH BRO.!!

Pemuda yang diculik sekumpulan lelaki di Shah Alam kemudiannya diserang dan ditulis perkataan `saya hina Islam' di badannya, berkata kesnya itu tidak ada kena mengena dengan isu semasa membabitkan kontroversi gambar blogger seks menghina Ramadan.

Ng Mun Tatt, 21, berkata beliau diculik kerana wang dan perkataan `Saya hina Islam' itu adalah helah penyerangnya supaya beliau akan dipukul oleh orang awam jika cuba melarikan diri daripada mereka.

Ng berkata, beliau terkejut bagaimana gambarnya yang dirakamkan di balai polis boleh lepas ke tangan orang lain dan disiarkan di laman sosial Facebook, sebelum keterangannya diambil oleh polis.


"Saya lebih terkejut apabila polis memberitahu saya bahawa kes yang berlaku kepada saya ini tercetus daripada kes blogger seks itu," katanya di sidang akhbar di Klang, hari ini.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai mereka, atau menyinggung sesiapa baru-baru ini," katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, semalam, memberitahu pemberita di Bukit Aman bahawa kes Ng mungkin tercetus akibat kontroversi pasangan lucah itu.

Bercakap di sidang akhbar itu, Ng berkata, pengalaman pahitnya bermula apabila beliau sedang minum bersama teman wanitanya, Rachel Leong, 16, dan seorang lagi rakan di Seksyen 25, Shah Alam, kira-kira jam 4.30 petang pada Isnin.

"Dua lelaki menghampiri saya. Seorang berbisik di telinga saya bertanya adakah saya `Ah Kiong', sementara seorang lagi memberitahu rakan dan teman wanita saya supaya senyap di kerusi masing-masing.

"Tanpa menunggu jawapan saya, lelaki itu menarik kemeja T saya dan mengheret saya ke sebuah kereta yang sedang menunggu," katanya.

Katanya, ada empat lelaki dalam kereta Proton Saga berwarna kelabu itu. Ng mendakwa dia dipukul, ditutup mata dan dibawa ke sebuah pangsapuri.

"Saya tidak tahu saya dibawa ke mana. Mereka mengambil kad ATM saya dan meminta number PIN," katanya dan menambah bahawa mereka terus memukulnya hingga tidak dapat mengingati number PIN itu.

"Mereka juga menghubungi abang ipar saya meminta RM5,000 untuk pembebasan saya," katanya.

Ng berkata, beliau kemudian dibawa ke sebuah estet sebelum dibogelkan dan mereka menulis perkataan di tubuhnya serta memaksanya menghidu gam.

"Lelaki itu beritahu saya mereka tulis perkataan itu di badan saya saya supaya orang awam akan pukul saya jika cuba hendak melarikan diri," katanya.

"Saya khayal disebabkan hidu gam, tetapi tidak beberapa lama kemudian saya tersedar apabila mendengar bunyi bising. Saya menanggalkan kain penutup mata dan nampak tujuh lelaki yang sedang khayal. Hari juga sudah terang jadi saya melarikan diri.

"Saya mendapati saya berada di lebuh raya DUKE dan ada penunggang motosikal membantu saya menghubungi polis.

"Saya hanya mahu menjelaskan keadaan bahawa kes saya tidak ada kena mengena dengan blogger seks itu seperti yang dilaporkan media hari ini," katanya.

Katanya, beliau tidak pernah mendengar nama pasangan itu sehingga semalam dan menambah dalam tempoh dua bulan terakhir ini, beliau bekerja di kedai telefon bimbit di Johor sebelum kembali ke Shah Alam untuk menetap bersama kakaknya.

Ng, yang kini tidak bekerja kelihatan masih berada dalam keadaan terkejut dan lemah ketika bercakap dengan pemberita awal hari ini.

Mengenai gambarnya yang kini tersebar, beliau berkata:"Saya tidak tahu siapa mengambilnya, tetapi saya berada di balai polis ketika itu," katanya dan menambah tidak tahu di balai mana.

"Polis belum mengambil kenyataan saya lagi tetapi saya diberitahu untuk hadir ke balai polis Seksyen 9 untuk kawad cam," katanya.

Sementara itu, abang ipar Ng, Mak Wui Weng, 28, berkata penculik terbabit menghubunginya kira-kira jam 5 pagi dan meminta beliau memasukkan wang RM5,000.

Mak berkata, beliau hanya memasukkan wang sebanyak RM3,000 dan memberitahu mereka perlu membawa Ng bertemunya, jika mahu baki wang berkenaan. - 17 Julai, 2013.

MEETING PENJENAMAAN ROBOT FOREX KINI DIPANGGIL MILIUN DI WADI HUSEEIN JANDA BAIK #UNCLESEEKERS





























AMRAYY

Artikel,Video Dan Foto Mungkin Membantu Anda Dalam Pencarian Maklumat..!!!