Monday 12 November 2012

Pak Habib S.H.Alattas: Mengenal Diri - Janda Baik 10 nov

Ilmu Mengenal Diri

Syariat, Tariqat, Haqiqat - Saling Memerlukan

Syariat - Ertinya anda menyembah Allah Taala iaitu anda mengikut suruhan Allah Taala dan menjauhi segala laranganNya dengan mengaku merendah diri dalam iktiqad hati sama ada anda mengerjakannya atau tidak. Zahirnya tetap Syariat.

Tariqat- Ertinya seperti sesungguhnya anda sahajakan Allah Taala dengan ilmu dan alam iaitu mengamalkan apa yang anda ketahui

Haqiqat - Ia adalah faedah yang diperolehi daripada kedua-dua yang diatas tadi, aiatu bahawa anda melihat Allah Taala dengan cahayaNya yang dipertaruhkan di tengah-tengah hati anda iaitu Batin

Maka yang demikian, syariat & haqiqat saling memerlukan satu sama lain iaitu tidak boleh dibilang zahir syariat melainkan sudah ada batin haqiqat dan juga tidak boleh dikatakan batin haqiqat itu melainkan denga zahir syariat.

Ulamak telah memberikan kata isyarat : Syariat tanpa Haqiqat itu hampa & Haqiqat tanpa Syariat itu batal

Al Qutubur Rabbani Walhaikal An - Nurani Maulana As Syeikh Abdul Qadir Al Jilani :
Tiap-tiap haqiqat yang tidak diperteguhkannya dengan Syariat, maka ianya zindiq

Menurut Ibnu Ibad, mengambil riwayat sesetengah orang A'rif, "Barangsiapa mengatakan haqiqat itu bersalahan dengan syariat, maka orang itu kafir"

Oleh itu, Syariat Batin itu dinamakan Haqiqat & Syariat Zahir itu adalah Feqah. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan, kerana sekiranya dipisahkan, ia akan membawa kecacatan kepada agama.

Imam Junaid : "Barangsiapa mengetahui ilmu feqah (Zahir Syariat), tanpa mengetahui ilmu tasawuf (Haqiqat - Batin Syariat), maka sesungguhnya orang itu Fasik. Manakala sekiranya orang itu mengetahui ilmu tasawuf tanpa ilmu feqah, maka sesungguhnya orang itu zindiq. Barangsiapa yang menghimpunkan kedua-duanya sekali (feqah & tasawuf), maka sesungguhnya orang itu tahkik yang sebenar.

*Zindiq (jamaknya : Zanadiqah) : Ulama Syafi’iyyah dan lainnya, bahawa zindiq adalah orang yang memperlihatkan keIslamannya dan menyembunyikan kekufuran

Imam asy Syafi'i Rahimahullah (wafat 204 H) berkata : "Idzaa shah-hal hadiitsu fa Huwa madzHabii" yang ertinya ; "Apabila suatu hadis telah jelas sahih, maka itulah mazhabku" (dinukil oleh Imam an Nawawi dalam al Majmuu' I/63)

Perincian Hakikat Maksud Atau Makna Wali

Orang - orang Sufi percaya bahawa Aulia' Allah itu adalah warisan kerohanian Nabi Muhammad SAW dan baginda adalah ketua hiarki itu. Setiap "waris" hingga ke "Khatamul Aulia'" (Penutup Segala Wali) menerima cahaya (nur) dari Nur Muhammad (Nurul-Muhammadiyyah).

Wilayah (kewalian) bukan bererti kewara'an, ketaatan atau kesalihan, meskipun ciri-ciri itu ada secara kebetulan pada seseorang Wali itu. Yang paling penting dalam kewalian ialah ma'rifah (Mengenal Tuhan Sepenuhnya). Menurut teori, seseorang itu adalah Wali jika ia memiliki darjat ma'rifah di mana beliau dapat mengetahui perhubungan dirinya dengan Tuhan, yang mana dirinya itu adalah penzahiran Tuhan saja dan menyedari kesatuan dirinya dengan Tuhan. Dengan lain perkataan, seseorang itu adalah Wali sekiranya ia
seorang Insan Kamil atau seorang yang termasuk dalam golongan yang digelar sebagai "Malamiyyah".

Golongan Malamiyyah ini adalah golongan orang Sufi yang paling tinggi darjatnya. Mereka ini menyimpan rahsia-rahsia kesufian itu dalam diri mereka sendiri. Mereka hanya berdiskusi atau bermuzakarah di kalangan mereka sendiri saja. Mereka tidak sekali-kali membukakan rahsia ilmu mereka itu kepada orang yang bukan ahli, bahkan seseorang itu memiliki rahsia yang tidak diketahui oleh orang yang lain, walaupun mereka itu ahli juga. Orang golongan Malamiyyah ini tidak suka "publicity". Mereka lebih suka merahsiakan ilmu pengetahuan mereka. Mereka tidak peduli dengan cacian atau pujian orang. Hati mereka penuh dengan mengingati dan mengenang Allah. Mereka melihat dan mendengar melalui Allah. Mereka kosong dari segalanya kecuali Allah. Bahkan diri mereka sendiri pun mereka tidak tahu kerana mereka telah tenggelam dalam lautan Ketuhanan yang Maha Dalam.

Dilanjutkan lagi maksud "Malamiyyah" itu hingga meliputi :

· 1 - Semua Anbia' dan Rasul. Nabi Muhammad SAW juga termasuk dalam golongan ini.

· 2 - Sebagai orang Sufi.

· 3 - Al-Afrad (orang persendirian) seperti Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani.

· 4 - Al-Umana (pengawal).

· 5 - Al-Ahbab (yang dikasihi).

· 6 - Al-Warathah (waris), dan lain-lain lagi.

Istilah Wali bagi meliputi semua Rasul dan Nabi. Seorang Rasul adalah terlebih dahulu seorang Wali yang ditugaskan untuk menyampaikan risalah Ketuhanan kepada manusia. Seorang Nabi adalah seorang Wali tetapi berbeza dengan Aulia' yang lain kerana ia memiliki ilmu yang unik (tersendiri) tentang alam-alam ghaib.

Kewalian itu adalah asas semua pangkat kerohanian dan itulah satu unsur yang tunggal yang ada pada semua mereka itu. Sebenarnya kewalian itu adalah Sifat Tuhan kerana satu daripada nama Tuhan ialah Al-Wali. Istilah Wali ini jika dipakai kepada manusia, maka pemakaian itu adalah bagi mereka yang telah menyedari keesaan atau kesatuan diri mereka dengan Allah. Kewalian ini adalah peringkat umum tetapi Kenabian (Nubuwwah) atau KeRasulan (Risalah) adalah peringkat yang khusus. Kewalian adalah keadaan yang kekal, tetapi Nubuwwah dan Risalah hanya sementara. Ilmu dalam kewalian tidak terbatas kerana ilmu itu sama dengan ilmu Allah dan ilmu Ruh Muhammad (Ruhul-Muhammadiyyah), tetapi ilmu dalam Nubuwwah dan Risalah adalah terbatas.

· Kewalian Dan Khalifah Am

Khalifah yang sebenarnya, ialah Roh Muhammad itu. Roh ini sentiasa menzahirkan dirinya dalam bentuk Nabi dan Wali dan setiap mereka itu bolehlah digelarkan "Khalifah". Mereka semuanya menzahirkan Khalifah Am (Al-Khalifatul-'ammah) itu. Semua mereka itu adalah Wali, pada dasarnya. Nabi dan Rasul itupun adalah Wali pada dasarnya. Semua Wali itu memperolehi ilmu mereka dari Ruh Muhammad atau Hakikat Muhammad. Di samping itu, Nabi dan Rasul memiliki ilmu khusus untuk kerasulan dan kenabian mereka. Dalam sifat mereka sebagai Wali, Nabi dan Rasul itu lebih sempurna. Ini tidaklah bermaksud seseorang Wali itu lebih sempurna atau lebih tinggi dari sebarang Nabi atau Rasul, tetapi bahagian kewalian Nabi atau Rasul itu lebih tinggi dari bahagian kenabian dan kerasulannya. Seseorang Nabi itu lebih sempurna dari segi `ubudiyyah dari seorang Wali. Tetapi seorang Wali lebih sempurna dari segi rububiyyah dari seorang Nabi. Kewalian dan keNabian dikira sebagai dua wajah atau dua aspek daripada seorang peribadi.

Semua Rasul, Nabi dan Wali itu termasuk dalam satu golongan daengan satu unsur yang menyatukan mereka semua. Unsur ini ialah prinsip aktif dalam semua wahyu dan ilham iaitu Roh Muhammad atau Hakikat Muhammad.

Selanjutnya, bahawa semua syara'i (hukum-hukum ugama) sejak Nabi Adam a.s. hingga Muhammad SAW adalah semata-mata penzahiran sementara (temporal manifestations) menurut keperluan dan kehendak manusia pada zaman-zaman yang berbeza-beza dan sesuai untuk sesuatu zaman tertentu yang terbit daripada
satu ugama yang sejagat yang bernama Islam. Sekarang ini kerasulan dan kenabian telah tamat. Tetapi Khalifah Am (al-khalifatul-`ammah) masih ada dan diwarisi oleh para Aulia' yang menurut syariat Nabi Muhammad SAW.

- Kesimpulannya -

Patut diketahui bahawa apa yang dimaksudkan dengan Hakikat Muhammad itu ialah satu hakikat atau prinsip yang aktif dalam semua wahyu dan ilham para Nabi dan Wali. Ianya bersifat "Universal" (sejagat) dan tidak tertakluk kepada zaman dan masa. Prinsip ini hidup dan menyerap dalam alam semesta raya ini. Sebenarnya prinsip ini adalah bayangan Alah SWT. Kalau Allah itu diibaratkan sebagai matahari, maka Hakikat Muhammad itu bolehlah diibaratkan sebagai cahayanya. Cahaya itu menyuluh dan menyinari sekalian makhluk yang wujud ini.

Semua Rasul dan Nabi (termasuk Nabi Muhammad sendiri) dan Aulia' Allah adalah penzahir (manifestasi) Hakikat Muhammad tersebut. Nabi Muhammad SAW itu adalah bentuk sahaja. Seperti juga manusia, badan itu bentuknya tetapi hakikatnya adalah Ruhnya. Badan lenyap dan binasa tetapi Ruh terus dan tetap hidup sampai bila-bila. Badan tertakluk kepada ruang dan waktu tetapi Ruh melampaui ruang dan waktu.

Wallahu ta'ala a'lam.......

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Artikal diatas ihsan dari saudara Najib (Jejak Terlindung)

FOTO BY : AMRAYY

2 comments:

Unknown said...

SALAM KPD ANDA SEMUA,

SIFAT RAJA-RAJA MELAYU KITA :

“Dia berkata: Sesungguhnya Raja-Raja apabila memasuki suatu negeri, nescaya mereka membinasakannya” – Quran 27:34.

“Dan demikianlah Kami adakan di dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yg jahat agar mereka melakukan tipudaya di dalam negeri itu” – Quran 6:123.

Raja-Raja Melayu kita adalah para Toghut yg syirik dan kufur serta yang jahat dan melakukan segala tipudaya ke atas umat manusia kerana :

1. Mereka adalah berkuasa dan berdaulat ke atas manusia – Daulat Tuanku adalah syirik dan kufur - Quran 4:53 padahal Allah sahaja yg berkuasa dan berdaulat ke atas manusia - Quran 3:26, 7:54;

2. Mereka membuat undang-undang manusia - Quran 16:116, 5:50, 4:60 padahal Allah sahaja yg berhak untuk membuat undang-undang - Quran 12:40, 6:57;

3. Mereka menjalan dan menguat kuasakan undang-undang manusia ke atas manusia - Quran 5:44 padahal Allah sahaja yg berhak untuk menghukum dgn undang-undang Allah - Quran 5:48,49;

4. Undang-undang yg mereka buat adalah ditaati manusia yg bererti manusia sembah mereka sebagai Tuhan-tuhan yg layak disembah - Quran 9:31 padahal Allah sahaja yang layak disembah - Quran 1:4, 4:36;

5. Mereka adalah para Toghut yg menghamba abdikan manusia kpd kekuasaan mereka – Quran 5:72, 10:3, 21:25, 6:102 padahal Allah sahaja yang berhak untuk menghamba abdikan manusia kepada kekuasaan-Nya;

6. Mereka adalah Berhala-berhala yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia – Quran 4:60, padahal Allah adalah Tuhan kita Yang Maha Esa – Quran 20:14, 21:25, 92;

7. Mereka melakukan tipudaya dan kejahatan ke atas umat manusia dengan memberi balak dan tanah milik kerajaan kepada kaum yang kafir dan mengaut keuntungan daripadanya - Quran 6:123, 27:34.

8. Mereka melakukan tipudaya dan kejahatan ke atas agama Islam dan umat Islam kita dengan cara mereka membiarkan ajaran-ajaran sesat seperti Wahabi, Anti-Hadis, Islam Liberal, Sisters-In-Islam, Qodiani, Tabligh, Arqam untuk bebas berkeliaran di kalangan kita yang merosakkan Aqidah kita dan menghina agama kita Yang Maha Suci - Quran 6:123, 27:34.

9. Allah memerintahkan kita supaya kita memisahkan diri kita dpd mereka, supaya kita mengkufur ingkarkan mereka, supaya kita memberontak, memusuhi dan membenci mereka – Quran 4:60 dan 60:4;

10. Sekiranya kita setuju, redha dan sokong mereka, kita jadi kafir – Quran 11:113, 16:106;

11. Sekiranya kita tidak mempercayai bahawa ungkapan “Daulat Tuanku” adalah syirik, sekiranya kita tidak mempercayai bahawa Raja-Raja Melayu kita ini adalah Berhala-berhala yang syirik dan kufur dan sekiranya kita tidak mempercayai bahawa Allah memerintahkan kita supaya memberontak, memusuhi dan membenci mereka – kita telah mengkufur ingkarkan Allah dan Rasul-Nya – Quran 33:36.

12. Mereka kesemuanya bukanlah dpd keturunan Raja-Raja Melayu kita yang asal dan sebenar tetapi dilantik oleh British dan Thai sebagai para Sultan kita. Majoriti dpd mereka adalah dpd keturunan Mamak. Bukannya Melayu, tetapi Mamak. Sejarah kita telah diputar belit oleh British.

13. Bila kita menyebarkan yang benar dan hak di sisi Allah swt, kita boleh didakwa sebagai menghasut dan menghina Raja-Raja kita dan boleh dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun. Ini bererti Perlembagaan Malaysia dan undang-undang kita mempastikan supaya perkara-perkara yang sebenar mengenai Raja-Raja kita tidak diketahui oleh umat Islam sekelian dan juga kedudukan puak-puak Mamak di dalam institusi Raja kita ini tidak tergugat dan sentiasa dikekal dan dipertahankan.