Tuesday 25 December 2012

DATO NUR JAZLAN DAN UDA LAND KURANG AJAR..???

21hb Dis 2012 Jumaat
Baru-baru ni aku menghadiri perjumpan peniaga Komplek Niaga Bangsar Utama bersama Jaringan Melayu Malaysia (JMM)..Isu UDA Land nak jual bangunan di Bangsar Utama masih belum selesai hingga ke hari ini.
Rata-rata peniaga tidak berpuas-hati dengar tawaran rm5000 pampasan yang ditawarkan oleh Pihak UDA Land..
     Aku pikir musim-musim nak pilihan raya ni UMNO kenelah pikir panjang, nanti jangan nak salahkan rakyat bila rakyat dah semakin ramai tidak menyokong kerajaan...Aku tak maulah tulis panjang-panjang, cuma aku nak bagi pendapat isu UDA nak roboh sana sini bangunan tetap mengecewakan orang melayu..
   Dimana perginya selogan yang selalu di laung-laungkan "Rakyat Di Dahulukan...???Kata Tun.Mahadir "MELAYU MUDAH LUPA" sepatutnya ianya ditujukan kepada pemimpin-pemimpin melayu, bukan kepada rakyat melayu...Hahahahahha..
   


        Kat bawah ni ada rakaman video ucapan Sdr.Fauzan dan wakil dari (JMM) Sdr.Hamdan Mohd Salleh
so mari layan ucapan yang ditujukan kepada Dato Nur Jazlan..

Dato Nur Jazlan Muhammad
(Pengerusi UDA)

Sdr.Fauzan
(Pengerusi Peniaga Komplek Niaga Utama)


VIDEO PART 1




VIDEO PART 2

Sdr.Hamdan Mohd Salleh
(Pengarah Kebangsan JMM)


































































Foto By : Amrayy

Video By : Tuah9999



Wednesday 19 December 2012

PEGUAM NEGARA ARAHKAN SAMAN AES DIBEKUKAN

BERITA BAIK KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA

KUALA LUMPUR: Pihak Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendesak kerajaan mengumumkan pembatalan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana masalah teknikal.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar menyatakan demikian berdasarkan kepada beberapa orang kena saman (OKS) yang hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini.

Bercakap pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini, beliau berkata pihak pendakwa telah mengambil surat saman AES daripada OKS berkenaan dan mengarahkan pulang.

"Perkembangan ini sangat mengejutkan kerana tanpa penerangan yang jelas tentang saman yang dikeluarkan.

Kita minta pendakwa raya seharusnya memberi penjelasan tentang kedudukan saman AES yang ditarik balik.

Ini menunjukkan ada yang tidak betul dalam proses mengeluarkan saman," katanya.

Jelas Mahfuz sepatutnya kerajaan mengumumkan secara rasmi bahawa 26,899 saman yang dikeluarkan harus dibatalkan oleh kerana pendakwa telah menarik balik saman ke atas OKS.

Malah katanya, kerajaan digesa mengembalikan semula wang saman AES OKS sama ada melalui bayaran denda atau bayaran kompaun.

"Bagi mereka yang bayar kompaun RM300 atau didenda, surat saman mereka sudah tidak betul kerana masalah teknikal, jadi wang yang dibayar kepada kerajaan adalah haram dan kerajaan wajar bayar balik kepada mereka.

Kerajaan seolah-olah pengutip wang haram," katanya.

Bukan itu sahaja, katanya kerajaan juga harus membatalkan semua waran tangkap yang dikeluarkan kepada OKS yang tidak menghadirikan diri ke mahkamah.

Sementara itu, di Mahkamah Putrajaya, peguam Kase Zulhazmi Sharif memberitahu pendakwaraya mengumumkan semua saman AES ditarik balik kerana terdapat kesilapan teknikal.

Manakala di Mahkamah Kuala Lumpur pula, beliau dimaklumkan pegawai pendakwaraya hanya mengutip saman daripada OKS kemudian mengarahkan mereka pulang.

"Pada 4 Disember lepas, seorang OKS tidak mengaku salah dan sepatutnya hari ini pendakwaraya menyerahkan dokumen tetapi pendakwa pula memohon tangguh sebulan kerana dokumen tidak lengkap," tambah beliau.

Beliau percaya apa yang berlaku hari ini kemungkinan besar ekoran bantahan yang Kase diadakan pada 10 Disember lalu.





LAYAN VIDEO NI..!!!!


Tuesday 18 December 2012

PENDUDUK BANTAH MEROBOH SURAU AN-NUR, PENJARA PUDU



DIMANAKAH LETAKNYA PERJUANGAN UNTUK ISLAM??

Selepas ingin merobohkan pusat perniagaan bumiputra di Pusat Peniagaan di Bangsar Utama, kini UDA dalam proses merobohkan Surau An-Nur Penjara Pudu.Surau ini dikenali dengan panggilan surau jumaat, kerana penduduk disekitar akan tertumpu ke surau ini bila melakukan ibadah...


Selepas 49 tahun berdiri sebagai rumah ibadat di tapak bangunan bersejarah Penjara Pudu, Surau An-Nur Penjara Pudu (Surau Jumaat) kini turut menerima nasib sama apabila bakal dirobohkan bagi tujuan pembangunan komersil.


Mengikut surat yang diwartakan pemaju, UDA Holdings Property Development (UDA) bakal melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut pada 10 Januari depan.


Difahamkan, tapak itu akan dibangunkan sebagai tapak pusat beli-belah terkemuka serta kawasan perumahan mewah


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mempertahankan Surau An Nur Penjara Pudu Zakaria Omar berkata, pihaknya kecewa kerana pemaju tidak pernah mengadakan rundingan dengan kariah surau.


Malah, tiada sebarang tapak atau surau alternatif ditawarkan UDA bagi menggantikan surau lama itu.


“Kami mahu surau ini dikekalkan sebagai rumah ibadat…sepatutnya surau ini diperbesarkan menjadi 2 tingkat kerana pertambahan penduduk semakin pesat di kawasan sekitar,” katanya ~ Free Malaysia Today










Apa cerita ni?? di negara bukan Islam, Surau dibina untuk orang Islam menunaikan ibadat.. tapi di negara Islam ini pula Surau yang digunakan untuk beribadat dirobohkan pula...


Puak mana agaknya yang menguasai UDA itu?? Wakakakakakakak



FOTO BY : AMRAYY




Sunday 16 December 2012

UMNO BDR.TUN RAZAK BAGI DURIAN RUNTUH DI PPR SERI MALAYSIA..??



Dato Rizalman Rasmi Makan Durian 1 lori di PPR Seri Malaysia



Sdr.Azman Pengerusi UMNO PPR Seri Malaysia

En.Osman Pegawai Pelawat Perumahan DBKL



















































































LAGU DURIAN...WAKAKAKKA



FOTO BY : AMRAYY