Tuesday 27 November 2012

AKTIVITI CUTI SEKOLAH ANAK-ANAK AKU JUAL AIR TIN DI DATARAN MERDEKA.



Aku selalu memaparkan gambar-gambar pemimpin UMNO, pemimpin pembangkang dan orang-orang kenamaan...Kali ini aku akan memaparkan kisah hidup aku dan keluarga aku yang selama ini masyarakat dan orang-orang kenamaan tak tahu..Keperitan hidup di Kuala Lumpur memaksa aku buat apa sahaja kerja yang boleh mendatangkan  pendapatan untuk aku menyara kehidupan aku sekeluarga...Esok adalah hari pertama aku dan anak -anak semperna cuti sekolah akan mula berniaga Air Tin di Dataran Merdeka..
   Aku tahu memang ada pihak yang akan menggangu dan merampas air tin penjaja-penjaja yang menjual air di sekitar Dataran Merdeka..Tapi,aku akan teruskan niat aku untuk meniaga air tin disana sebab aku mahu mencari rezeki yang HALAL..Bukannya aku merompak duit mereke yang berkunjung di sekitar Dtaran Merdeka..Aku harap pihak kerajaan dapat memberikan kebenaran menjual air tin kepada kami penjaja kecil-kecilan untuk mencari rezeki..Bak kate "KERAJAAN"..."RAKYAT DI DAHULUKAN"...

Anak perempuan aku dah tak sabar untuk turun berniaga esok jam 9.30mlm di Dataran Merdeka

Ini gambar di belakang rumah aku, yang berhampiran dengan terminal TBS...

 Balik sahaja dari NSK di Kucai,anak-anak aku terus bersemangat menyusun air,untuk dimasukan kedalam peti ais..Air-air ini aku suruh masukan sebab malam esok nak jual, ianya dah sejuk cuma aku akan tambah ais sahaja untuk mengekalkan kesejukannya....

 Semasa kerja-kerja ini mereka lakukan jam telah menunjukan pukul 3.45am

 Ini anak lelaki sulungku, namanya Muhammad Amirul Faeiz..Dia ni sangat rajin dan boleh diharap, semasa dia darjah 4 faeiz ni dah pandai buat susu untuk adiknya yang berumur 4 tahun...Dia juga yg akan menjaga adik-adiknya bila aku dan isteriku pergi kerja..

 Anak aku yang perempuan ni namanya Puteri Ayu Masliny..Dia ni pun tak kurang rajin macam abangnya...Oh ya, Ayu juga akan mengambil alih tugas abangnya menjaga adiknya sebelah tengahari, selepas balik dari sekolah...Dia akan mengantikan abangnya disesi tengahari,sebab Faeiz nak sekolah sesi petang...




 Isteriku Norzaimas sedang menerangkan sesuatu kepada anak aku...

Mana nak letak ni..??

 Apa lagi yang tak cukup tu Faiez....???Hehhehhehehe...

 Muka dah penat, masih mampu tersenyum....Kesian dia orang ni...

Nak minum 1...eeeee

 Anak aku ni sebenarnya tak tahu ada risiko yang menanti dia esok..Kemungkinan kami akan diganggu sewaktu berniaga esok oleh pihak-pihak tertentu....So kita sama-sama tengok...Aku hanya mampu berdoa semoga esok tiada halangan yang akan mengganggu kami untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan ini..Yelah, bila kita susah dan tak ada duit sapa nak kasi?? Tiada orang yang sudi membantu, asalkan kita buat kerja halal...



Minta-minta la air aku ni laku...Inn Sha ALLAH...

Bila la nak sudah susun air ni...

Susun yang ni plak bang..

Air tin 1 rm2.00 jer..

Minuman yang memberi tenaga...kite minum dulu...eee

Sos cili pun jual ker...eee

 Waahhhh......Petiais dah penuhhhhh......So kalian semua boleh tidor k, esok nak kerja...hehhehe

Agak-agak berapa la untungnya ek...eeee

Artikal ni selesai dalam jam 6.05am


FOTO BY: AMRAYY

2 comments:

luv_rabiena said...

hahahahaha besar da ank abg amry neh eah... gud luck.. semoga murah rezeki nanti eah :p

Amrayy Lensa Assault said...

TQ luv_rabiena, kawin awal anak cepat membesar dan boleh meringankan beban ibu bapa...hehehee